FESYEN ADALAH POLITIK

7 0 0
                                    

FESYEN JUGA ADALAH POLITIK


Baru baru ini berjujuk netizen muda jadi teruja. Berkongsi paut paparan gambar sepia circa 60an bakal bakal guru muda melapurkan diri di Maktab Perguruan Melaka. Lengkap bergaya bakal guru guru muda tersebut memakai kebaja pendek berkain ketat batik, kasut kasut kitten baji dan tas tangan menawan. Masing masing melahirkan rasa kagum... apa tidaknya? Siluet wanita kelihatan begitu sempurna sekali melekap di tubuh badan remaja perempuan di zaman tersebut.

Kenapa saya katakan fesyen adalah politik?
Kerana ia melibatkan banyak hal yang jarang melintas di fikiran. Beperaturan dan mengawal adalah nikmat manusia di tampok kuasa. Dari seliaan seragam sekolah, pakaian guru guru serta pegawai kerajaan ia terus berlangsung dari waktu ke waktu dan singgah pada tuntutan bersyarat terkini terhadap busana yang boleh dan tidak boleh dipakai. Bukankah ini satu bentuk kawalan? Jika di barat juga ia secara tidak sedar dikawal hal hal hujung rambut hingga hujung kaki. Sesekali kita akan dihidangkan dengan lampiran: TATACARA BERPAKAIAN (Pejabat kerajaan, mahkamah, majlis dan lain lain).

Ia bagai mencari proses keseragaman, agar masing masing mampu diterima secara berkumpulan. Bila lagi kau mahu bertudung? Sudah sampai saatnya saya bertudung... rasa janggal kerana di pejabat saya seorang sahaja yang masih free hair. Ya, fesyen juga jadi permainan politik manusia agar diterima.
Kita belum menyentuh tentang industri pembuatan yang melibatkan fesyen. Cukai cukai yang dikutip dan harga yang perlu dibayar setelah menikmati fesyen. Hal ini jauh lebih rumit dan berlapis lagi jika mahu disentuh.
Ghairah berfesyen tempatan masih berterusan, dengan cara tersendiri, meskipun ada yang mengatakan ia sudah mati sekitar lewat tahun 1975 akibat pengaruh revolusi di Iran (ketika itu dengan hanya bertudung bawal, perempuan cis muslim digelar berbaju dakwah - anak kak Som pakai dakwah!) Cara berpakaian akhirnya diambil kira dengan beralihnya generasi. Namun giat fesyen berterusan dalam konteks terkini. Pilihan terkini jauh lebih modest, sudah tentu sedikit arob arob dan ada yang memilih jadi minimalis - tidak kira moden atau berjilbab.

Sesekali dikembalikan fesyen retro (potongan 70an dan 80an yang saya kira sangat menarik). Sifat 'I wear what I want' dalam kawalan politik tanpa sedar lama lama terhakis sendiri. Ibu ibu dari tahun awal 80an mula menyorokkan gambar gambar lama bermidi pleat, blouse cap sleeves, tube sarung bantal, top tali halus, maxi dada bersuak dan seluar jeans ketat. Ada sedikit perasaan malu di situ. Kisah kisah artis berjilbab (peminat mahu tahu - kisah kisah terbakar api kerana berpakaian seksi dan tangisan jika boleh), permintaan sang diva lapuk agar dipadam gambar gambar terdahulu dan gaya muslimah buah nangka terkini... Ya, kisah bertudung juga boleh jadi rencana satu mukasurat penuh akhbar arus perdana. Terkini sehingga 10/07/2020 adalah artis KhilaFairy anak kepada Rohana Jalil. Ia bagaikan tradisi berita gembira untuk warga Melayu Muslim.

Fesyen adalah politik kerana hanya mereka yang melaluinya sahaja yang tahu (Yang pernah dihencap, golongan yang menggunakan saluran fesyen untuk mencuri perhatian, buka tutup tak tetap pendirian, kutukan dan pertanyaan tudung mana? tudung mana? begitu juga teknik mahukan simpati dan dukungan) Fesyen masih lagi jadi dambaan manusia, maka dicipta sejenis tahap kelas itu dan ini... kumpulan sasaran pembeli dan pelbagai promosi demi perniagaan.


Dunia fesyen akan terus mewarnai dunia manusia kerana secara asas ia adalah penutup kemaluan kemudiannya barulah gaya, kelas, stail dan apa sahaja tafsiran yang ada...direka manusia, didambakan oleh manusia.

Fashion is a temporary attachment that will not last! It may come and go... some will return and the rest will just be a laughing stock about the silliness of the good old days...

 some will return and the rest will just be a laughing stock about the silliness of the good old days

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SELFISHWhere stories live. Discover now