EXPECTATION. JANGKAAN/HARAPAN

14 0 0
                                    

EXPECTATION

In the case of uncertainty, expectation is event that considered the most likely to happen. An expectation, which is a belief that is centered on the future, may or may not be realistic. A less advantageous result gives rise to the emotion of disappointment.

A strong belief that something will happen or be the case.

----------------------------------------------------------

Manusia azalinya dibelenggu oleh JANGKAAN@PENGHARAPAN. Jika diterjemah kata EKSPEKTASI - membawa makna JANGKA/CITA/HARAP/IMPIAN. Berlibang libu jadinya jika cuba memberi gambaran yang sememangnya sudah tersedia subjektif. Namun dari sekecil kecil perkara (ekspektasi wujud) sehinggalah menjurus pada harapan besar dan mungkin juga mustahil.

Semua dirangkum dalam kata kerja Ekspektasi dalam bicara mudah ini.

- Dimulakan dengan cita cita peribadi dan usaha ringan/keras/bantuan atau apa sahaja agar tercapai maksud dan tujuan.

- Seterusnya deria pada manusia sekeliling - ahli keluarga, teman teman dan masyarakat. Samada disuarakan, diusahakan terang terangan atau berharap/usaha dalam diam.

- Peribadi yang menaruh percaya dan menjangka terhadap sebarang institusi (orang dekat,daerah, negara, tempat cari makan dan sebarang bentuk pemerintahan).

Ekspektasi merupakan ruang yang jarang disebut secara terang terangan, namun mampu dibaca dalam sebarang perincian perbincangan, perbualan rasmi atau kasual, tindak tanduk (kata sokongan, bantuan, panduan, gerak badan dan lain lain).

Dalam seluruh kehidupan tanpa mengira ras, warna kulit, saiz badan atau apa sahaja tentang manusia, ekspektasi kekal melintas. Ada yang diusahakan, disokong, dinanti hasil, didiamkan, kabur dan dirungut. Jelasnya tidak ada manusia yang mampu lari dari hal EKSPEKTASI.

-----------------------

Menaruh harapan adalah normal sesama manusia (Mungkin juga perihal 'kalau berkalau' - di mata orang lain).

- Harapan pada anak anak oleh ibubapa

- Usaha untuk mendekati atas alasan cinta, perasaan dan perhubungan

- Cita cita peribadi tentang kerjaya dan pencapaian

Ekspektasi yang tidak berhasil membuahkan drama dan cerita sesal manusia. Dijadikan bahan bicara, pameran kegalauan panjang dan ada yang diubah jadi inspirasi/pemangkin untuk tindakan yang lebih lanjut demi pembuktian serta capaian cita cita.

Tidak ada sebarang nasihat atau panduan bila masuk bab EKSPEKTASI. (Kerana ia melibatkan nafsu dan kesumat peribadi)

Ekspektasi apa? Yang diperkukuhkan, mati separuh jalan, angkat tangan mengalah, angkat tangan berdoa, terus berusaha dan ada yang damai merangka ekspektasi baharu.

Ya, ekspektasi kekal sebagai elemen yang mengolah emosi manusia, ditangani dengan penuh kematangan, keikhlasan dan kesudian murni.

Manusia hanya mampu merancang, Tuhan menentukan.

Regina Ibrahim

10.09.20

SELFISHWhere stories live. Discover now