BAU BADAN
"Sedap bau perfume dia...so nice, siapa pakai ek?"
"I... sembur tester kat Parkson tadi... check check harga berdentum! Ya, Tuhan...," jawab Anna selamba.
... dan kami teruja bertanya akan jenamanya.
Manakala Amin (bukan nama sebenar) meninggalkan gim, dia berjalan menemui sekumpulan teman teman. Sebaik sampai mereka saling berkomentar tentang bau badan tak sedap, masing masing terbayangkan bau badan siapa agaknya?
Sebaik menyedari bahawa bau itu hadir badannya, Amin merasa sangatlah terhina. Memang hari tersebut dia terlupa membawa deodaran dan tidak mandi.
-------------
Nama saintifik 'Bromhidrosis' atau nama mudahnya bau badan terjadi sebaik akil baligh akibat tindak balas hormon androgens. Atas dasar itulah bayi dan budak-budak badan mereka tidak berbau.
Sebenarnya peluh tidaklah berbau, peningkat bau adalah bakteria yang membiak cepat akibat tindak balas protin keratin di permukaan kulit. Begitu rancak sekali ya?
Selain dari ketiak, pembiakan juga boleh berlaku di kawasan berlipat, dubur, paha, kepala dan kaki. Jadi bahagian badan tersebut haruslah dibasuh/mandi - tumpukan pada bahagian yang kerap berpeluh.
"Kenapa teman yang naturulis, tidak memakai apa apa deodarant - masih segar tidak berbau?"
Pernahkah kamu mencium aroma bila membuka kaki berstokin yang uap uap berbau tidak enak? Sehingga kamu malu untuk masuk ke kawasan yang meminta agar kasut dibuka?
Dengan cuaca tropika stokin seharusnya dari jenis yang menyerap peluh, kasut terpilih dibuat dari bahan yang sesuai. (kakimu mengalami perpeluhan, tertutup tidak diserap, peluh tidak kering dan bakteria aktif membiak)
Deria bau kamu secara peribadi bagaimana? Apakah deriamu sudah mati akibat resdung atau hidung tidak terlatih? Saat ini juga cuba hidu bahagian ketiak kiri dan kanan, kemudian berterus terang pada diri tentang tahap higenis peribadi.
Bukan kamu tidak pernah membaca muatnaik di medsos tentang bau badan ketika menaiki pengangkutan awam? Ya, terlalu kerap mereka mengetik dinding mesdos untuk melapurkan bau badan bukan? Tidak kiralah samada untuk warga asing atau orang tempatan yang berpusu pulang dari kerja. Terlalu kerap sehinggakan kita menuduh mereka OKB (orang kaya baharu)
Bagaimana melawan bau badan?
- berkenalan pada fungsi ANTIPERSPIRAN
- pastikan bahagian badan sentiasa kering agar bakteria tidak berpeluang membiak
- Solusi Hidrojen Peroksida sebagai langkah kawalan/rawatan - dalam anggaran 1 sudu teh HP dan 1 mug air... rendamkan tuala, perah dan bilas pada bahagian yang kerap berpeluh (ketiak selalunya) - solusi cuka epal juga boleh merawatnya, harus rajin.
- Solusi tradisional - kerap merawat dengan menggosok limau nipis, belimbing masam di bahagian ketiak dan celahan badan ketika mandi.
- Baju yang sudah menyerap peluh dibasuh cepat. Kalau boleh janganlah diulangi.
- kenal akan diet (pemakanan) Rempah dan bawang yang memangkin bau badan ketika berpeluh.
- Bercukur di bahagian tertentu untuk mengurangkan perangkap peluh di bahagian kulit.
- Jangan terlalu YAKIN pada bau badan kamu. Tanya pada teman teman, isteri, adik beradik atau sesiapa sahaja: "Badan aku berbau tak?"
Tahap Peduli atau tidak, hentang atau lewa? Ternyata BO selalunya diperkatakan secara bisih bisik orang sekeliling sebagai modal hencapan. Manusia suka pada kekurangan demi merasa mereka lebih sedikit, tak gitu? Teman teman rapat kamu bagaimana? Kawan yang baik akan berbisik padamu... sesekali disemburnya haruman secara sopan (dia tahu akan ada ramai orang atau menujuk ke majlis) atau dihadiahkan deodaran sewaktu ulang tahunmu.
YOU ARE READING
SELFISH
RandomIF ONLY I LIVE TO TELL... Do you think it will be fair? No doubt, I am an excellent storyteller. I will leave your jaw dropped with my tales of manipulated words and languages. It is going to be all about me, me and myself alone. I will pretend to i...