IMPLIKASI MEDIA SOSIAL *MEDSOS

5 0 0
                                    

IMPLIKASI MEDIA SOSIAL *MEDSOS

Aplikasi medsos seperti facebook, twitter, IG, Tumblr dan pelbagai lagi sudah menjadi ikon pada pera pelayar. Masing masing memilih mana satu yang sesuai dan seronok. Mukabuku merupakan pentas terbesar di dunia, hampir satu pertiga penghuni dunia sudahpun melampirkan profil di sesawang tersebut. Selaras dengan populariti bermedsos tersebut, depresi dan MD (mood disorder – celaru mood) di kalangan anak muda meningkat, menjadi kelukaan berbahaya terhadap anak muda di dunia maju. Kajian terhadap penggunaan medsos telah menyimpulkan secara berulang bahawa kegunaan medsos meningkat, begitu juga naiknya jumlah depresi dan celaru mood. Hubungkait yang jelas, bagaimanapun soalan tidak berjawab kekal yakni KENAPA?

Apa betul terlebih bermedsos boleh mengakibatkan depresi? Atau orang depresi menggunakan medsos secara berlebihan? Bagi mendapatkan jawapan untuk soalan ini, kita harus melihat bagaimana aplikasi medsos menawan psikoloji manusia.

Setiap pelantar medsos tidak lari dari niat untuk terus mengekalkan pengguna talian selagi mampu demi janaan $$$ agar segala jenis iklan bertumpu pada mereka sebaik mungkin. Untuk mencapai tujuan ini, aplikasi medsos menggunakan Cetusan Ketagih sebagai ganjaran untuk mereka/para pelayar berada di talian lebih lama. Sama seperti hormon dopamine, yang bertindak sebagai penyedap saraf/neurotransmitter bertugas terhadap perasaan sebagai imbuhan membuahkan rasa seronok, dirembes bila sang gila judi berjudi atau bila pemabuk menogak arak, aplikasi medsos sebenarnya diladeni oleh para pencetus dopamin. Dopamin adalah hormon gembira! Seorang pengkaji mengatakan hal di bawah sebagai jawapan:

"Likes, comments, dan notifikasi yang kita terima di peranti mudah alih melalui apps sosial mencipta perasan positif tentang penerimaan... Fikiran kita bagaikan sedang 'digodam otak' oleh apps dari pelantar sosial; kajian dan pembangunan wang diperuntukan untuk memastikan bagaimana teknoloji mampu meransang rembesan dompamin sewaktu menggunakan apps produk untuk membuahkan rasa seronok tentang diri kita. Apabila kita tidak mendapat rembesan dopamine dari apps dan telefon pintar, kita mula gentar, bimbang dan sepi. Satu satunya ubat/remedi, adalah dengan kembali mencari apps demi keseronokan" Darmoc 2018

Antara cara medsos mencuit psikoloji pengguna adalah melalui konsep yang dikenali sebagai Tularan Emosi/emotional contagion: Fenomena di mana kedudukan emosi dijangkit/dihantar/dikait antara individu. Sementara tularan emosi sudah didokumentasikan dengan baik melalui bicara secara berhadapan, kajian menunjukan bahawa kegembiraan, marah, sedih dan segala rasa yang di tengah tengah boleh dihantar/kongsi pada individu secara medsos. Menurut kajian oleh E.Ferrara dan Z.Yang, yang melibatkan 3800 pengguna medsos secara rambang untuk ujian Tularan Tona Emosi/contagion emotional tone terhadap pengisian yang mereka tonton secara talian. Kajian tersebut mendapati situasi emosi sangatlah mudah dimanipulasikan melalui medsos, dan dengan hanya membaca hantaran beremosi hebat boleh berpindah pada situasi emosi mereka yang membaca. Dalam erti kata lain, apabila pengguna medsos nampak hantaran sedih oleh teman, mereka ikut merasa sedih. Ini sangat merbahaya apabila hidup tertakluk hanya pada lingkungan talian/online.

Aplikasi medsos menggunakan algoritma hebat/kuat untuk menghidangkan konten pada pengguna demi penglibatan dan interaksi supaya pengguna kekal di portal secara lama/berpanjangan. Pengguna medsos jadi terbiasa dengan konten yang berulang ulang, mencipta 'lingkungan' yang jarang ditemui di dunia luar.

Contohnya: Pengguna yang mengetik artikel tentang kejadian kemalangan tempatan, atau berkomen di dinding hantaran kawannya yang mahu bercerai sudah tentu dihidangkan pengisian negatif beremosi kerana berita itu melibatkan emosi semasa mereka. Digabung pula dengan tularan emosi, lingkungan negatif ini akan melukakan dan memburukkan lagi tahap emosi individu individu tersebut.

Secara tidak langsung, aplikasi medsos bertindak sebagai katalis terhadap sifat sifat yang meruntuhkan, antaranya banding membanding, buli siber, dan mencari pengesahan. Kesan sampingan nyata aplikasi medsos sudah dicipta sedemikian agar pengguna boleh mempamirkan kehidupan mereka, menghantar/muatnaik segala hal positif, cantik, momen momen bahagia dan meninggalkan segala yang negatif dan jumud membosankan. Apabila pengguna medsos lain melihat segala sorotan bahagia orang lain, mereka mula melihat paparan tersebut sebagai cabaran untuk mereka mula merasa ada bahagian buruk dalam kehidupan mereka, merasa malu, tidak relavan dan rendah hati teruk. Perasaan sebegini boleh menjurus pengguna medsos terlibat dengan Destructive Approval Seeking Behaviors @sifat tercari cari pengesahan. Aplikasi medsos juga antara yang paling selesa/mudah untuk buli siber. Apa tidaknya? Pelayar jahat boleh menyorok disebalik nama samaran, berprofil palsu dan dengan mudah jadi tidak bertanggung jawab malah jadi seronok membuli. Bulian dan gangguan sebegini membawa sekali akibat yang memudaratkan dan medsos ternyata menjadikan segala kegiatan ini begitu mudah!

Kajian di United Kingdom oleh Royal Society for Public Health menguji impak psikoloji terhadap kegunaan medsos pada 1,500 anak muda dan menyimpulkan bahawa setiap laman medsos ada impak negatif pada hal yang digelar Kesejahteraan Psikoloji, berkisar dari kebimbangan membawa ke hal jati diri. Kajian yang jelas, kes kes depresi didapati meningkat selari dengan pertumbuhan medsos, lagi banyak sang individu berurusan dengan medsos, lagi tinggilah hadirnya gangguan mood/mood disorder. Apa yang belum dibuktikan adalah samada peningkatan kegunaan medsos menjadi penyebab depresi atau samada manusia depresi menggunakan medsos secara berlebihan.

Untuk menjawab soalan tersebut, kajian yang lebih rapi harus dilakukan untuk mengawal perbezaan ini. Bagaimanapun, kalaulah sekalipun peningkatan kegunaan medsos menyebabkan bahaya psikoloji, persoalannya kekal samada tanggungjawab terhadap peningkatan kes kes depresi di kalangan anak muda digalas oleh pengguna medsos atau syarikat syarikat medsos itu sendiri?

Rujukan:

Darmoc, S., (2018). Marketing addiction: the dark side of gaming and social media. Journal of Psychosocial Nursing and Mental Health Services. 56, 4:2 https://doi-org.ezproxy.ycp.edu:8443/10.3928/02793695-20180320-01

Ferrara, E., Yang, Z. (2015). Measuring Emotional Contagion in Social Media. PLoS ONE, 10, 1-14.

 PLoS ONE, 10, 1-14

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SELFISHWhere stories live. Discover now