DEPRESI YANG MELETIHKAN
Bila orang terdekat Robin William mengatakan aktor yang memenangi pelbagai award berperang dengan depresi (kemudiannya disahkan sebagai Lewy Body Demantia yang mungkin jadi akibat depresi) – satu dunia jadi terkejut.
Kenapa tidak? Mana mungkin? Sedangkan dia pelawak. Dia sudah menghiburkan manusia dari pelbagai lapisan usia dan masyarakat dengan filem filemnya. Beliau dekat dengan mereka yang pernah bekerja dengan jenaka dan kebaikannya. Petanda bahawa depresi boleh menyerang sesiapa sahaja.
Mengetahui bahawa arwah Robin mengidap depresi, agak sukar untuk dipercayai. Selain dari menjadi inspirasi, ramai orang terfikir kalau ditanya tentang Robin William akan terus mengaitkan dirinya dengan kata 'Kejayaan'
"Depresi' dicampur 'Berjaya' adalah mustahil. Tetapi ia boleh berlaku.
Jadinya depresi adalah satu tanda amaran isu kesihatan paling berbahaya yang perlu kita semua ketahui secara menyeluruh hari ini. Ia menyerang manusia yang bermasalah, depresi menyerang orang yang disangkakan memiliki segalanya juga. Kamu mungkin mempunyai teman yang banyak tertawa dan berjenaka sepanjang waktu, dan boleh diserang depresi ketika dia sedang melawak.
Depresi tidak mengenal status sosial, tidak kenal latar pendidikan, tidak kenal erti kata 'sukses'. Ia boleh dirujuk sebagai sakit halimunan, kerana ia adalah isu mental yang tidak terlihat di mata. Sesuatu yang kamu tidak peka, lainlah kalau mereka bercerita secara terus terang pada kamu dan bersikap terbuka tentangnya.
Jadi adakah kita tahu kalau ada sesiapa yang kita sayang atau sesiapa yang kita kenal sedang berperang dengan depresi? Seorang artis visual berusia 22 tahun yang merupakan aktivis kesihatan mental, Pauline Palita berkongsi cara bagaimana mengesan mereka yang sedang depresi di akaun twitternya.
Pauline berkongsi bahawa apabila mereka bertanya dia "Apa khabar?" Dia selalu menjawab "Aku okay, cuma penat" Dia mengesan yang mereka menerimanya bulat bulat dan tidaklah dia merungut, dia hanya menyatakan fakta.
Sebagai seorang yang kerap melalui perang dalam dalam diam, Pauline berkongsi bahawa mereka yang punya isu mental akan selalu letih. Kamu fikir kenapa?
Sebab manusia yang berisu mental tersangkut akibat terlalu berfikir dan menanggung kesulitan bertenang untuk tidur/lelap waktu malam.
Pauline menambah bahawa selalunya manusia normal akan mengambil paling tidak 7 minit untuk nyenyak tidur. TETAPI untuk mereka yang berperang dengan depresi atau lain lain isu mental, ia mengambil waktu purata selama 1 jam untuk boleh tidur/lelap. Bayangkan sekiranya ia terjadi pada mereka yang sudahlah penat bekerja seharian, terbaring letih dan terpaksa pula berusaha untuk menenangkan otak mereka.
Mereka yang depresi dan punya isu kesihatan mental sering terganggu tidurnya, bolak balik berpusing dan tidur masih tidak nyenyak.
"Inilah orang yang bangun merasa sedikit segar, cukup rehat berbading keadaan sewaktu mereka mula cuba berbaring untuk tidur sebelumnya yang bagaikan bateri rosak dan tidak dikuasakan sebaiknya...," Pauline menyatakan secara metafora untuk kefahaman.
YOU ARE READING
SELFISH
RandomIF ONLY I LIVE TO TELL... Do you think it will be fair? No doubt, I am an excellent storyteller. I will leave your jaw dropped with my tales of manipulated words and languages. It is going to be all about me, me and myself alone. I will pretend to i...