BERHEMPAS PULAS UNTUK SIAPA?

13 0 0
                                    


BERHEMPAS PULAS UNTUK SIAPA?

...bunyinya kasar. Baru terpandang satu set penjualan korset badan agar tampil langsing. Lengkap prosesnya menarik bahu hingga ke bahagian perut, pinggang dan pinggul. Kalau rasa mahu terkencing bagaimana agaknya?

Pandai benar peniaga bermain dengan rasa tidak selamat perempuan, itulah perdagangan. Perniagaan bermula dari titik tersebut. Tawaran dan permintaan pada cita cita... atau lebih tepat digelar nafsu. Ini isu lapuk, namun berterusan diulang nasihat agar tidak terbawa jadi budaya atau adat perempuan yang akhirnya menjadikan perempuan bagaikan badut pemuas.

Berpusar pada kekurangan pengguna wanita. Ditawarkan yang bukan bukan sehingga ada yang berbahaya.

Berat badan, gelap warna kulit sehinggalah hal hal dalaman dan rupa paras yang bukan bukan di tawarkan pada perempuan. Ya, perempuan polos yang pada awalnya menyangka menjadi perempuan itu adalah hal yang syukur kerana dia akan melahirkan generasi dan menjadi ibu yang berguna.

Tidak lagi di zaman materi dan rigid ini...

Ianya terkait rapat pada polisi diri (hala tumpu hidup sang perempuan), setelah bertahun tahun dewasa dalam kelompok yang berpaksikan pada penetapan piawai cantik rekaan masyarakat setempat, tidak dapat tidak ia akan membentuk berbaris piawai apa itu cantik. (Piawai akan berubah secara lokasi dan tamadun). Pedagang gigih beriklan untuk terus menghina wanita yang bertubuh biasa dengan kata pancing bahawa mereka ada untuk membantu.

Bagi sesetengah orang bicara pada hal sebegini adalah rigid. Mata hatinya bagaikan buta. Bicara sebegini juga bukanlah menjadi kegemaran sang lelaki benar (lelaki asli yang berwibawa melihat kecantikan secara berbeza). Tertanya tanya jadinya generasi baharu, apa sebenarnya yang dimahukan oleh pasangan sebenarnya? Maka kita saling mecari solusi mahu memikat lawan seks.

Bahan bacaan kaum perempuan ditaja pedagang, tiap ruang tumpuannya menghala pada hal yang satu. Tampil cantik, beli dan beli sahaja. Akhirnya terbentuklah sekumpulan manusia perempuan yang merasakan bahawa semua nasihat cantik dan cadangan sebagai mantra suci hidup.

Sama seperti hal hidup yang lain, ianya adalah subjektif. Tidak ada penerangan yang tepat.

Budaya cantik direka. (tercipta sendiri atau akibat disogok) Sedangkan sewaktu waras kita mengatakan bahawa kalau sudah lengkap angota tubuh badan cantiklah manusia. Tiba tiba kita mula bercerita tentang:

1. Hidung pesek

2. Kulit hitam

3. Kaki pendek

4. Perut boroi dan tubuh gemok

5. Rambut tidak lurus

5 hal di atas memberikan idea pada kita bagaimana untuk mengkagumi manusia perempuan, melihat bahagian bahagian badan sendiri untuk disesali seolah olah marah pada genetik kurniaan Tuhan. Pedagang nampak dan masuk jarum.

Diakhir segala usaha, masih tidak ada jantan yang menelan liur mendambakan kita sang perempuan. Bagaimana ya? Kerana ada hal hal tugasan hidup perempuan yang terlupa untuk kita tumpu dan asah. Mata hati terlalu asyik melihat kekurangan fizikal diri, demi untuk apa? Tanpa sedar untuk memikat sebenarnya. Kalau ditanya pastilah untuk diri sendiri jawapannya.

Kalau untuk diri sendiri...

1. Kenapa mahukan ubat kurus tanpa senaman dan pecah peluh?

2. Kenapa tidak didambakan genetik alami yang besar dan agam?

3. Tertanya tanya ubat pemutihan kulit?

4. Benarkah pasangan mahu yang ketat setelah beranak lima?

Pedagang pedagang berterusan mengkaji hal hal tidak selamat perempuan demi perniagaan. Melangkah lebih jauh lagi kita mencari klinik astetik untuk tampil seragam dengan apa yang sudah kita kagumi. Melangkah lagi hingga ke luar negara untuk kepuasan diri. Angkat muka, tarik benang, cucuk kolegen, angkat payu dara, prostetik hidung dan pipi... dengan harapan yang terselit setelah melabur nilaian wang selangit.

Perempuan yang bertuah adalah mereka yang menerima diri seadanya, rajin berusaha (senaman, belajar teknik baharu moden dan tradisi), sihat tubuh badan, tangkas, berpendidikan serta mampu menjadi ibu dan pembimbing yang progresif. Mereka mampu melihat bantuan bantuan kecil yang ditawarkan oleh pedagang secara realistik dan tidak terlalu ghairah mahu menjadi orang lain (paparan aktres, model atau personalit berbayar perempuan)

Setelah berhidung tinggi, berkulit cerah, berbusana buah nangka, berdandan rapi, mata lensa bertinta dan berkasut ikan plotan, kamu mahu pergi ke mana? Lebih dicintai? Didambakan oleh semua jejaka? Peluang kerja yang meningkat? Atau bila berjalan sahaja semua manusia akan tertoleh toleh tidak puas pandang? Hidup lebih mudah berbanding perempuan lain yang berwajah kemek? Apa agaknya ya?

Sudahkah dikutip segala pujian di ruang majlis, IG dan paparan di facebook untuk hidup seterusnya? Hidup menjadi lebih menawan? Pasangan mana agaknya yang menatang kamu?

Apakah pernah kamu mengkaji dan memikirkannya?

Apakah pernah kamu mengkaji dan memikirkannya?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SELFISHWhere stories live. Discover now