Manusia terlibat pada gerak seks. Secara halal? Suka sama suka? Secara rahsia atau apa sahaja. Tanpa kerelaan satu pihak itulah dianggap sebagai ROGOL.
Kisah rogol yang diketawakan? Dijadikan bahan mengejek? Dikongsi dilayar perak secara fiksyen demi babak cemas berunsur nafsu? Menjadi budaya buli terangan? Pertikaian terhadap suara si mangsa? Hinaan akhirnya dan mencari salah si mangsa?
Budaya yang dibina secara perlahan palan berteraskan konstruk sosial asas:
- Perempuan baik baik duduk di rumah sahaja
- Pakaian dijadikan titik kesalahan (sedangkan banyak kes rogol terjadi pada wanita bertudung litup)
- Ketawa bila ada kaum trans mengaku dirogol (dianggap lucu)
- Jenaka dianggap jantan jika melibatkan anatomi perempuan.
- Sifat berat sebelah penghakiman terhadap perempuan mangsa
- Berterusan menyalahkan sang mangsa: bentuk badan, melewati kawasan tertentu di waktu tidak tepat, rupa paras, gerak badan, cara bercakap atau apa sahaja...
Memudahkan pemahaman: Rogol adalah paksaan seks ke atas mangsa yang tidak bersetuju untuk bersekongkol akan gerak laku seks tersebut. Ia tetap salah dan tidak bermaruah.
Spekulasi setelah membuat lapuran: Berdegar degar berfiksyen seperti drama yang ditonton. Perempuan mangsa dikatakan berpura pura jadi mangsa kerana mahukan lelaki bertanggungjawab setelah suka sama suka.
"Padan muka, dia gatai sangat" dan pelbagai sepekulasi lain yang tidak adil. Ingat! Rogol adalah rogol dan kamu tidak berada di tempat si mangsa.
Kisah sebenar setelah siasatan biarlah ditanggung oleh penyiasat dan pihak undang undang.
Hentikan nafsu mahu berlucuan tentang Rogol (meskipun hanya untuk suka suka) - "Aku rogol kang...." "Rogollah I... I lama tak kena rogol" Ia tidak lucu, jika diketawakan sekalipun akan menjadikan orang terfikir tentang citarasa kamu. Ia tidak lucu - sekali lagi diulangi!
Bila perempuan sendiri tergelincir beranalisa tentang rogol. Fikirkan semula tindakbalas kita (para perempuan) terhadap berita dan gambar mangsa rogol. Habit untuk mendesis prejudis itu sebaiknya tidak ada. Padam segera penghakiman cetek tersebut. Saat itu ada yang menggunakan agama dan nilai moral untuk menghakim.
"Kalau dia wanita muslimah sejati dia tidak akan keluar malam, padan muka dia" (harus ingat berapa banyak kes wanita bertudung litup dirogol sadis)
"Tengoklah cara dia berpakaian... dengan rambut merah baju ketat bagai....Allahurabi!"
"Namapun tempat mabuk... padanlah kena priap"
"Hidup seperti bohsia... buku dan ruaslah..."
Perempuan yang menggalas tugas sebagai ibu/kakak/pembimbing harus juga menasihati anak anak tentang menghargai perempuan, tidak memaksa orang, tidak menceroboh dan jalan jalan lurus menjalani kehidupan. Ia diterangkan pada anak anak tidak kira apa jantina sekalipun sewaktu remaja.
Sifat seksis? Mereka yang mendiskriminasikan orang lain berteraskan jantina. Ia sama sahaja dengan sifat rasis dan homophobia. Menjurus pada kebencian berdasarkan gender. Seringnya manusia seksis dan undang udang banyak mendiskriminasikan perempuan.
Di penghujung jika tanpa kawalan ia akan jadi Budaya Terbiasa, mencapai tahap NORMAL. Mencabul apa sahaja terdekat, rogol saudara mara (termasuk anak, cucu, anak tiri - dengan kekerasan ugutan), mencari peluang tanpa ada rasa sebagai penyelamat dan paling pilu adalah rogol berkumpulan kerana masing masing fikir si mangsa memang patut dirogol.
Marilah menuju ke arah suasana hidup yang penuh belas kasihan (compassion) dan bertimbang rasa. Melihat ROGOL sebagai tindak tanduk tidak bermoral, perbuatan jenayah dan perlu dihukum akibat menganiaya.
NOTA: Ada orang fetish terhadap kisah kisah rogol. Ada orang nafsunya berburai berbicara tentang seks (meskipun akademik). Ada orang dalam diam mencari jalan untuk merogol dan sudah merangka 1001 plot. Niat niat tersebut haruslah dipantau dan dicari jalan penyelesaian secara medikal. Hentikanlah berjenaka pada lapuran perempuan rogol lelaki, mak nyah dirogol, pengemis tunawisma dirogol, nenek tua dirogol yang dirogol oleh portal portal lapar. Apa sahaja kondisi tentang trauma mangsa rogol bukanlah hal enteng seperti yang kamu fikirkan...
YOU ARE READING
SELFISH
RandomIF ONLY I LIVE TO TELL... Do you think it will be fair? No doubt, I am an excellent storyteller. I will leave your jaw dropped with my tales of manipulated words and languages. It is going to be all about me, me and myself alone. I will pretend to i...