INTERNET - MEDIA SOSIAL - JEJAK DIGITAL

12 0 0
                                    

INTERNET - MEDIA SOSIAL – JEJAK DIGITAL

Masih ingat bagaimana ghairahnya kamu sebaik mengenali kegunaan komputer dan ajaibnya medsos? Masing masing sudah tentu mempunyai kenangan peribadi, bukan? Sila simpanlah rapat rapat mana mana kisah yang mengaibkan.

Sekitar tahun 80an sewaktu komputer masih berskrin hijau dan hanya ada animasi kartun, warga diperkenalkan pada sistem JARING yang diuruskan oleh syarikat telekom. Ketika itu masing masing sibuk diperkenalkan pada sistem e-mel: Hotmail - penghantaran berita.

Ketika itu tidak semua mampu menggunakan khidmat perisian komputer, lainlah kalau berkerja di sektor swasta atau kerajaan. Perisian ketika itu hanya melibatkan urusan merekod, menggumpul data dan pengiraan/tabulasi melalui sistem yang dianggap moden.

Anak anak digalakkan mempelajarinya dalam mata pelajaran Sistem Pengurusan Pejabat di sekolah sekolah Teknik dan Vokasional. Diajar para pelajar seawall usia 16 tahun wordstar 3.5 dan kendalian Dbase 111. Namun mereka harus belajar menaip dahulu. Diperkenalkan sebagai subjek khusus di kolej dan universiti tempatan.

Menjelang tahun 90an kaki tangan pejabat sudah tidak manual lagi. Negeri negeri yang mendahului seperti Georgetown, Ipoh, Kuala Lumpur, dan Melaka sejak pertengahan 80an sudah menggunakan sistem pengumpulan maklumat berkomputer yang besar. Ada bilik bilik khas yang disebut sebagai pengkalan data komputer pusat. Kursus kursus komputer rancak diberikan pada kakitangan lama dan rakyat sejajar dengan cita cita negara menuju pada sistem yang lebih cekap.

Urusan pos masih wujud, namun untuk hubungan surat menyurat jauh dan dekat kini jadi lebih pantas dan cekap demi perlaksanaan matlamat urusan. Mengutus e-mel boleh dilakukan dari pejabat, rumah dan cyber café ketika itu. Cyber café yang bagaikan cendawan penuh di sekitar hujung 90an dan awal tahun 2000 kini sudah ditutup (banyak yang beralih jadi kedai permainan video atau kedai judi talian) sebaik sahaja sistem komputer menjadi keperluan asas di setiap unit rumah. Talian, modem, perisian komputer berubah menjadi semakin canggih hingga ia mampu dilayari dari telefon pintar tanpa wayar wayar yang berselirat, kini hanya dicalit ketik. Hidup semakin mudah, pantas dan luahan hati semakin rancak. Suratkhabar fizikal mula terkena tempias dan berlakulah evolusi membaca berita dari portal portal berita yang pelbagai. Akhbar akhbar arus perdana mula berpaling pada janaan iklan melalui perkongsian berita berita di portal masing masing. Bergitu juga hilangnya populariti sesawang seperti IRC – internet relay chat dan tagged serta sesawang sosial yang lain.

Anak anak ketika ini sudah belajar asas komputer sejak di sekolah rendah dan penggunaan telefon pintar yang semakin canggih menjadikan Malaysia antara pelayar sesawang Mukabuku yang terbanyak di dunia. Laman Facebook mula diperkenalkan pada hujung September 2006 dan kekal eksis hingga hari ini. Perkongsian isi hati dalam blog yang pelbagai, menyeronokan dan ada ketikanya membawa huru hara juga... termasuk ciapan berunsur hinaan, kutukan dan fitnah di sesawang twitter yang mula rancak berciap pada bulan Mei 2009. Semua urusan tidak kira di pihak swasta atau kerajaan mula menggunakan sistem perkomputeran secara menyeluruh.

Selain dari hal hal rasmi, warga mula digoda oleh pameran di Instagram, Blog, Facebook, Youtube, Twitter dan khidmat Wechat dan pelbagai lagi saluran hubungan perkomputeran.

