TENTANG NARSIS LAGI...

2 0 0
                                    

BICARA NARSIS

"I tengok you tak tegur dia, you ada apa apa ker?" bual bicara dimulakan dengan persoalan.

"Takda apa apalah..., she is better off alone,"

"Pasai apa?" teman masih mencari jawapan

"Well... she is quite narcissitic," jawabku datar

Diterangkan pada teman bahawa setiap manusia punya tahap narsis peribadi masing masing, tetapi berimbang. Sifat narsis jarang dibicarakan oleh orang kita (mungkin kerana jarang mahu menumpu). Ia bermula dengan rasa mahu didengari dan lama lama bertukar menjadi nikmat ditumpu/didengari/dipeduli. Manusia yang waras akan tahu berimbang dan mendiamkan diri bila perlu.

Kami sama sama angguk kepala setuju.

Sang narsis kalau dalam istilah jenaka harian, jatuh dalam kategori Sakit Mencari Penonton. Sesiapa sahaja yang mendekatinya harus memperuntukan masa mendengar segala ceria, suka, duka, bahagia, resah atau apa sahaja tentang dirinya. Tidak kira apa, asalkan boleh diluahkan kisah peribadi samada benar atau fiksyen.

Orang narsis agak memilih. Dia jadi tidak suka kalau dalam ramai ramai kisah jadi bertumpu/beralih pada orang lain. Wajahnya serta merta akan sugul, gerak badannya jadi tidak senang. Dia sepatutnya dijadikan tumpuan (dia akan melakonkan watak rendah diri, tersipu sipu, malu malu atau memperlihatkan emosinya yang apa sahaja). Selalunya kalau regu bicara itu orang baharu dia mungkin akan lebih menikmatinya.

Yang sudah kenal lama pada Sang Narsis akan awalnya terfikir bahawa dia mungkin punya multiple identity disorder. Hakikatnya dia hanyalah narsis. Mungkin dia sendiri tidak sedar akan sifatnya itu, kerana hal narsis adalah sesuatu yang agak sukar untuk dirungkai terangkan. Bayangkan situasi di mana kamu harus memberitahu teman/kenalan kamu bahawa beliau orangnya narsis.. bagaimana mencari ayat terbaik?

Kasar bunyinya kalau ingin dikatakan,"Hey! Dengar sini! Dunia ini tidak hanya bertumpu pada kamu sayang...."

Kasihan. Kerana lama lama dia akan dibiarkan sendirian dan berterusan mencari penonton baharu.

CIRI CIRI SANG NARSIS:

1. Boleh dilihat melalui medsos peribadi. Paparan gambar diri tidak kujung padam.. sehari mungkin dua tiga kali atau segala perkongsian hanyalah tentang dirinya. Memilih pose menarik sahaja, kalau bercuti dia tidak peduli pada pemandangan... yang penting wajah dan dirinya harus jadi terkehadapan.

2. Menguasai perbualan dalam kumpulan tanpa dijemput. Suka memotong cakap orang lain, sedar atau tanpa sedar. Dipotong secara sopan, dikuatkan suara, tidak memberi peluang.

3. Berdiam diri apabila merasakan dirinya tidak dimasukkan dalam kisah/perbualan. Cepat cepat angkat punggung kerana teman teman tidak berminat pada kisahnya yang apa sahaja.

4. Kisah orang akan cepat cepat ditukar menjadi kisah tentang dirinya, tanpa peduli samada berkait atau tidak...selalunya yang jauh lebih menarik.

5. Susah untuk mengucapkan tahniah atau kata kata peransang pada orang lain. Sang narsis akan jadi agak kedekut mahu berbangga dengan pencapaian orang lain. Kalau diucapkan sekalipun secara lewa sahaja.

Jadi begitulah seadanya sifat sang narsis, yang lama lama akan ditinggalkan. Siapalah yang sanggup untuk mendengar segala tentang dirinya secara berterusan? Mungkin akan ada telinga baharu yang mendengar dari waktu ke waktu, namun lama lama mana mungkin? Sifat narsis yang digabung dengan kisah kisah luka, kegagalan, kehilangan kasih, merindui waktu, nostalgia dan putus kasih akan menjadi bertambah parah. Pengidap akan mengatakan bahawa manusia dan dunia itu tidak adil padanya....

Sedih bukan?

Sedih bukan?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SELFISHWhere stories live. Discover now