TERHEGEH HEGEH

6 0 0
                                    

Kicauan di atas kembali membuatkan saya terfikir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kicauan di atas kembali membuatkan saya terfikir. Ya, tentang diri dan gelojak HEMOI yang harus disingkirkan dari waktu ke waktu. Kejadian yang lama lama dianggap BIASA, terjadi sejak kecil hinggalah ke usia tua. Jika sewaktu masih anak anak ia ditangisi, di usia tua ada percikan usaha lain boleh dilakukan...

Untungnya kini, saya penulis yang merakam sifat, jadi beban di bahu tidaklah ketara... mereka akan difiksyenkan atau direncanakan dalam artikel. Sewaktu dewasa saya pula dikurniakan kerjaya kelip kelap mampu membawa iri pada teman yang saya fikir rapat, entah ya entah tidak? Tetapi jelasnya begitulah... mungkin dianggap sebagai pesaing?

Namun saya fikir, lebih baik diperlihatkan kebenaran secepat mungkin kerana di usia tua kini tumpuan hanya mahu dihulurkan  pada mereka yang okay okay sahaja...maklumlah sudah berpengalaman. Kalau mereka ditakdirkan tidak okay saya mampu tinggalkan seketul tanpa ralat.

KEJADIAN KEJADIAN?

- memberi bantuan wang ringgit tetapi bila berjaya kita dipandang sipi sipi sahaja seolah terlupa, tak kenal.

- memberikan dukungan dalam bentuk materi. muzik, busana panggung, kontak, perhiasan - sayangnya saat diwawancara tak disebut langsung (malah disebut pula nama orang lain yang kerap mengutuknya sebagai BFF)

- melatih siang malam cara bercakap dan membawa diri untuk ajang kecantikan... tidaklah menang tetapi mendapat hidup yang hebat. Jumpa kita siap kibas rambut ya...

- Dia mencari info... kitapun beri dan korek segalanya agar tugasan beliau jadi mudah... sayangnya bila tiba hari besar, nak sebut nama kitapun dia segan. Takut agaknya jika perlu berkongsi lampu sorot yang dianggap glamer?

3 kejadian di atas sewaktu tua. Tidaklah mahu saya beremeh temeh lagi, itu belum lagi para pelajar kolej yang menggunakan saya sebagai subjek kerja kursus mereka... Amboi, sms dan panggilan tak henti. Tamat sahaja pengajian senyap sepi tanpa berita (bukan semua, kerana ada para pelajar yang bertimbang rasa)

Kembali pada artikel HEMOI berpada pada sebelum ini ya... pada kamu mungkin ia tidak sepenting mana, namun kita tidak pernah tahu bahawa hubungan tidak akan jadi seperti dahulu lagi bila kita lupa memberi penghargaan dan menganggap pihak satu lagi hanya dalam kadar lebih kurang. (Jika terkena buku dan ruas: terbitlah anekdot pedas medsos terbuka yang memalukan dan balas berbalas kata yang tidak sedap - I don't stoop that low for the time being).

Maka dari itu, belajarlah menghargai orang. Tidak luak di bahagian kamu jika menyebut nama mereka yang sudah pernah membantu kamu dari sudut materi dan semangat. Setakat manalah hebatnya kita manusia fana ini? Yang pernah terkena seperti saya akan terus berucap pesan tentang hal KENANG BUDI dan SIFAT HEMOI BERPADA PADA...

Pesanan dan alasan untuk diri sendiri. 

- dia tidak ada pilihan ketika itu, kau saja ada

- kau tidak termasuk dalam senarai manusia yang dia kagum pun!

- mana boleh berkongsi spotlight... ini hanya untuk aku! dia takut

- selama ini aku hanya berpura pura demi kelansungan hidup

- alah dia tak kisahlah... diapun bukan sapa sapa kan? dianggap kodi

- oh! No, dia terlalu polos. Life style hidupnya bukan tujuan aku... nope!

- aku sebenarnya hanya mahu yang berkelas, rubbing shoulders only with who and who, kalau dulu bolehlah aku layan dia...

-----------------
NOTA: Memang benar kata kata klise: Expect nothing in return when you've given some helps. TETAPI di sini saya berbicara tentang siratulrahmi manusia nyata yang wujud dan saya merasa tidak senang dengan budi cara hidupnya. Dia ada misi mahu gah (tetapi kurang berkemampuan) Kita antara tangga tangga yang mahu diinjak... Saat kata ungkapannya semakin kuat dan berkuasa, ingat ya saat turun nanti kita akan bertembung dan Bahu Dingin akan diselisihkan untuk kamu dan jangan pura pura bertanya kenapa... kerana aku juga tidak akan mahu mengulangi mesra.


SELFISHWhere stories live. Discover now