HARAPAN DALAM PERTEMUAN/HUBUNGAN

8 1 0
                                        


HARAPAN DALAM PERTEMUAN/HUBUNGAN

Kita saling mengkagumi. Maka diatur pertemuan. Kemahuan untuk berkawan, berhubung tidak semestinya didorong oleh nafsu nafsi semata mata. (lupakan seketika pertemuan lelaki perempuan atas dasar kasih dan cinta). Pertemuan ditemani harapan dapat menjalin pertemanan yang baik dan memberansangkan. Namun tidak semuanya berjalan seperti yang diidam idamkan.

Kawan kawan yang ditemui secara tidak dirancang juga ada. Diteruskan kerana ada keserasian di situ. Penulis sehingga kini masih ghairah apabila menghadiri reunion sekolah lama.

Dunia medsos secara tidak langsung memberikan gambaran tentang insan yang mahu dihubungi. (sayangnya bayangan tersebut hanya dari sebelah pihak). Terlupa bahawa ada pembahagian imej di situ. Imejan dari dunia maya yang selalunya tidak sama dengan imej sebenar di depan mata. Tidak kiralah dari segi fizikal, emosi dan mental. Sebanyak sedikit harapan jadi kabur dan tidak ada lagi pertemuan seterusnya, atau dikurangi dengan pelbagai alasan.

1. Sifat semulajadi samada suka atau tidak: pendiam, cakap banyak, hanya mendengar, bercakap satu hala.

2. Cara berbicara yang tidak lancar, kepetahan bahasa dan kejelasan ungkapan juga akan menjadi ukuran.

3. Kebersihan diri. Dirangkum dalam penampilan yang subjektif sukar untuk dijelaskan. Kebersihan anggota badan, bau, merokok, pakaian dan macam macam. Ya ada yang diambil kira.

4. Kesihatan diri: mungkin disedari bahawa ada penyakit kronik, hal penagihan dadah atau juga sakit sakit tabu. Bermain selamat untuk tidak terlibat secara fizikal atau tanggungan emois di masa akan datang juga ada diambil kira.

Jadi jangan ralat sekiranya perkenalan baharu kamu gagal atau tidak dilanjutkan. Mungkin si polan tidak selesa dan mempunyai tahap piawaian tertentu untuk bergabung menjadi sahabat atau kenalan. Dia tidak berminat.

Manusia yang bertuah adalah mereka yang bersifat terbuka, sedar tentang manusia yang bervariasi. Positif dalam menjalinkan persahabatan, kerana tahu ada pembahagian waktu di situ, kerana persahabatan bukanlah harus bergandingan 24/7. Ada manusia dilahirkan suka berkawan dan gemar menggumpulkan kawan kawan yang ramai. Mereka dari jenis yang tidak kisah langsung.

Secara Am Apa Dielak?

1. Sang pencari perhatian tak kira waktu

2. Penagih dadah

3. Bercakap deras (bukan sebab tuli)

4. Kedekut wang ringgit

5. Tidak bijak berbual bicara

6. Kegemaran mengutuk dan mengumpat

7. Cakap besar dan tidak mahu jatuh

8. Degar politik keterlaluan (lainlah kalau bertemu ruas)

9. Tampilan tidak berkelas (bagi yang berkira tentang kelas)

10. Perbualan yang dijuruskan pada agama, apa sahaja dialaskan dengan agama.

Melihat segala di atas, janganlah pura pura terkejut kalau manusia hidup secara berkelompok dan terus berada dalam lingkungan selesa mereka sahaja. 

Ada yang kesepian dan terus merungut tentang hal tidak punya kawan kawan, menunding jari dengan rasa meluat, merasakan diri tidak disukai, rendah diri terlalu dan sentiasa merasa diri tidak kecukupan kualiti untuk berkawan.

Satu solusi harus diambil untuk merasa selesa dan memperluaskan lagi kenalan sosial kamu. Dipelajari secara berdikit dikit, suntikan sifat sopan, berbunyi sedap bila berkata, tidak menyakitkan hati dan sentiasa ada ruang untuk bertolak ansur. Bijak berjenaka juga ada kemungkinan membolehkan kamu terus disukai dan mampu menggumpulkan teman teman yang ramai.

Untung berkawan ramai ini, sudah kamu fahami sendiri. Bukan ada selitan berkawan untuk niat niat tertentu (meskipun ramai yang mengamalkan sifat demikian). Ramai yang sudah kecewa mengatakan bahawa 'ada duit ramai teman, duit tarak kawanpun hilang'. Persahabatan dan kewangan harus difikirkan semula sekiranya begitu.

Jelasnya kita hadir dari pelbagai latar belakang. Sifat mudah alih dan mengerti penuh itu dibentuk perlahan lahan. Ya, ada manusia yang sukar didekati dan ramai juga yang sangat mesra pertemanan tanpa ada sebarang syarat syarat ketat.

Kawan yang baik sukar dicari, kalau sudah bertemu menjadi tugas masing masing untuk menyuburkan lagi persahabatan, hubungan dan pertemanan tersebut, dengan sifat sifat yang menyenangkan.

Ini belum lagi rasa pahit/ralat/kecewa pada kawan kawan yang sudah memulakan hidup baharu di alam perkahwinan. Ya, ada caranya untuk diteruskan hubungan begitu.

 Ya, ada caranya untuk diteruskan hubungan begitu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SELFISHWhere stories live. Discover now