PEREMPUAN DAN FESYEN
Secara azalinya manusia perempuan dilahirkan suka pada kecantikan dan keindahan. Busana atau lapisan penutup mula diperkenalkan serta terus berevolusi. Diperkembangkan dari waktu ke waktu selaras arus zaman meluaskan cakupan fesyen, bukan sahaja menjadi busana penutup badan malah melibatkan barangan solek, perhiasan badan dan juga rangkaian jagaan diri dari hujung rambut ke hujung kaki.
Siapa yang tidak mahu tampil menawan? Paling tidak dipuji bahawa pakaiannya sangat cantik. (pujian benar, palsu atau lewa demi basa basi) Belum lagi masuk bab halus mulus kulit dan bentuk badan yang semakin menggetarkan sukma. Sukma siapa? Makanya sebaik sahaja dewasa, perempuan berada dalam kekalutan memproses citarasa diri demi capaian terbaik.
Sejak zaman berzaman fesyen dimanipulasikan oleh pihak tertentu sebagai kerjaya yang menguntungkan. Bermula dari tukang jahit, penjual fabrik, pilihan warna serta potongan sehinggalah masuk bab bab tidak masuk akal ubat pemutih dan pil kurus demi melengkapkan dakapan bulat terhadap fesyen.
Semakin tahun semakin rancak bijak manipulasi dunia fesyen yang menjanjikan janaan niaga ribuan malah jutaan ringgit dalam industri fesyen. Panduan dan hasutan dilakukan dengan penuh hemah demi memancing mereka yang berkemampuan, pada yang tidak mampu juga disediakan pilihan, termasuk belian kredit mudah.
"Kami bukan bergaya untuk lelaki, kami bergaya ranggi demi kepuasan diri dan saling menikmatinya sesama perempuan," ayat penyedap yang kerap ditemui dalam ulasan fesyen.
Tidak kira apa alasannya, fesyen adalah perniagaan. Trend direka demi menggoda. Pembahagian kelas hidup secara tidak langsung berlandaskan fesyen apa yang tersarung di badan perempuan. Kenapa semua fesyenista harus tampil kaya raya? Kemudian sesama perempuan membuahkan perbandingan dan umpatan sinis jika tidak kena gaya. Payah sungguh bukan menjadi perempuan?
"Tas tangan dia... gaji kau sebulanpun belum tentu lagi tau...," antara frasa bodoh terungkap.
Majalah majalah tempatan sekitar 4 dekad lalu yang dikhususkan untuk pembangunan mental perempuan tidak dapat lari dari menjadi jambatan pada perngusaha pengusaha fesyen tempatan atau luar negara. Selagi majalah dibayar, selagi itulah mereka akan merangka kata bahawa itulah fesyen terunggul di keluaran tersebut. Kemudian di mukasurat lain mereka berbicara dalam artikel serius tentang penjimatan dan perbelanjaan tidak masuk akal pula. Memang benar, penerbitan majalah perempuan banyak bergantung pada janaan yuran iklan berbanding jumlah jualan majalah fizikal pada 2 dekad terakhir.
Apa kesannya pada sang perempuan?
Masing masing memasang impian, menghafal jenama jenama hebat, bertungkus lumus nafsu mahu memiliki dan sesekali terlopong melihat para seleberiti bergaya mewah (padahal busana tajaan) sesekali tertawa pada teman teman yang dirasakan la'eh kerana tidak pandai menyebut nama jenama beridham Perancis dan eropah. Selalunya bila pulang dari mana mana perhimpunan wanita, masing masing menyelitkan kekaguman pada busana, rupa paras dan jenama tas tangan yang digendeng oleh manusia yang ditatang jadi idola. Begitulah hebatnya fesyen, hingga ada yang sanggup berhutang, membeli barangan palsu walaupun mahal secara berbanding dan sesekali bila tersilap peraga akan menjadi carutan.
Dalam keramaian dan kekalutan perempuan berfesyen, cuba liarkan mata. Kamu akan terserempak dengan individu yang bijak bergaya, tidak mengikuti trend dan masih kekal menawan. Baiya atau Personal maintenancenya berada di tahap minima sahaja. Nah! Orang sebeginilah yang sebaiknya kamu selidiki tentang apakah rahsia ilmu fesyennya. Dia tidak bergantung pada para Instafames kurus kering, solekan tebal berkontur, berbulu mata palsu 24/7, kontur bersolek dan sering menipu ketika membeberkan kehebatan jenama atau produk (termasuk ubat ubatan berbahaya). Kalau benar benar berminat, cermin kehidupan peribadi harus ditilik, sudi duduk dengan pakar demi nasihat fesyen untuk tidak membazir wang ringgit di masa hadapan. Jangan tersilap pilih pula! Takut tergoda nanti dengan sang diva drag queen yang ultra feminine... - dituduh pula sebagai bintang porno dari Los Angeles
YOU ARE READING
SELFISH
RandomIF ONLY I LIVE TO TELL... Do you think it will be fair? No doubt, I am an excellent storyteller. I will leave your jaw dropped with my tales of manipulated words and languages. It is going to be all about me, me and myself alone. I will pretend to i...