TOK SAMI YANG MENJUAL FERRARInya

25 0 0
                                    

BANYAK RAHSIA DALAM BUKU

Saya jarang mahu berkempen agar kamu membaca. Di usia 55 tahun inginlah saya mengiyakan kata kata bijak pandai tentang sumbangan buku yang tidak ternilai berbanding $$ yang dilaburkan. Ya, semua buku tanpa mengira genre terkandung banyak rahsia sebenarnya.

Sebagai lulusan Pengurusan Perniagaan yang pernah mengajar mata pelajaran Perdagangan dan Ekonomi tidaklah saya berminat untuk membeli apatah lagi membaca buku buku motivasi - selfhelp (tempatan atau luar negara) untuk jadi kaya. Namun buku yang sibuk diperkatakan sejak 15 tahun lalu bagaikan mencari saya. Hadir di telapak tangan dengan mudah tanpa terhegeh hegeh dicari.

2020 dimulakan dengan pelbagai buku fiksyen yang kurang sedap (buku tempatan yang tidak direviu langsung), jadi The Monk Who Sold His Ferrari, tulisan Robin S Sharma awalnya dibaca malas-malas dan mula menangkap secara perlahan, akhirnya tidak mampu berhenti lagi tetapi tidak dibaca rakus (kerana takut tamat cepat).

Berbicara tentang hal spiritual yang dikutip dalam hidup, tentang persepsi umun hidup dan hubungan dengan diri sendiri dan MAHA Pencipta. Ingin dianggap buku ini sebagai pengukuhan pada apa yang sudah dipercayai dan dipegang selama membesar.

Tok Sami Yang Menjual Ferrarinya memperkukuhkan lagi hal di bawah:

- membina pemikiran yang baik. Minda sebagai taman segar berbaja

- rumah api sebagai penentu arah/destinasi hidup

- membina kekuatan dalaman sebagai manusia

- kelakuan yang baik terhadap semua kehidupan dan cabaran

- menikmati segala laluan hidup (berlian di pinggir jalanan)

- Konsep 'living in the now' - terbaik buat diri dan sekitar

- Mentaliti Kasur Kematian - sama seperti saranan agama saya (lakukan terbaik seolah olah hidup akan tamat hari ini)

- Bersangka baik dan menghormati masa

Buku motivasi yang difiksyenkan ini tidak berbunyi seperti ceramah rigid membosankan. Pertemuan 2 manusia dalam bidang kehakiman, junior dan senior yang saling mengkagumi serta mula melihat sisi baharu kehidupan dalam tempoh satu malam.

Rungkaian dalam bentuk dialog 'persoalan dan huraian' membina bayangan bagi pembaca melihat kekhilafan saat hidup, keterlupaan serta usaha peribadi manusia fana bersaing sia sia pada banyak perkara yang tidak pasti dan merugikan kederat emosi dan fizikal.

Ada satu lagi rahsia di halaman 177 buku terbitan Harper Touch pada tahun 1999 -2006. Secara positif saya fikir kenalan saya itu orangnya gemar membaca dan mencuplik idea cerita lama tersebut di sini untuk iklan tahun 2005. Ia bukanlah sesuatu yang negatif, jika sekalipun itu idea orang lain, bagi saya perkongsian beliau dalam karya sangatlah dihormati dan menyentuh hati. Tidak, saya tidak akan bercerita lanjut akan hal ini di negara kecil tercinta yang sensitif tidak berhala ini. Kamu cari sendiri jika mahu tahu.

Jika terjumpa ambil dan baca.

-------------------------

Listed as a Self-help book

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Listed as a Self-help book.

My fresh sincere read in 2020. I would normally avoid the motivational book type. Like they always say, you don't find the book but it finds you. EXCELLENT I must say. Robin Sharma managed to capture all of the important essence of SELF-respect, SOUL searching, TIME management, Good intentions, State of mind and well being in a different light.

Since I am reading a paperback printed by Harper Torch I was surprised to find on page 177 an old story which plot is being used by a famous commercial advertisement in Malaysia. Malaysian may want to find out what it is.

I want to keep the concept of our mind as a garden, lighthouse as our destination and diamonds all along to cherish my path of living.

Read it with an open mind.

SELFISHWhere stories live. Discover now