TUMBUH MERASA BERGUNA

4 0 0
                                    

TUMBUH MERASA BERGUNA

Nasihat klise sesama manusia. Jelas meluncur saat marah dikatakan 'kamu tidak guna seduitpun!" "Kau memang tak berguna" atau doa "semoga besar jadi orang berguna"

Perasaan kosong sang 'loser' tidak terarah, takut dihencap, ragu akan kemampuan diri, ditertawakan nanti dan bermuka tebal tercari cari pendukung adalah salutan biasa bagi semua pemula. Pelbagai rasa dan langkah sumbang mampu menjurus individu jadi tidak keruan, depresi, menyendiri, ketakutan, hilang jati diri dan pelbagai urutan negatif.

Imbal balik tingkah sesama manusia, suka tidak suka sangat diperlukan demi capaian perasaan jadi BERGUNA. Suntikan berbentuk menyokong, memuji, menyaran, menyambung disertakan kata kata berlapik untuk memupuk semangat sesama tanpa sangkaan buruk.

Dalam banyak wacana penulisan apabila dibangkitkan isu gender dan seksualiti, kerap saya ungkapkan tentang memberi ruang agar manusia merasa mampu jadi BERGUNA. Ia penting dalam sebarang segmen manusiawi. Individu tersebut mungkin hanya menterjemah sebagai usaha mahu berjaya, cita cita dan bayangan pada pekara pekara yang membahagiakan.

Harus ingat penghadang terlalu banyak kerana diukur mengikut konstruk hidup yang sedia terbina dan bergabung jadi darah daging (sukar untuk diubah). - memilih untuk cebih bibir kerana ketakutan benda baik jatuh pada orang lain, resepi peluang dicuri, diciplak punca rezeki, pendapat tidak sehaluan, kekangan budaya dan agama serta macam macam lagi jadi penghadang menuju ke arah jadi berguna.

Bukanlah tugas sesiapapun untuk merubah pendapat peribadi, pegangan dan kepercayaan individu. Dalam banyak waktu ia menuntut keselarasan, kewarasan dan usaha memperjelas, tanpa emosi berat yang berunsur benci, meluat, dengki, salah faham, makian, merajuk dan lain lain lagi unsur negatif.

Mata hati seharusnya dipertajamkan bermula di lingkungan keluarga terdekat dalam mendukung dorong minat, kecenderungan anak anak, adik beradik atau komuniti tempat tinggal secara bijak. Banyak potensi terbiar begitu sahaja akibat tidak ada dukungan dan sifat yang gemar merendah rendahkan minat orang lain termasuk perlekehan keluarga terdekat. Kita sebaiknya memupuk sifat mahu mendukung apa sahaja niat anak anak muda, dikurniakan sama rata pada mereka asalkan tidak memudaratkan.

Tahukah kita banyak aktiviti baik baik yang tidak mampu terlaksana diakibatkan oleh:

-tiada sokongan

-kekurangan dana

-rasa percaya yang tidak dihulurkan

-dicantas putik/tunas harapan.

-merasa tercabar dan dilekehkan

-tidak pernah yakin pada orang lain.

Saya fikir selagi hasrat terhidu murni, berpotensi dan memberansangkan, manusia sesama harus digalakkan untuk merasa/menjadi berguna. Lakukanlah dahulu di kalangan komuniti kecil demi kebaikan yang dinamik.

Manusia yang berada di ruang berguna terus tumbuh memberi dari sekecil hinggalah sebesar besar sumbangan terhadap pembangunan manusia berintegriti.

'Good people strengthen themselves ceaselessly' - Confucius.

SELFISHWhere stories live. Discover now