PERCAYA PADA KUASA TERATAS.
Dimudahkan maknanya, percaya pada kuasa TUHAN, tidak kira apa anutan kamu, tanpa rasa takut suasana riak manusia akan bertambah haru. Anutan dan peraturan peraturan hidup itu semua akan menjadi panduan asas kamu bergerak. Maka, secara amnya kamu tidak mahu mengkhianati diri, orang sekeliling dan melukakan hati sesiapa dalam hidup. Kekal mengamalkan sifat sifat murni dalam hidup kerana kamu selesa untuk bertindak balas secara telus benar dalam hidup. Kamu juga tidak mahu KHIANAT pada diri dan semua yang ada di sekitar kamu. Secara tidak langsung, ia membentuk sahsiah dan peribadi ke tingkat yang lebih tinggi dalam peradaban manusia.
Kuasa teratas juga membuatkan kita sentiasa berada dalam kawalan apabila bertindak tanduk, berkata dan mengambil keputusan.
![](https://img.wattpad.com/cover/47000633-288-k236266.jpg)
YOU ARE READING
SELFISH
RandomIF ONLY I LIVE TO TELL... Do you think it will be fair? No doubt, I am an excellent storyteller. I will leave your jaw dropped with my tales of manipulated words and languages. It is going to be all about me, me and myself alone. I will pretend to i...