Dalam bab bab sebelum ini sudah banyak disentuh tentang:

1. Penipuan (scammers) dalam bentuk kewangan atau barangan. Ada yang menggunakan kesempatan menggoda jiwa jiwa sunyi. Terdapat 346 kes dilapurkan setakat tahun 2018. Ada yang tidak dilapurkan kerana ada rasa malu/maruah/moral.

2. Curahan isi hati yang keterlaluan? Bagi yang CIWI perhatian mereka mula beralih pada medsos. Dipancing oleh perhatian palsu yang diberikan oleh senarai teman teman dan orang asing yang tidak dikenali. Paling buruk tercipta kebergantungan terhadap sesawang pilihan. Resah bila talian medsos mati.

3. Sejak tahun 2010, 22 individu sudah dihadapkan ke mahkamah kerana menyalahi akta 1957, akta hasutan 1948 selain dari akta SKKM. Malaysia merekodkan sebanyak 20.62 juta pemilik akaun Facebook sehingga Januari 2009.

Para peniaga yang mempromosi jualan secara talian meningkat. Internet menjadi antara medium penting dalam perniagaan hingga kini. Pelbagai teknik pemasaran digunakan sebagai umpan klik. Ada yang mendapat sambutan dan sudah tentu ada yang jengkel dan menimbulkan pelbagai hencapan dari wargamaya, malah ada yang di hujungnya terlibat perbalahan, ungkitan dan saman menyaman.

Medsos mempamirkan perasaan/rasa hati manusia yang bergabung dashyat di ruang internet. Umpan klik, promosi diri, sensasi, curhatan jiwa, dinding pengakuan, mencuri perhatian, sebaran fitnah, mengutuk tempat kerja, percintaan, kempen politik, lari rumah dan macam macam hal negatif jika mahu diulas secara panjang lebar.

Ada teman teman sosial yang HILANG separuh jalan, setelah mendapati ruang medsos tidak membantu malah memudaratkan.

Kecanggihan yang seharusnya membantu sebaliknya menambah kesan pada mereka yang sakit jiwa - tidak stabil mental, mudah tercuit (triggered), tertipu dan macam macam kesan tidak baik. Jangan hairan sekiranya kamu bertemu manusia yang tidak ada penglibatan langsung dengan layaran medsos.

Ada pelayar yang hilang, hadir dan hilang lagi: Dia jenis yang tahu bila harus berhenti dan apakah yang lebih penting selain dari mengadap komputer untuk bersosial.

Medsos jika digunakan secara positif akan mampu meningkatkan tahap hubungan sosial, peningkatan perniagaan, tingkatan idea pada kerjaya dan peluang peluang baharu menakjubkan yang ada ketikanya tidak pernah difikirkan.

Masing masing sebagai pelayar sudah melihat kesan dan kemampuan medsos dalam kehidupan. Sama seperti segmen hidup lain, ia harus ditangani dengan molek, waras, bijaksana dan rapi. Bukan semua cerita harus dikongsi, tidak semua kemarahan peribadi jadi penyeri curhatan di laman, segala berita di jalurmasa harus dikaji dan luapan rasa mahu ikut serta berkomentar, berkongsi, mengeji, menghencap ditenang tenangkan dahulu sebelum mengetik butang tertentu. JEJAK DIGITAL sebenarnya tidak boleh dihapuskan, teknologi membenarkan ia digali semula (retrieve).

Sebarang lampiran dan perkongsian adalah pernyataan tentang diri... tidak wujud kata berlapik: Alah aku saja suka suka... bukan orang kenal aku kan? Itu lambang mental yang tidak seimbang dan tidak damai.

Keghairahan pelayar sebenarnya bukanlah hal mudah yang boleh dinasihati oleh sesiapa melainkan diri sendiri. Kita masih belum menyentuh situs situs berbahaya yang berbau seksual tempatan atau luar negara. Sesawang yang mampu membuatkan pelayar berkenalan, mengambil kesempatan, memfitnah, merangka nafsu aneh seperti pedofil demi nafsu serakah.

LAYARILAH MEDSOS DENGAN PENUH BERHEMAH.

LAYARILAH MEDSOS DENGAN PENUH BERHEMAH

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SELFISHWhere stories live. Discover now