MEDSOS

4 0 0
                                    


SAYA DAN MEDSOS


Kamu sudah pasti pernah membaca curhatan tentang medsos selama ini. Tidak perlulah diulang ulang lagi nasihat nasihat yang mungkin membosankan. Facebook secara peribadi bagaikan kemestian untuk ditelusuri waktu pagi. Berkongsi apa yang patut. (sesekali melakukan kesilapan berkongsi hal yang tidak wajar – cuba dikurangi). Medsos menemukan teman lama dan baharu. Itu yang paling sangat disyukuri. Ada ketikanya kaget melihat luahan rasa adalah biasa, namun cuba bertenang (baca: menghormati perasaan orang). Sekiranya suka kita mengetik LIKE atau kalau terasa aneh dan tidak masuk akal kita lupakan saja. Sesekali berjenaka dengan anak anak muda yang galau cinta (nasihat sini dalam berlucu lucuan).Paling hati hati adalah hal hal sosial dan politik. Seram awalnya. Namun pandangan politik peribadi kita juga mungkin seram di deria orang lain. Makanya bermain selamatlah seadanya. Sama saja seramnya bila melihat ketaksuban manusia dan manusia. Namun dalam tempoh yang lama mungkin teman teman medsos juga sudah menyaring (butang unfollow atau delete mungkin blokir). Segala applikasi ini sudah pasti bagus untuk kedamaian kita.Yang narsis adalah biasa, sesekali muncul. Kita juga mungkin narsis tanpa sedar (biasalah salah orang lebih jelas di mata kita, sedangkan narsis diri?). Paling muda kalau dianggap sebagai penghias mukasurat rumah home page, hiburan ketika melayari mukabuku, sama saja bukan kalau di IG dan tweet. Tidaklah merugikan apa apa... jari jemari paling penting di kawal.Ramai yang bilang di zaman medsos ini, segalanya cepat dan berbahaya. Tidaklah begitu sebenarnya, kalau segalanya terkawal (memasak di dapur juga kita kawal bukan?).Trend terkini adalah melihat curhatan psikologikal. Itu sudah kita bicarakan dulu. Namun diulangi lagi buat kali ini. Ada pembahagian sebenarnya... cara mereka tidak sama. Ada yang berbunyi kampungan, ada yang marah marah dan berbunyi bijak. Seringnya kita cuma mampu meminta mereka tenang.Kalau kurang jelas cara menanganinya kamu boleh sahaja membaca dan skrol tanpa ada sebarang komitmen. Manusia tidak siuman apabila marah, galau, tertekan dan sedih tentunya. Pesan pada diri agar tidak ada kes kes terlajar kata atau bicara.Bukan semua postingan yang mampu kita baca. Mustahil, sesekali terlepas. Tidaklah menjadi kerugian apa apa kiranya terlepas apa apa... demi sejahtera anggaplah medsos sebagai medan mendapatkan berita (sahih, lucu, maklumat dan bukan fitnah atau palsu keliru). Hari demi hari kita tentu mahu menjadi pelayar yang bijak. (ahh! Kamu lebih mengerti akan hal ini).Sematkan sedikit 'sense of humor' layarilah dengan hati yang tenang... sesekali kita bersinis, berjenaka dan serius bila perlu.


SELAMAT MELAYARI MEDSOS


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SELFISHWhere stories live. Discover now