"Apa lagi yang patut aku buat agar kau tetap bertahan Khamel?" Rentakan hati yang hancur terurai sambil matanya yang memikul berat tangis mutiara yang sudah terburai, menjatuhi raut wajah Arabella
"Sudah Ara. This not gonna work anymore, you need to let me go" senang jejaka itu berbicara. Bagaikan senang dengan kata putus yang baru dilontarnya tadi.
"I don't want to Khamel. Tolong bagi aku ruang untuk berubah mengikut cita rasa mama kau"
"Enough Ara. Kisah kita berhenti di sini, saat ni. Aku dah tak nak dengar rayuan kau semua jadi izikan aku pamit dulu" Arabella terdiam sepi memandang jejaka yang disangkanya semangat diri malahan bertukar menjadi binasa bisa dalam dirinya itu melangkah pergi.
"sungguh aku menyesal bertemu dengan kau Khamel" berat untuk diungkapkan tapi itulah realiti yang perlu Arabella terima dengan hati yang redha.
~
Hari berlarut malam,
"sudah sudahlah tu Ara, dia dah tak nak dekat kau. Biarkan dia pergi, tak kan kau nak merayu lagi?" Soal Daryan, rakan karib Arabella sambil memandang muka comot Arabella menangis esak.
"Masalahnya dia tau Dar, yang hubungan kitorang tak akan kemana tetapi kenapa dia datang balik haritu?" Ini tak adil, sepatutnya dia teruskan saja dengan kata tekad untuk move on dari lelaki itu.
Tetapi kenapa diterima kembali? Yang penting kenapa lelaki itu datang balik? Hanya untuk pergi lagi dan lagi.
"Aku dah tekad untuk move on dah tapi dia datang balik dengan kata "nak tunaikan janji dulu" tapi sekarang dia yang pergi lagi? Dia dah janji tak nak tinggalkan aku dah"
Sakit. Ya, sangat sakit.
Mula timbul rasa penyesalan di dalam hati Arabella kerana mengenal lelaki itu. Mungkin lebih baik kalau dia dan Khamel tidak bertemu.
"Aku faham perasaan kau Ara" susuk tubuh Arabella dipeluk erat oleh Daryan. Terketar ketar Arabella menahan esakan yang masih tidak berhenti sejak tadi.
Belakang badan Arabella, digosoknya Daryan perlahan lahan, cuba menenangkan rakan karibnya yang satu itu.
"Bila kau nak bertolak balik rumah bonda? Bukan harini kau kata semalam?" Soal Daryan lemah lembut, cuba bermain emosi dengan Arabella.
"Sekarang kut" tiba tiba Arabella bangun. Mutiara mata yang mengering di raut wajahnya disapu semua. Daryan yang memerhatinya sejak tadi agak terkejut dengan keputusan tak langsung dari Arabella.
"Kau sure ke nak balik harini? Kau dah okay ke?" Arabella menggelengkan kepalanya menjawab persoalan yang dilontarkan Daryan.
"Tapi sampai bila aku nak layan perasaan ni kan? Dan aku yakin sekarang, aku perlukan motivasi kata dari bonda untuk teguh. Aku masih tak kuat Dar"
"Tapi kau boleh ke bawa kereta? Balik esok jelah Ara, kan jadi apa apa. Bahaya nanti"
"InsyaAllah tak ada apa apa, aku nak pergi kemas jap" jelas Arabella lagi sebelum berangkat ke bilik, hatinya lusuh bagaikan kayu reput tetapi sampai bila mahu dihanyut emosi?
Hanyutan emosi yang memakan diri sedikit demi sedikit dan akhirnya tenggelam di dasar kemurungan.
~
Arabella sepatutnya dengar sahaja kata kata Daryan tadi, balik sahaja pada pagi esok. Sekarang Arabella bagaikan hilang arah, memandu keretanya melebihi had laju.
Emosi nya bercampur, mindanya bercelaru. Kata kata Khamel petang tadi terngiang gila di benak kepalanya.
"Kau dah tak nak dekat aku kan Khamel? Jadi apa function aku kat sini lagi kan, elok saja aku mati kan Khamel?!"
Teriak Arabella hilang waras memandu keretanya yang laju melintas di lebuh raya yang basah dengan titisan air hujan, keselamatan diri atau apa yang bakal berlaku sudah tidak dihiraukan.
Bicara di benak kepala Arabella tidak habis mengutarakan kata kata negatif, Arabella hilang waras. Entah mana yang betul, entah mana yang salah
"Laju lagi, laju lagi Arabella, biar semua orang menyesal perlakukan diri kau macam ni. Kau sepatutnya mati je Arabella, kau dah tak berguna. Semua orang tinggalkan kau"
Mungkin Arabella memang tidak pantas untuk hidup di sini malahan Arabella tak layak hidup. Kewujudan Arabella di sini hanyalah beban dunia semata mata. Arabella adalah punca segala kenangan pahit yang perlu orang sekeliling nya lalui.
Arabella mula bertindak mengikut bicara negatif itu, keretanya mula hilang arah dan memasuki lorong yang salah.
Tepat pada masa itu juga, sebuah kereta melintas laju dan bertembung dengan kereta milik Arabella.
Hentakan kuat mengegarkan jalan raya yang basah dengan air hujan itu. Kereta milik Arabella terpusing pusing lalu menghentak gegar pokok besar di tepi jalan raya itu manakala kereta yang satu lagi terbalik akibat hentakan kuat tadi.
Kereta kereta yang Arabella pintas tadi menyedari kemalangan tersebut dan mula berhenti di pinggir jalan. Jalan raya tersebut mula dipenuhi dengan kenderaan.
Suara bising meminta pertolongan mula kedengaran, samar mata Arabella memerhati beberapa orang lelaki membantu mangsa kemalangan di sana.
"Ini yang aku nak sejak dulu, mati. Akhirnya dapat juga apa yang kau nak selamani Arabella. Ayuh Arabella, ayuh kita mati dengan tenang. Aku yakin, dunia ini lebih indah tanpa aku di sini" Ujar Arabella sebelum dunianya bertukar gelap gelita sepenuhnya.
"Bantu dia! Bawa dia keluar dari kenderaan secepat yang mungkin!"
"Baik tuan"
"Tuan! Kereta di sebelah sana, seorang perempuan tak sedarkan diri"
Jejaka itu berlari laju menuju ke kereta myvi silver milik Arabella. Pintu dibuka, darah yang membasahi raut lalu menuruni wajah Arabella dipandang jejaka itu sebelum menarik Arabella keluar tanpa berfikir panjang.
"Please hold on"
(QS. Ali Imran : 160)
Allah berfirman:
إِن يَنصُرۡكُمُ ٱللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمۡۖ وَإِن يَخۡذُلۡكُمۡ فَمَن ذَا ٱلَّذِى يَنصُرُكُم مِّنۢ بَعۡدِهِۦۗ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلۡيَتَوَكَّلِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ"Jika Allah menolong kamu, Maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), Maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal."
YOU ARE READING
Purnama Indah| Eid Haidil
Action"Arabella Sharifah!! Or should I call you Mrs Eid? Selangkah awak melangkah berpakaian macam tu, saya as your husband Eid Haidil tak akan teragak nak dukung awak masuk dalam" - Eid Haidil "Sayang memang mencabar iman abang betul" - Eid Haidil *do ex...