IF ONLY I LIVE TO TELL...
Do you think it will be fair? No doubt, I am an excellent storyteller. I will leave your jaw dropped with my tales of manipulated words and languages. It is going to be all about me, me and myself alone. I will pretend to i...
Si penghibur berdiri di pentas. 30 minit membawa kepakarannya melantun suara, berkomunikasi dan matanya memandang meja meja penuh dewan. Penonton yang dingin, kelentung kelentang bunyi sudu garfu dan pelayan yang berbolak balik. Dia jadi hilang mood.
Kamu boleh sahaja mengatakan dia tidak pakar. Namun sifat orang kita di majlis makan malam itu sebenarnya rakus. Takut terlepas hidangan dan pelahap. Berbeza dengan hadirin yang matang, mereka tahu bersantai sambil berhibur. Ikut memberi kerjasama untuk si artis menghibur. Ya, mungkin kehadiran dari latar hidup tidak sama
Pelbagai jenis penonoton ditemui di majlis makan malam koporat, kilang dan majlis peribadi. Namun itulah cabaran sebenarnya di pentas. Ini semua kenangan yang tidak akan dilupakan seumur hidup. Pembesar suara ada di tangan, selalunya saya akan gunakannya sebaik mungkin. Termasuk sifat alaf baharu yang tidak dapat berpisah dengan telefon bimbit...Aduhai...
Atas dasar itu ada artisan yang memberi syarat syarat tertentu sewaktu menghibur di panggung: Dewan digelapkan, lampu ditumpu pada artis, tidak ada kamera dan makanan course by course tunggu dulu... dua tiga artis Malaysia melakukan proses ini. Bertahun dulu pengurus saya arwah Dicky sudah mengaplikasikannya. Antaranya pelawak tersohor Harith Iskandar yang memberi syarat yang pada awalnya berbunyi agak arogan, tetapi penting sebagai hormat pada kerjayanya di panggung.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Sebagai penghibur transnita, saya boleh dikira bertuah. Penonton selama ini sangatlah memberansangkan. Ada dua tiga majlis, selalunya ajuran pembisnes yang bagaikan OKB tidak pedulikan majlis (maklumlah majlis meraikan $$$$$) sekiranya begitu di kepala hanya fikir tentang wang imbuhan setelah tamat tugasan. Sama sahaja sebenarnya, dengan ingatan bahawa manusia itu pelbagai ragam hidup dan kerjaya ini diraikan dalam hati penuh kesyukuran.