MEDIA BEBAS
Bukankah bebas dan terbuka itu kita bayangkan bakal menyuntik rasa bahagia seronok? Hmmm... tidak juga rupanya. Kenapa resah?
Sesekali kita memarahi diri sendiri setelah melihat hasilnya, atau mungkin kita sama sama sudah terperangkap dalam acuan dan konstruk sosial lama? atau saat ini kita sedang kecanduan medsos? Mana satu gelaran untuk kita?
Baby Boomers: lahir 1946-1964 (sekitaran 54-72 tahun)
Generation X: lahir 1965-1980 (sekitaran 38-53 tahun)
Millennials: lahir 1981-1996 (sekitaran 22-37 tahun)
Post-Millennials: lahir 1997- hingga kini (sekitaran 0-21 tahun)
Sebagai manusia yang berada di antara gelar Baby Boomers dan Generasi X, saya tidak dapat memberi gambaran tepat tentang bawaan terkini 4 personaliti generasi yang bahagi bahagikan itu. Saya kira nilaian moral dalam hidup sama sahaja (walaupun merasa bahawa diri awal awal lagi terdedah pada ideologi kebebasan dari barat). Saat ini terasa benar akan nilai kam kam yang tersangkut dalam diri..
Pagi tadi setelah meneliti iklan Melayu dari teman lewat mesej peribadi, saya jadi terkedu dan mula menilai. (ah! saban hari pun orang seperti saya akan menilai) cuma yang ini agak keterlaluan kotornya, tiada citarasa, bertudung, tanpa diminta badan vintaj mula bertanya, kenapa dan mengapa? Rasa ralat mengambil alih ruang fikir, ada sedikit rasa tua, tertinggal waktu dan tidak kool.
Kemudian membaca luahan rakan medsos tentang gangguan mental terhadap dirinya. Beliau yang seringnya bijak memberi buah fikir terhadap isu isu negara dan apa sahaja, kali ini bernada pilu. Bercerita tentang gangguan AHDA, DID dan personaliti terpecah yang kerap ditanggung. Semoga beliau mendapatkan bantuan kerana luahan lewat medsos tidak cukup. (teman teman medsos hanya mampu bersimpati, mengetik emoji dan menyusun kata semangat sahaja - kimia dalam badan manusia jika tidak seimbang harus dipantau oleh pakar perubatan bertauliah). Lega bila dikhabarkan bahawa dinding medsos akan dia tinggalkan untuk seketika hingga merasa pulih. Bunyinya siuman sekali seperti yang sering disarankan.
Tidaklah mahu diulangi lagi leteran atau syarahan pro dan kontra tentang medsos (kamu semua penilai yang jauh lebih bijak dari yang difikirkan). Hal hal remeh yang bagaikan berulang ulang sebenarnya mampu dielak.
Medsos kekal sebagai dinding luahan, mungkin betul sindiran yang mengatakan ia bagaikan dinding pengakuan warga Yahudi dan Kristiani. (confession wall dan confession box)
Sesekali kita tertawa, terhibur bagaimana kreatifnya wargamaya berjenaka, bertik tok, berniaga, berkerut membaca luahan sang athiest pada agama lamanya, teman yang baru menemui agama/Tuhan, si rebel yang mula bereksperimen makan babi, sang politikus murahan memberi pendapat sekupang dua, si seksi yang mencuba pasaran, tua muda yang resah akan tubuh badan, luahan sensasi KRT, perkongsian beresit yang ada ketika mengena dan ketaksuban tanpa citarasa. Jangan lupa sang pujangga olok olok dan sasterawan muda mecurah gundah. Pokoknya, nilaian samada berkelas atau tidak, masing masing mahu memancing perhatian walaupun jika ditanya tetap dinafikan (taklah...kiter suker suker jer! = cakap Kl you! sayapun 2 X 5) Kita sebenarnya tanpa mengira generasi sudah membina ikatan dengan medsos sebenarnya. (Akaun palsu, nama samaran, gian jadi stalker, non aktif, tegar atau apa sahaja tidak kira di laman pilihan mana sekalipun).
Kita ini bagaimana?
Jawablah secara perlahan lahan, penuh hati hati, berperingkat peringkat atau mungkin nanti dibawa persoalan ke meja makan atau sidang teh tarik (berbicara dengan teman baik, para ilmuan, guru atau siapa sahaja yang dirasakan sesuai) - selamilah pendapat tentang medsos, seraplah mana ajuran yang dirasakan sesuai. Tidak ada jawapan yang benar dan hakiki.
Jika terusik hingga tidak mampu tidur atau tertekan, pandai pandailah membawa diri atau mencari ubat merawat sakit medsos ini...
NOTA: Penulis punya fetish medsos tersendiri - gemarkan gambar kucing/pemandangan/makanan, kerja seni naif, bayi kecil comel, kejayaan rakan rakan dan luahan nakal nakal yang nantinya penuh dengan jenaka sakatan. Penulis juga arif tentang butang butang hadiah dari Mark Zukernberg.
YOU ARE READING
SELFISH
RandomIF ONLY I LIVE TO TELL... Do you think it will be fair? No doubt, I am an excellent storyteller. I will leave your jaw dropped with my tales of manipulated words and languages. It is going to be all about me, me and myself alone. I will pretend to i...