IF ONLY I LIVE TO TELL...
Do you think it will be fair? No doubt, I am an excellent storyteller. I will leave your jaw dropped with my tales of manipulated words and languages. It is going to be all about me, me and myself alone. I will pretend to i...
Rungutan pada harapan, impian, cita cita atau rencana (jangka panjang atau pendek) yang tidak terlaksana. Ada yang mampu redho, namun ramai tanpa sedar membenarkan diri dimamah mentah oleh segala kegalauan akibat cerita tidak jadi.
JANGAN BEGITU! Kenapa tidak dimanipulasikan sahaja segala yang semasa biar jadi menawan? Bukankah selama ini sudah dipujuk bahawa segalanya adalah rencanaNYA? Usaha di bahagian kita ditafsirkan sebagai tidak membuahkan jaya. Jaya pula sifatnya subjektif, entah dari mana ukuran? Ada ketikanya terbina akibat contoh contoh terdahulu dan keterbiasaan (lulus peperiksaan besar, naik kereta mewah, gengsi bergaya, keterampilan gah a atau melancung ke serata dunia).
Setiap kita tidak dapat lari dari membuat perkiraan, secara peribadi atau dengan bantuan buah fikir dari orang lain. Dari sekecil kecil keputusan hinggalah ke soal major (ada yang menyabung nyawa). Sama sama sudah sedia maklum bahawa segala hasil keputusan ditanggung di bahu dan minda masing masing.
1. buang sifat terlalu kagum pada bahagia jaya orang lain yang kita bayangkan di mata. Kagum dan menjadi inspirasi tidak salah, kagum dan akhirnya menghina diri tidak elok.
2. membina kesanggupan untuk terus mencapai hasrat. Ada jalannya, jangan dihadang pula dengan jawapan negatif yang tersedia di kepala. (ramai orang bertanya dan menjawab sendiri). Adakah ia hanyalah sekadar rungutan atau kemusykilan rekaan? atau seronok bersembang?
3. mula mencari ilmu baharu dan belajar menikmati tiap detik hidup semasa. Nikmati sebaiknya. Selalunya manusia merasa kecil dan gagal kerana terlalu kerap menancap akan kisah kisah hidup seleberiti dan orang kenamaan. Diri harus bersedia pada ilmu kemahiran baharu tanpa mengira usia.
4. melihat hidup sebagai proses penyelesaian masalah. 2 campur 2 juga adalah masalah jika kamu tidak belajar mengira. Jadi sama sahaja dengan langkah langkah hidup yang lain: membesarkan anak, baik pulih komunikasi, kesihatan fizikal, perkongsian, kitar semula atau apa sahaja yang melibatkan hidup dan perasaan kamu. Juga tidak ada had usia...
5. membenarkan kata dan pendapat orang lain menghantui hidup. Lebih buruk jika kamu bagaikan manusia yang RELA dalam PAKSA. Tahu tetapi kerap bergantung, terperangkap dalam penjara tatacara orang lain. Penetapan akidah hidup, agama, budaya dan jenis gaya pilihan hidup seharusnya ikhlas dari dalam dirimu.
Terpuruk tidak senang duduk dan sering beralasan mencari salah orang lain juga tidak elok (tidak digalakkan langsung). Berkompromi juga ada hadnya jika langkah melibatkan manusia lain. (suami, isteri, teman teman, saudara mara, negara dan mungkin suasana tempat kerja).
Namun masih ramai lagi mengatakan dengan wajah sayu: Saya tidak ada pilihan, sayang semasa muda saya tidak..., ruginya saya melepaskan..., apa nak buat saya berjodohan dengan dia...macam macam! 1001 penyesalan akan didengari. Bukan tidak ada yang mencari jalan mudah menyalahkan Pencipta sebagai tidak adil hanya kerana perasaan sedia ada tidak selari dengan apa yang dihasratkan. Kamu fikir orang lain tidak ada cabaran tersebut? Entah entah lebih dasyhat! Bagaimana mereka mampu tampil damai, seronok, tenang dan bersahaja?
Bertemulah pula dengan pakar motivasi, buku buku panduan kejayaan, kelompok yang berdegar degar berbicara tentang JAYA hidup (yang selalunya dilingkar ikat dengan $$$$) - bertambah bingunglah jadinya kamu... bagus jika ia selari dengan impian peribadi, merana jadinya kita kamu tamat dengan merasakan diri sebagai robot, kuli haprak, kucing kurap, jadi alas kaki yang berterusan dirundung beban perasaan malang.
Peningkatan diri tergantung pada Tuan Tubuh Badan. Ada yang bahagia menjadi isteri petani, hidup minimalis, tahu menikmati kenikmatan dunia (muzik, filem, tv, buku, makan minum, pesta dan lain lain). Jadi tunggu apa lagi? Dapatkan hidup yang penuh mengikut ukuran kamu, tidurmu nyenyak dan pastinya kamu ternanti nanti akan hari esok... Ya, esok yang menjanjikan cabaran baharu dan menjadikan kamu betah untuk bangkit, mengutip pejalaran, dibawa ke hadapan dan di setiap langkah kamu tersenyum seolah olah manusia yang sangat bersedia serta redho.
Laluan apa dan bagaimana? Oh! macam macam: berduri, bernasib, lacar, didukung dan skalanya mungkin tidak sama langsung antara kau, aku dan dia
Bagasi yang terlalu berat tidak masuk akal, ditinggalkan sahaja. Meletakkan harapan pada orang jangan sekali. Melangkah ringan pada jalan yang kiri kanannya penuh keindahan dan warna warni... di hadapannya kamu optimis ada sinar indah menanti.
Regina Ibrahim
131019
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.