IF ONLY I LIVE TO TELL...
Do you think it will be fair? No doubt, I am an excellent storyteller. I will leave your jaw dropped with my tales of manipulated words and languages. It is going to be all about me, me and myself alone. I will pretend to i...
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai Rabu ini, 18 Mac hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perintah kawalan tersebut dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Berikut adalah catatan catatan yang dibuat sepanjang tempoh PKP 1, 2 dan 3 sebagai simpanan kenangan peribadi.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Suasana dingin bulan Mac itu, sejuk gedi udaranya menerpa kulit dan tulang kampunganku. Sesekali badan kudekatkan pada bingkai pemanas Apartmen 4 tingkat di pinggir bukit Leimbach, Switzerland. Setiap tingkat ada 4 buah keluarga. Saat menuruni lantai bahagian paling bawah untuk membasuh pakaian, aku melihat barisan makanan dalam tin (ada kekacang, sardin, daging luncheon dan pack ubi ubian), banyak bersusun. Milik siapa? Aku jadi bertanya dalam hati.
Di garaj berasingan bersebelahan apartmen selain bergantungan baju dan jaket musim dingin ada peti sejuk seperti kedai aiskerim dengan pelbagai jenis keratan daging tersusun di dalamnya. Aku jadi tertanya lagi, maklumlah hadir dari Bukit Mertajam yang asas dan makmur.
"Ah!!! ambillah jika mahu digunakan, tetapi ganti, ada buku nota di situ bukan? Ya, kami pernah melalui zaman perang dan catuan. Semua ini sudah jadi tradisi masyarakat di sini...," ujar Puan Meredith ibu mertuaku yang bekerja sebagai telefonis saat perang dunia ke 2.
Aku yang ciwi segan mahu bertanyakan pada Joe (manusia sinis kerap menghina dan metertawakan orang Asia), saat membantu Puan Meredith menyusun kertas kertas, suratkhabar, bungkusan dan botol botol kosong untuk diletakkan di hadapan apartmen setiap hari Rabu.
Bicara seperti ayam dan itik itu masing masing kami fahami.
Leimbach secara tidak langsung mengajar aku akan tata budaya hidup masyarakat, hal kitar semula eropah, aliran air dari rumah disaring, keluar dari kawasan tepat tinggal disaring, disaring lagi hingga masuk ke sungai besar tempat itik itik liar berenang. Kenangan menggunting bunga bunga liar dan melihat arnab arnab liar yang comel, busana berlapis lapis dan mulut yang berasap tidak mudah dilupakan.
Selain dari itu aku pulang akibat kerinduan berat pada tanah air yang polos di pertengahan tahun 80an sambil mengenangkan kisah kisah yang tidak jadi. Gagal atau jaya sangat kupercaya ada sumbangannya yang hebat!
======================================== Pekan yang sepi dan pasaraya yang sesak. Kita belajar lagi... Malaysia mengistiharkan LOCKDOWN bermula 18hb - 31hb Mac
Berikut antara sektor perkhidmatan yang tidak ditutup dalam tempoh berkenaan, bermula Rabu hingga 31 Mac depan:
1) Air 2) Elektrik 3) Tenaga 4) Telekomunikasi 5) Pos 6) Pengangkutan 7) Pengairan 8) Minyak 9) Gas 10) Bahan api 11) Pelincir 12) Penyiaran 13) Kewangan 14) Perbankan 15) Kesihatan 16) Farmasi 17) Bomba 18) Penjara 19) Pelabuhan 20) Lapangan terbang 21) Keselamatan 22) Pertahanan 23) Pembersihan 24) Peruncitan 25) Bekalan makanan