APA YANG KAMU TIDAK LAYAN DI MEDSOS?

39 0 0
                                    

APA YANG KAMU TIDAK LAYAN DI MEDSOS?

Menjelang saat ini, kamulah pakar media sosial. Pantas kamu calit jeling sahaja, kerana sudah mampu ditebak apa paparan yang muncul.

Sesekali dihidangkan kisah saman menyaman, perbalahan (dalam bahasa intelek sehingga makian kampungan). Kamu calit dan calit lagi telefon pintar dengan mata terbeliak, mulut terlopong dan penuh ketaksuban bawang. Ada ketikanya kamu ketawa kerana tidak terbayang bagaimana temanmu mampu muatnaik hal hal sebegitu.

Di tahap ini mencari musuh kamu tidak mahu.

Memang seronok menyaksikan perbalahan dan pertikaian sebarang isu. Jika tidak, orang tidaklah mempertikai ketagihan terhadap medsos yang menelan waktu sampai jadi sia sia itu. Paparan sampah!

Akhirnya tanpa diajar sesiapa kamu jadi insof sendiri. Maklumlah seduitpun tidak terjana, tak gitu? Hahahahaha... ketawa panjang kamu sambil menyumpah diri sendiri, terkenangkan sifat lama kamu yang suka berbalas hujah mencari kebenaran.

----------

Bukan tidak pernah dikesali, yang tua tua sudah pernah menghadapinya di zaman IRC dan tagged. Terpancing dengan perkenalan palsu, digoda pak itam, ditipu oleh iklan palsu dan macam macam termasuklah ugutan terhadap rakaman video separa lucah oleh pengoda internet. Bukan tidak ada kes yang dilapurkan dan naik mahkamah, bukan?

Tak orang tak kita, tak betul orang tak kata!

Belum lagi diulangi kisah telefon Blackberry yang kononnya membawa kelas tersendiri di suatu zaman... akhirnya tumpas pada mukabuku setelah diluncurkan pada 4 februari 2004 diikuti oleh ciapan lewat twitter sejak Mac 2006 – juga dikatakan hanya untuk sibijak berciap ciapan sambil menyebar kisah. Keaiban dan lucunya tetap sama.

Semua penemuan yang awalnya dianggap sains roket tadi menjurus pada hal yang sama. Menjadi dinding pengakuan seperti di Synagogue Jurusalem, kata mereka yang kurang gemar bermedsos atau merasa galau melihat bagaimana beraninya manusia melayan nafsu mereka untuk sejenis pameran perasaan, ada yang lengkap dengan gambar lagi... tertunduk tunduk di meja makan hingga terpaksa diulang kalau berbicara dengan mereka...

"Apa you kata tadi? Ermmm...," dengan mata terkulat kulat dan jemari masih setia pada i-phone dihiasi mee goreng dan teh tarik yang sedang sejuk...

Kamu yang geram mula berhujah: "Next time kalau keluar makan makan, I minta simpan handphone na... I macam tongkoi kayu!"

Itu semua sudah kita bincangkan dalam topik lepas, kini kita mahu tahu apa yang membuatkan kamu merasa seriau bila melayari dunia medsos, tidak kiralah di mukabuku, IG, twitter atau situs situ murahan sensasi itu, selain dari sebaran gambar gambar lucah editan (katanya...) dan artikel hoax salin lekat?

Apa agaknya yang tidak menyenangkan kamu?

1. Pilih punya pilih senarai teman teman, terselit juga sang gila seks.

2. Ugutan dan kemarahan individu yang acapakali mahu memadamkan teman medsos. Padam sajalah tanpa pengumuman!

3. Perkelahian dan hina menghina sesama teman bila melibatkan kisah personal, dirian politik, beza pemahaman agama, hantaran bernada seksis dan rasis? Terhambur habis kutukan peribadi yang sepatutnya jadi private.

4. Tuntutan hutang yang akhirnya memilih medsos sebagai medan

Ada yang dilakukan secara umum, tetapi yang paling berkesan adalah dengan paparan wajah, alamat... sungguh aib bukan?

5. Pelayar yang bersih hantarannya di dinding sendiri tetapi kotor, tidak sopan bila berkomentar di dinding orang?

6. Hantaran yang berterusan bernada seks dalam dwi makna (ala ala jenaka Melayu di televisyen 70an). Bukan sekali dua tetapi terlalu kerap. Kita menghabiskan waktu bagai terpanggil membaca

SELFISHWhere stories live. Discover now