IF ONLY I LIVE TO TELL...
Do you think it will be fair? No doubt, I am an excellent storyteller. I will leave your jaw dropped with my tales of manipulated words and languages. It is going to be all about me, me and myself alone. I will pretend to i...
Angin Oktober lalu menghembus berita penutupan syarikat akhbar yang sinonim dalam hidup kita, pelbagai reaksi setelah digemparkan dengan berita penutupan sebuah syarikat akhbar yang sudah lama bertapak di Malaysia yakni Utusan Malaysia Berhad.
Emosi yang terusik memanipulasikan kejadian sebagai hal yang merupakan pengajaran pada semua, terutamanya mereka berada di sektor penerbitan. Bagaimana sewaktu segalanya mudah kita menjadi lewa, lalai dan senang lenang. Kita tidak melihat BUKU sebagai wadah intelektual yang perlu dipromosi sebaik mungkin. Kita tidak berusaha menangani masyarakat yang TAKUT bila melihat apatah lagi mahu memegang dan membaca. Tugasan hanya tinggal tugasan, habis semuanya kita mahu melupakan semuanya dan bertumpu pada giat giat seronok sahaja.
Pengajaran juga untuk para pengkarya agar lebih kreatif di zaman dunia perbukuan yang tidak pernah pasti ini... promosi, isi kandung, kulit dan pembaca sasaran, sehingga karya mampu dibawa ke wacana/majlis/sidang yang sesuai. Dengan segala pusat pengajian tinggi dan kolej kolej swasta sedia ada kita terlupa kenapa membaca tidak lagi jadi riadah penting? Tajuk tajuk apa yang sudah kita berikan pada mereka? Usaha kita untuk memikat mereka bagaimana? Apakah kita sibuk membelai deria 'Syok Sendiri' yang bermaharajalela?
Segalanya jadi bercampur baur. Manusia dewasa yang berhenti membaca setelah tamat sekolah/pengajian. Nikmat membaca yang tidak pernah wujud. Buku dianggap sebagai siksaan. Godaan medsos dengan umpan klik memikat? Apa agaknya kisah sebenar? Masyarakat apa yang sudah dibentuk selama ini?
Walau apapun perasaan saat ini, buku buku tersebut harus diselamatkan. Hampir 8 dekad khdimat mencetak bacaan, akhirnya ia perlu tamat begini. Terkubur.
Silalah dukung penjualan gudang yang sedang berlangsung.
Jualan gila gila sedang berlangsung sehingga 31 Disember ini sahaja. Pesanan melalui 'personal shopper' boleh dibuat atau tunggu tawaran mereka dengan sedikit keuntungan nanti. Buku buku terbitan Utusan pasti ada satu atau dua yang menepati citarasa pembaca (buku buku kulit keras seni tampak menjadikan saya menelan liur dari jauh).
ADUHAI.... padamlah keresahan ini, susu yang tumpah tidak guna diraup, berdoalah pada susu baharu. Jadikanlah segalanya sebagai iktibar.
Regina Ibrahim 171219
NOTA: Terima kasih harus diungkap secara peribadi atas jasa selama ini. Meskipun saat dewasa saya banyak mengkritik pihak penerbitan yang cuba berlari menurut zaman. Ada sumbangan mereka pada tumbesaran diri ini. Utusan Pelajar, Pancaindera, Ruang Ekonomi, Terjemahan cerpen luar negara...banyak sekali. Penuh rendah hati terima kasih sekali lagi...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.