"Sebagai menghargai keberanian anda, ini dia cd BLUE," diungkap penuh manja pada tiga penonton lelaki yang mengambil bahagian di acara pentas.
Penonton tertawa riang bertepuk tangan....
"Kumpulan BLUE dari UK sayang! You all ni nakal tau..."
PENYANYI TRANSNITA MALAYSIA
Sila Ambil Hentang: Saya bukanlah penyanyi transnita pertama di Malaysia. Sebelum tahun 90an sudah ada nama nama seperti Dora Kim, Angmo Chabor (Nenek Christine), Ezri Rahman dan dua tiga lagi penghibur kelab malam di Kuala Lumpur, Ipoh dan negeri negeri lain. Sesekali mereka akan dipaparkan oleh suratkhabar cina. Ini di zaman tidak ada kepastian jantina - crossdresser, drag queen atau transwoman.
Menyanyi di sini bermaksud mendapat upah setelah selesai bertugas (Bukan mundar mandir di pusat karaoke dengan suara kepit).
---------------------------------------------------
Di Surabaya Bunda Dorce Gamalama sekitar tahun 90an sudah merakamkan album pelbagai. Begitu juga satu dua penyanyi langgam transnita di Bangkok. Terakhir adalah album terbitan WEA Thailand menampilkan kumpulan pop Venus Flytrap dengan 2 album penuh.
1992 kembali dari Eropah (setelah hajat bermaustatin tidak jadi) awalnya hanya merangka untuk bekerja biasa biasa sahaja, namun tidak ada nasib, permohonan dan temuduga tidak berjaya kerana sudah berpakaian perempuan. Mula meriki riki kehidupan sebagai Showgirl Mak Nyah, saya awalnya fikir ia pasti sesuatu yang menyeronokkan.
Gemok, hitam dan tidak cantik adalah kurniaan yang harus ditanggung. Tetapi saya fikir ada solusinya... (bukan, bukan melalui pembedahan. Feminization Procedures memerlukan $$$$ bukan kulit kerang ya...).
Sewaktu di Switzerland ada seorang teman namanya Willy, orangnya gendut, siang bekerja di Travel Agency malam dia berdandan bikin show, menyanyi live. Orangnya lucu dan menjadi inspirasi.
Di Pulau Pinang saya mula memasang hajat untuk ikut sama show Mak Nyah di Malaysia.
Mana mungkin? Syarat Mak Nyah untuk show harus berkulit gebu, mulus dan jelita walaupun sebagai penari latar. Kalau yang gemok hanya untuk dibadut badutkan - Nope! not for me i am more than that..
Mula mula tolong angkat baju... ikut teman teman cantik mahu mengintip apa sebenarnya hidup sebagai showgirl. Lokasi? Hotel Equtorial...
Lama lama disaksikan sendiri kelemahan sisi pertunjukan mereka... ada banyak benda yang tidak kena, hmmm... melintaslah idea di kepala.
Kebetulan ada satu pertandingan ratu cantik dan penganjur ada masalah tidak ada pengacara- emcee - pembawa acara. Hmmm... inilah peluang untuk UGUT si organizer...
Boleh jika di ambil saya jadi emcee..., syaratnya mudah, harus diberi peluang untuk menyanyi. Ya, dimakbulkan. Setelah itu banyaklah tawaran tawaran untuk mengacarakan program ratu cantik perempuan, lelaki dan kaum Mak Nyah. Di tahun tahun tersebut Penang adalah pusat pertandingan ratu cantik.
Lagu Dream Lover oleh Mariah Carey dan I Swear jadi taruhan....
Selepas itu saya tidak menoleh belakang lagi....
Teman teman cantik dibiarkan menari dengan busana busana gah mereka... Saya akan tampil bernyanyi dan berjenaka sewaktu mereka tukar pakaian untuk persembahan seterusnya. Bayarannya tidaklah seberapa, tetapi harus bertahan sementara waktu.
Kata mereka Bahasa Inggeris saya bagus... (Ya, Tuhan mereka tidak tau bagaimana itu fasa transisi melatih Bahasa Malaysia baku dan takut tersasul/keceplosan Bahasa Indonesia) Jadi ya, Bahasa Inggeris sebenarnya aset.

YOU ARE READING
SELFISH
RandomIF ONLY I LIVE TO TELL... Do you think it will be fair? No doubt, I am an excellent storyteller. I will leave your jaw dropped with my tales of manipulated words and languages. It is going to be all about me, me and myself alone. I will pretend to i...