IF ONLY I LIVE TO TELL...
Do you think it will be fair? No doubt, I am an excellent storyteller. I will leave your jaw dropped with my tales of manipulated words and languages. It is going to be all about me, me and myself alone. I will pretend to i...
TIDAK ADA SELEMBAR DAUN YANG GUGUR TANPA IZIN TUHAN
"Ya, Tuhan kenapa aku diuji?" soal sang marhaen
"Kenapa tidak?" jawab Tuhan
Jadinya di dalam amalan sembahyang sang marhaen mohon pada Tuhan, "kau yang menciptakan ujian ini, aku pohon kau selesaikan dengan baik"
Lantas Dikurniakan inspirasi bahawa ujian itu alasannya tidak lain sebagai pembangkit semangat spiritual dan rohani. Bingkas bangun semula dan menghadapi hidup sekali lagi. Selama ini keterikatan dan tangisan pada orang, diberitakan sebagai hal yang paling bodoh. Gila, bergantung pada orang selain dari hanya siratulrahmi? Sedangkan kita selagi berhayat diminta menabung untuk hal yang baik-baik, kerana ada janjiNYA di hujung hari (saat dewasa, tua, akhirat). Taburlah apa yang mahu dituai nanti.
Yang dianggap jahat tidak adil meninggalkan, mengabaikan, menganiayamu? Biarlah dia bersama sekufunya, mereka ditakdirkan berada dalam kelompok yang sama.
Bukan semua mampu hadir kelas motivasi percuma atau berbayar. Pembakar semangat ini hadir dari pengamatan jitu dan tuah kurniaanNYA, selagi kita terus berfikir dan mencari solusi tanpa ragu padaNYA. Harus berani, jalani saja.
Tugasan utama sang hamba hanyalah untuk terus hidup, berdoa dan berusaha. Jangan diulangi bab yang sama, bab yang bagaimana? Bab yang molek- molek tentunya beriring kesedaran yang penuh, sambil sambil mengusung kebaikan.
Regina Ibrahim 090719
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.