TEMAN TEMAN SUICIDAL
Jika zaman terdahulu ia tidak dibicarakan langsung, dianggap tabu dan memalukan orang terdekat, tidak lagi kini... Medsos sudah membuka ruang curhatan. Komputer tidak segedabak dan mahal seperti di zaman dahulu, ia berada di hujung jari malah ketika berbaring santai manja juga mampu dimuatnaikkan apa sahaja yang melintas di benak rasa.
Nah, saat ini manusia yang hadir dari zaman 80an (termasuk penulis) akan merasa terkejut. Di zaman mereka hal kemurungan, depresi, sewel, isem atau 'mental tak centre' tidak dibual bicara secara umum kecuali dalam sidang akademik dan sesi perubatan. Rencana tentang sejahtera mental kerap dipaparkan dalam majalah, sesawang khusus dan kini di dinding popular medsos seperti Facebook, Tweeter dan blog peribadi tertentu. Pro dan Kontra akan tetap ada.
Secara umumnya kita faham bahawa siuman atau tidak tahapnya berbeza di antara manusia. Minor atau major sahaja, terpulang nasib. Kita juga mula tahu bahawa ada tindakbalas kimia dalam badan dan penglibatan pelbagai jenis gabungan endorphin, hormon stress adrenaline dan noradrenaline saat marah/gentar/kalut/kecewa atau dopamine ketika gembira, bahagia, seronok... Bunyinya begitu saintifik ya amat bukan?
Seawal tahun dua ribuan kita mula menilai muatnaik curhatan di dunia medsos. Sesekali kita fikir ia menyeronokkan, lama lama diiringi rasa TAKUT dan sedikit gementar. Apatah lagi tukang ketik kekunci adalah kenalan (rapat, kamcing atau kenal begitu sahaja). Paten yang dipamirkan berbunyi bagai mahu menarik perhatian. Maka berjabulah nasihat yang macam macam masuk. Selalunya jika di Asia, tentulah ia melibatkan hal hal kembali pada aktiviti rohani (sembahyang, baca doa atau apa sahaja yang melibatkan taqwa pada Illahi). Membaca diagnosis peribadi mereka juga membuatkan kita berkerut dahi.
Lama lama ia jadi tidak seronok lagi melihat kegalauan mental yang pelbagai ini (tentang depresi sepi, fizikal, pekerjaan, keluarga, pilihan, tercuit kejadian, agama, politik dan macam macam) Ya, depresi mereka tidak pernah sama dimensinya. Kita yang faham mula membabitkan rembesan hormon yang melibatkan terjemahan akhir dari suruhan otak dan menggerakkan jari jemari mereka untuk berkomentar atau memuat naik apa sahaja. Ya, berbunyi aneh termasuklah ugutan mahu membunuh diri. Kita sering diserang rasa gelisah meskipun mereka bukan ahli keluarga yang terdekat. Kita cuba memahami lagi dan membaca rentak.
Tidak ada jawapan dan solusi spesifik, selain dari menasihati mereka untuk tampil mendapatkan bantuan sedia ada dan berhadapan dengan pengamal perubatan bertauliah (hindari diagnosis peribadi - self diagnos), selalunya yang kurang pasti (mereka yang normal) akan berdiam diri kerana takut silap mengutarakan nasihat. Pernah dalam beberapa kejadian tukang nasihat diserang bertubi tubi (hanya kerana dia tidak faham situasi sebenar) dan ada yang nakal mula membuli, mengejek dan menggalakkan tindak si tukang curhat yang mahu BUNUH DIRI. Sekali lagi kita yang melihat rentetan kisah di jalurmasa medsos jadi terpana dan kaget.
Sesekali kita menasihati teman teman suicidal agar meninggalkan dunia medsos jika benar benar dia tidak tenang. Itu adalah tindakan terbaik setakat ini. Relak dahulu, kembali lagi bila jiwa sudah mula damai. Medsos adalah medan yang mampu mencuit emosi yang tidak stabil, manusia biasa juga ada kecanduan terhadapnya bukan? Dari hal kecil sehinggalah pertelingkahan peribadi, agama dan poltik remeh boleh membuatkan emosi si depresi jadi terganggu, si normal dengan mudahnya mengatakan, "aku nampak tapi aku skrol ke bawah sahaja". Tetapi tidak pada si malang yang bermental tidak stabil.
Selalunya: Mereka yang terganggu emosinya bukanlah calang calang manusia. Seringnya mereka bijak mengatur kata, bersinis ketika melepaskan perasaan ((untuk didengari). Jangan terkejut jika latar belakang mereka jauh lebih hebat berbanding kamu yang merasakan diri sihat dan normal (status dalam masyarakat, pendidikan, ruang sedia ada). Masing masing akan tertarik pada isu isu tertentu dan mudah merajuk, malah merasakan dunia ini sudah tidak nyaman lagi untuk dihuni - dan kembali membariskan ugutan mahu bunuh diri.
- mati itu lebih mudah, selamat jalan!
- baik aku mati sahaja, dunia ini tidak adil.
- sedang berdiri di tingkat 15, patutkah aku terjun?Minggu depan dipaparkan pula kegiatan bahagia yang lain... kita menjadi lebih keliru dan sudah tentu terfikir apakah sebenarnya fenomena ini? Dalam nada tidak matang kita mula mempersoalkannya, tertanya samada ia ADHD (attention deficit hyperactivity disorder). Tidaklah mahu dipertikaikan itu dan ini menganalisa situasi mereka yang TIDAK AKAN PERNAH kita lalui kerana kita bukan tuan punya badan yang sedang menghadapi depresi... saranan terbaik adalah terus menasihati mereka untuk menemui pakar, menggunakan sistem perubatan negara sedia ada atau jika perlu mendengar, dengarkanlah penuh hati hati, sampuklah apa yang selamat dan sederhana. Kita BUKAN PAKAR.
Seperti yang dikatakan, manusia hidupnya saling menyaling. Telinga yang sudi mendengar, mata yang mampu melihat dan hati yang berempati di pihak kita harus ada. Secara bijaksana, janganlah diburukkan lagi suasana. Bermesej jika perlu, bertanya samada dia okay atau tidak dan maafkan jika kerap terjadi keluar masuk, muncul hilang di dunia medsos. Mereka ada hal yang harus ditangani.
Teman teman yang sering suicidal, didoakan agar kamu pulih dengan ajaib kekuasaan Pencipta. Bertemu dengan ruang yang membahagiakan dan terus menikmati hidup di dunia, mampu mengawal diri sebaik mungkin.
Ciri ciri suicidal harus kita peka (pusat bantuan, lokasi rawatan dan kesudian telinga) - ingat ada yang tidak banyak berbicara atau ada yang memilih kamu sebagai pendengar. Oh! Tuhan, bagaimana?
Ya, bertenang seketika dan carilah bantuan demi sejahtera.
Regina Ibrahim
28.09.19
YOU ARE READING
SELFISH
AléatoireIF ONLY I LIVE TO TELL... Do you think it will be fair? No doubt, I am an excellent storyteller. I will leave your jaw dropped with my tales of manipulated words and languages. It is going to be all about me, me and myself alone. I will pretend to i...