PERNAH TAK? (MANUSIA MENYOMBONG)
Kamu melangkah masuk ke dalam ruang bermanusia. Dirimu yang disangkakan peramah, tenang dan relak selama ini dipukul rasa kecewa, kerana manusia yang ada: Dingin, matanya jeling jeluat bagai mengkaji, bermata kosong, bicara bagai sindiran atau mereka terus membisu bagai patung.
Entah apa yang tidak kena?
JANGAN GUSAR: Kamu tidak salah apa apa kerana hal hal di bawah
1. Mereka tidak bersedia untuk orang ceria seperti kamu
2. Sematkan di hatimu mau ambil waktu memberi peluang
3. Bahasa yang tidak sama (dialek, isi bicara dan bahasa badan)
4. Semangat 'klik'bagai kumpulan dan ahli baharu
5. Mereka memerlukan pembuktian tentang GAH kamu
6. Melihat kamu, automatis mereka mengukur kekurangan diri
7. Penampilan kamu secara fizikal dibaca sebagai LA'EH.
8. Mereka tidak terlatih tentang adab KOMUNIKASI.
9. Rasa selesa tidak boleh dipaksa paksa (ras, usia, minat dll)
10. Mereka jenis mahu pembuktian dan tidak mahu rugi
Jangan pula dijadikan hadangan untuk kamu terus bersosial. Bersosial antara teknik penting manusia memperluaskan kehidupan. Mana mungkin manusia hidup sendirian, siratulrahmi bersama sanak saudara juga masuk kategori bersosial – kecekapan bersosial awal digerak dari situ.
Semakin ditemu hubung, semakin luas jadinya perspektif kamu terhadap hidup, dan manusia. Mereka berdikit dikit mula mencerminkan dirimu secara peribadi sebenarnya jika diberikan peluang, lebih efektif jika dicampur pula tahap kesabaran yang mula terbentuk dalam dirimu. Refleksi berbolak balik ini penting bagi setiap kita demi pembentukan pemikiran, keputusan, pandangan juga kepercayaan bagaikan memegang raga hidup: diisi, disaring pilih apa yang mahu diambil letak, simpan dan mana pula yang mahu dibuang.
Dalam jangkawaktu bertemu dan berurusan mungkin kamu mampu melihat segala kelebihan dan kekurangan diri yang entah-entah selama ini tidak kamu sedari.
Ini proses yang berterusan, jadi jangan gusar. Teruskan bertemu manusia, dikelek raga hidup serta cermat memilih saring. Mereka akan terus menjadi gurumu tentang sifat, citarasa, ilmu, peluang dan ada ketikanya jadi ubat kehidupan.
Regina Ibrahim 260719
YOU ARE READING
SELFISH
AcakIF ONLY I LIVE TO TELL... Do you think it will be fair? No doubt, I am an excellent storyteller. I will leave your jaw dropped with my tales of manipulated words and languages. It is going to be all about me, me and myself alone. I will pretend to i...