IF ONLY I LIVE TO TELL...
Do you think it will be fair? No doubt, I am an excellent storyteller. I will leave your jaw dropped with my tales of manipulated words and languages. It is going to be all about me, me and myself alone. I will pretend to i...
"Ya, rabbi... dah besar panjang anak anak kau Zubaidah, senanglah nanti...,"
1. Untuk mengerti tentang sifat manusia yang berlapis
2. Tahu tentang caturan politik pemerintah dan sifat pembawanya
3. Menilai hal hal kabur manusiawi: Budaya, Sosial dan Agama
4. Menjaga kata kata dalam apa sahaja acara
5. Menjadikan peristiwa diri dan orang lain sebagai panduan
6. Berusaha pada kebahagian, kedamaian, kesejahteraan
7. Berani mengaku kesilapan, kekurangan, memaafkan dan dimaafkan
8. Mengerti bahawa perbezaan seharusnya diraikan
9. Membezakan hal sulit, remeh temeh dan terpenting.
10. Sanggup untuk terus belajar dan merendah diri.
Senarainya berterusan, disusun ikut kepentingan nafsu dan kemahuan peribadi. Usah terlalu gusar, selagi kita sentiasa menempatkan ruang untuk direnung. Kewarasan kita bertingkat tingkat, kurnia peribadi tidak pernah sama, lambat cepat dan saling berniat elok serta berbagi.
Menjual nilai bagai didesak desak siapalah yang suka?
Mempertahankan percaya peribadi garang bagai mahu berperang bukanlah pilihan, kita pernah melihatnya dan percayalah tidak seorangpun kita jatuh selesa.
Kita manusia yang bijak, disusun pula langkah dan kata kata sebagai penyedap diri. Lama lama tidak peduli pada manusia yang satu lagi, penting diri. Tanpa sedar menjurus pada paten autonomi, dominan, autokratik sambil melaung laungkan nilai demokratik.
Kita tahu apa yang kita mahu. Terguris bila tidak bersetuju.
Ya, kita semakin dewasa. Dewasa bila tahu 24 jam itu dibahagikan pada (8 jam untuk tidur, 8 jam untuk bekerja/ibadah dan 8 jam selainnya tergabung akan hal harapan dan tingkah baik untuk diri dan sekeliling).
Dewasa bila kita mula sedar pada dugaan dan tantangan hidup yakni: Sakit, kecewa, gagal, tertipu, sedih dan senarainya juga berterusan demi melengkapkan rasa sebagai MANUSIA.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Antara cerpen cerpen yang sudah disiarkan dalam portal cukaria. Setakat ini sudah 16 cerpen yang disiarkan di situ.