MUATNAIK TERPILIH
Sudah tentu bukan semua harus dipaparkan. Apatah lagi hal membabitkan maruah mengikut perkiraan kamu. Ini sifat normal manusia dan wargamaya yang waras. Tetapi jika mahu kekal dengan prinsip "dindingku hakku kau peduli apa?" ya silakan... padang bola kita tadahkan bukan nyiru lagi...
Pelayar pula harus matang menilai hal sinis, akademik, kerohanian, falsafah, jenaka yang mahu dikongsi (asalkan memberi buah fikir tambahan). Kenapa serius sangat terhadap MEDSOS? Tidaklah seserius mana, tetapi ia terkait selera, fetish, gelojak rasa dan nafsu berkongsi. Manusia sukar untuk mengaku SEPI... entah entak makna SEPI pun dia tidak tahu, kan? Kamulah telinga dan mata yang diharapkan.
Mana ada orang boleh sekat kamu di media terbuka ini. Paling tidak dilapurkan oleh sang pembenci pada Tuan Zukernberg. Jadi demi memeriahkan dinding peribadi, kau letaklah apa apa yang patut...perli semahunya jika sesak, ditulikan, dibutakan tanpa sebarang risiko debat kosong tidak bermakna. Kena buku dan ruas juga tidak apa... pelayar lain dijamu emosi bertambah lemak berkrim.
-------------
Tersenyum memikirkan beberapa teman medsos yang merungut bosan pada facebook, mencebik bibir pada dunia medsos dan mendabik dada hidup tanpa medsos. Tidak salah, mereka hanya beropini dan tidak salah juga jika ada yang memerlukan dinding pengakuan milik Yahudi ini sebagai pelega rengsa. Kamu bukan ada di samping bila dia dilanda resah, tak gitu?
Ugutan mahu padam akaun sudah didengari beribu kali. Kita jadi mangli.
Aku pula tidak kisah, kerana mereka yang sedia ada menjana inspirasi. Tanpa mereka mana mungkin kubaca sifat sifat manusia, aku sendiri 2 X 5 dalam menangani medsos tanpa sedar bertahun dulu...
Jadi apa sahaja yang dimuatnaik oleh teman temanku selama ini?
1. Kemarahan dan rungutan - paling tidak kita tahu apa dia...
2. Hal hal berkelas sahaja - dapat juga informasi baharu, pujilah sedas dua...
3. Kemarahan pada agama asal setelah jadi Athiest - aku baca juga, tapi jarang berkomentar - bab bab agama dan bangsa ni aku takut
4. LGBT ghairah? - apa salahnya? tak orang tak kita you....
5. Pendakwah (agama dan fahaman) tidak rasmi - benda baik, kita baca. Yang bagaikan Tuhan dan Nabi pandai pandai kitalah!
6. Sasau Politik - dialah paling awal melapurkan. Kita baca dan teliti - ucapan terima kasih kerana bukan semua ikut di parlimen dan peka kejadian negara, kan?
7. Taksub artis? - juga bagus kerana kita yang tua tua bukan kenal artis baharu - ada juga info. Jari jaga, jangan dok kutuk pujaan orang!
8. Luahan sang depresi (pelbagai tahap) yang mohon didengar - hati hati sebelum memberikan komentar yang memburukkan keadaan. Jaga! Empati! Simpati harus ada.
8. Pengasas Tular? - kita anggaplah dia badut kalau ada promosi tidak masuk akalPokoknya masing masing menyumbang. Kita bukan siapa siapa, hanyalah manusia beremosi. Bagus juga dicuit cuit emosi, petanda masih bernafas meski tidak bernas.
Ada juga dinding dinding berinformasi seperti Sains, Sosial, Sejarah, Perubatan dan lain lain. Seperti biasa serbuan dari netizen yang gian berdebat akan tetap ada... (anggaplah mereka mental untuk mempermudahkan kisah). Lain topik dimuat naik, lain pula desah geramnya...
Di hujung hari kita mampu melihat sejauh mana kita (mental, badan dan jiwa) berinteraksi dengan paparan. Paparan yang dikongsi oleh manusia fana bukan robot ya... Hal hal fitnah kita jaga, apalah yang seronok sangat menularkan kisah orang secara bejemaah... fakta kena jaga bukan kerana seronok seronok penting diri.
Ada juga modal untuk diangkat jadi bicara di kedai kopi nanti. Tak gitu?
Regina Ibrahim
271119NOTA: Pada kenalan lama dan baharu, yang bertanya pada mama tentang medsos (obviously they are not in my list thinking that i am not interesting) Jawapannya: "Aiyah... I not good with technology la wattsap oso i no have...". Lebih mudah begitu nok! Medsos banyak memberikan saya REZEKI sebenarnya.
YOU ARE READING
SELFISH
RandomIF ONLY I LIVE TO TELL... Do you think it will be fair? No doubt, I am an excellent storyteller. I will leave your jaw dropped with my tales of manipulated words and languages. It is going to be all about me, me and myself alone. I will pretend to i...