.LELAKI GAY MALAYSIA.
Menurut JAKIM terdapat 310,000 lelaki gay di Malaysia. Apakah kajian dilakukan dengan meneliti jumlah gabungan peminat Lady Gaga dan Beyonce yang rata rata berasal dari Malaysia? Rata rata jantina di Kad Pengenalan adalah lelaki. Kalau mereka jantan betul pasti mereka meminati M.Nasir atau Zamani kan? Kita ketawa beramai ramai akan kelucuan ini.
Khabarnya jumlah tersebut adalah kutipan dari 310,000 yang prelim (yakni angka statistik belum muktamat, dari Kementerian Kesihatan Malaysia). Menurut Jakim jumlahnya semakin bertambah berbanding 173,000 lima tahun lalu.
Timbul pula kedudukan angka 100 ribu lebih para gay yang dikatakan sudah dirawat oleh pihak JAKIM. Artikel tular tersebut dikatakan berjaya merawat, hebat bukan? Apakah itu jumlah mereka yang menerima rawatan perubatan sakit demam? Akidah seksualiti? Menikah dengan perempuan atau perawatan pulih seksual?
Definasi asas gay adalah susuk lelaki yang memiliki ketertarikan sesama jenis dari sudut seksual, romantik dan fizikal. Berada di bawah naungan T di bawah payung LGBTQ ( ringkasan terma yang semakin mengelirukan itu).
Bagaimana kita mahu mengatakan bahawa angka semakin bertambah apabila tidak ada statistik sedemikian di masa lampau? Bagaimana mampu diperoleh data tepat? Apa ada kerjasama WHO atau Hospital kerajaan?
Hal seksualiti yang semakin tabu ini entah bagaimana mendapat tumpuan pihak JAKIM yang khabarnya semakin komited untuk terus memantau dan memberi penerangan terhadap perkembangan kerohanian melalui program Mukhayamm terutamanya para LGBT.
"Sehubungan itu, seseorang yang dilabel gay, tidak semestinya telah melakukan hubungan sesama jenis samada homoseksual atau liwat. Golongan ini baru dianggap memiliki same sex attraction iaitu ketertarikan sesama jenis. Namun demikian, golongan ini tetap perlu dibimbing agar naluri mereka selari dengan tuntutan syariat," menurut Dr Mujahid Yusof Rawa
Gay terus menjadi hal tabu di negara seperti Malaysia. Namun keberanian golongan ini untuk berterus terang, hidup secara terbuka dan mengaku, mungkin menjadikan masyarakat semakin bimbang. Ibubapa terutamanya.
Seksualiti peribadi manusia bukanlah subjek mudah. Sudah dibicangkan tentang SOGIE dan spektrum orientasi seksual dan identiti gender. Ia sesuatu yang rumit berlapis. Di waktu yang sama pihak berwajib bagaikan melihatnya seperti pembahagian fail dan kertas berwarna yang boleh berjaya disusun mengikut kategori. Paling pilu bila seksualiti dilihat sebagai penyakit dan penuh yakin akan remedi yang mahu dipraktik.
"Jakim turut menyeru masyarakat untuk sama-sama mengukuhkan institusi kekeluargaan dan pemantauan perilaku anak-anak perlu dilakukan secara berterusan di samping memberikan pendidikan agama sebaik mungkin," menurut Dr Mujahid lagi menerusi seminar kesedaran mengenai lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) anjuran Jaim di Pulau Pinang.
Setelah dipantau dan anak anak didapati gay, apa yang harus dilakukan? Apakah kita ada caranya?
Atas asakan hal tabu yang berhubung dengan budaya, agama, bangsa dan pandangan umum, lelaki gay Malaysia agak sukar untuk dikategorikan. Hampir mustahil. Mereka kelihatan lebih menonjol di zaman ini kerana hal hal berikut.
1. Pendedahan pada media yang lebih luas
2. Percaya pada ketelusan dan kesejahteraan emosi dan fizikal
3. Pemahaman tentang seksualiti (SOGIE) yang jauh lebih baik
4. Berhubung dengan teman teman senasib dengan mudah
YOU ARE READING
SELFISH
De TodoIF ONLY I LIVE TO TELL... Do you think it will be fair? No doubt, I am an excellent storyteller. I will leave your jaw dropped with my tales of manipulated words and languages. It is going to be all about me, me and myself alone. I will pretend to i...