special edition part three

1.2K 47 0
                                    

Arabella melangkah perlahan sambil menikmati permandangan luar hospital yang ketika itu tenang tanpa sebarang kekalutan, Americano yang dibeli tadi disisip perlahan.

Baru sahaja dia ingin melangkah maju, matanya terperasan akan susuk tubuh seorang gadis yang sedang mengintai di sebalik tiang, matanya dikecil sedikit sebelum membulat besar.

"Eh cintra" Sampuk Arabella, gadis itu terperanjat dan terkaku seketika.

"Eh doktor Bell!" Ujar Cintra sambil mengusap lembut dadanya, hampir sahaja jantungnya berhenti berdegup ketika Arabella menegur nya tadi.

"Kamu buat apa kat sini, ada appointment ke? Seingat saya tak ada" Otak Arabella ligat berfungsi mengingatkam semula tarikh seterusnya untuk gadis itu ke sini.

"Hehe taklah" Cintra terkekek kecil, ada sebab lain dia tanpa segan silu datang ke sini tetapi haruskan dia menjelaskan hal ini kepada Arabella?

"Habistu?" arabella memandang pelik Cintra.

"Saja usha orang, doktor. Maniskan mata tengok orang sekeliling kat sini, ramai yang helok!" Bicara Cintra menyebabkan Arabella mengetuk lembut bahu gadis itu

"Amboi gatal ye kamu" Bidas Arabella sebelum kata katanya disampuk Damian laju.

"Doktor! Ada patient yang minta tukar tarikh sebab pesakit ada emergency" Jelas Damian

"Oh yeke?" Arabella mengangguk perlahan.

"Kamu dah berbincang bila dia nak tukar tarikh tu?" Soal Arabella pada Damian.

"Dah doktor" Ujar ringkas Damian.

"Okay kalau macamtu, terima kasih info" Bicara Arabella, sempat matanya mengkerling Cintra sebelum dia kembali memandang Damian.

"Sama sama" Bicara ringkas Damian sebelum mengorak langkah pergi menjauh dari mereka.

Arabella menilik ke arah Cintra, perasan akan lirikan mata Cintra tika Damian bercakap dengannya sebentar tadi.

"Kamu suka dia ke" Soal Arabella sambil senyum senget

"Eh eh mana ada" Laju Cintra menafikan ujaran Arabella.

"Jangan nak bohong lah, saya perasan akan sinar mata kamu bila pandang dia" Jelas Arabella lagi sambil memeluk diri, Cintra ditenungnya lama.

"Adalah sikit" Jari tanggannya naik lantas simbol "Sikit" ditunjuk sebelum kepala yang tak gatal dia garu, cuba menyelimuti rasa malu yang mula menyelubungi diri.

"Sejak bila?" Soal Arabella lagi sekadar mengambil tahu, sepadan lah mereka berdua. Sama sama helok!

"Sejak semalam" Bicara Cintra lqgi.

"Sejak semalam???" Mata Arabella terbutam, tidak percaya akan jawapan yang diberi. Boleh ke mula suka dekat seseorang sejak semalam?

Cintra ketawa mengekek memandang Arabella yang mengeluh perlahan, Arabella mengimbas laju tanggannya walau tika itu suasana mendung sahaja.

"haiya Susanti, esok kitorang ada makan makan lepas kerja. Kamu nak ikut sekali?" Bicara Arabella lagi, memberi kesempatan besar buat gadis di hadapannya. Mana tahu tiba tiba satu hubungan terjalin akibat ajakkannya?

"Makan makan?" Soal Cintra pula.

"Ada damian tau" Kata Arabella lagi sambil menjongketkan kedua dua kening miliknya, it sokay my love. I understood the assignment.

"Damian?" Soal Cintra lagi, pelik akan nama yang tak pernah didengarinya meniti jelas di bibir Arabella. Ini lelaki mana pula yang Arabella cuba promisikan?

Purnama Indah| Eid HaidilWhere stories live. Discover now