chapter 21

2.2K 81 0
                                    

Lama lama di dalam bilik hanya membuatkan luka di hati makin parah. Lebih baik Arabella keluar menghiburkan diri walau tika ini sudah isyak tetapi orang seperti Eid Haidil tak layak untuk ditangisi.

Sepintas lalu tiba dirinya terkenangkan Eid Haidil yang dulu, memori silam meresap malam tengang kenangan bersama jejaka itu yang pasti akan disimpan walau dia tahu Eid Haidil tak akan pernah sama lagi.

Walaupun jauh diri si dia berubah tetapi cinta yang wujud masih bersemadi di hati cuba berharap tentang keyakinan untuk kita kan kembali bagi menghidupkan semula janji bara cinta yang dulu.

Penutup botol air hundred plus dibuka lalu diteguk Arabella, pemandangan laut dari atas jambatan ini sedikit sebanyak membahagiakan Arabella. Merdu sahaja alunan ombang kedengaran.

"Auch" desis Arabella. Kasut yang dipakainya dibuka, terserlah luka tulang belakang kakinya. Banyak sangat berjalan merawat jiwa sampai terluka kakinya, haish.

Kedua dua kasut dicabut Arabella lalu diletakkan di tepi, handbagnya juga diambil lalu diletakkan di atas lantai. Botol air hundred plus yang masih mempunyai isi turut diletakkan di tepi.

Arabella melangkah mendekati jambatan dengan kaki ayam, tangannya memegang erat besi jambatan. Dia melangkah ke depan, kakinya berpijak pada besi jambatan.

~

Arabella melangkah mendekati jambatan dengan kaki ayam, tangannya memegang erat besi jambatan. Dia melangkah ke depan, kakinya berpijak pada besi jambatan.

Tiba tiba suara nyaring lelaki menjerit, Arabella amat mengenali pemilik suara itu. Siapa lagi kalau bukan-

"Arabella! Kau buat apa ni?!" Haidil lantas memeluk Arabella, dakapannya dieratkan. Raut wajahnya jelas amat risaukan diri Arabella.

Sejak Arabella melangkah keluar dari 7 Eleven tadi, dia senyap senyap mengekorinya dari belakang. Rupa nya ada sebab kenapa dia bertembung dengan Arabella lagi pada harini ini.

Arabella cuba melepaskan diri dari dakapan Haidil tetapi gagal, erat pelukan lelaki itu terlalu kuat buat wanita kecil seperti Arabella. Dia menjerit marah, entah dari mana datang jejaka ini, tetiba sahaja menarik dia ke dakapan. Dah gila ke apa?

"Look don't do it!" Sepasang mata milik Haidil mencari cari sepasang lagi mata milik Arabella. Kepala gadis itu dipegang lembut dan didekatkan dengan muka dia.

"Awak kenapa, lepaslah!" Tolak Arabella kasar tetapi tak sampai lima minit dirinya dipegang Haidil pula.  Arabella naik gila dengan tingkah laku Haidil sekarang, baru sahaja semalam mereka naik api tetiba hari ini peluk peluk pula.

"Kau nak terjun kenapa?!" Jerit marah Haidil, wajahnya tegang tanda dia betul betul serius. Ini pertama setelah sekian lama raut risau Haidil terukir, sama seperti risau dia bila luka tikaman Arabella terbuka dulu.

"Bila masa saya cakap saya nak terjun" Soal Arabella pula, dahinya berkerut seribu. Betul diri dia sekarang tengah stress dan mati mungkin salah satu jalan untuk hentikan sakit ini tetapi dia masih waras.

Lagipula tak mungkin dia cuba membunuh diri di negara orang, menyusahkan ibu bapa dia pula nanti.  Arabella masih waras walau separuh hancur.

"Dah tu kau cabut kasut semua?" Barang barang Arabella dilantai ditunjuk. Mukanya masih dengan raut risau, Haidil kalau dah suka. Berhenti nafikan, tak ada apa apa konon? Sekarang dia sendiri yang offer diri menenangkan Arabella dari mengambil nyawa nya sendiri

"Kaki saya sakit, that's why saya cabut" jelas Arabella lagi dengan suara yang mendatar.

Badan kasar Haidil ditolak menjauh, kasutnya dan barang yang lain diambil lalu melangkah pergi meninggalkan Haidil di belakang.

Berhenti lah berbuat baik pada aku Haidil, tak boleh ke kau bagi aku ruang untuk aku move on dari kau? Kau tak tahu ke yang kau selama ni dah buat aku jatuh cinta dekat kau?

Haidil menarik kasar tangan Arabella, Arabella yang terkejut dengan tindakan drastik Haidil cuba melepaskan tangannya dari genggaman Haidil.

"Ish lepaslah!" Marah Arabella

"Kau nak pergi mana?" Soal Haidil dingin,  Arabella yang tak berhenti menolaknya sikit pun tak bergerak. Sedar diri sikit dia tu kecik nak tolak kita ni, hampeh.

"Suka hati sayalah nak pergi mana, awak lupa ke yang awak sendiri cakap kita dah tak ada apa apa so act like that!" Marah Arabella lagi sebelum tangan miliknya terlepas jua dari genggaman Haidil, itupun kerana saja Haidil longgarkan kalau tak lambat lagi.

Terkecot kecot Arabella melangkah pergi, bahagian kaki yang terluka menangkap pandangan Haidil. Lama Haidil merenung Arabella yang makin menjauh.

Lantas Haidil mengejar langkah Arabella dan menarik kasar tangan Arabella sekali lagi tetapi kini ditarik mengikut langkah dia.

Dan Arabella masih sama dengan sikap melawan yang entah sejak bila wujud dalam diri dia, setahu Haidil Arabella jenis yang ikut sahaja apa kata orang.

"Dah kenapa tarik tangan saya, lepaslah! Haidil lepaslah!" Jerit Arabella marah, Haidil terasa renjatan di dalam dirinya saat Arabella memanggilnya Haidil buat pertama kali. Kau betul betul dah berubah Arabella.

"Haidil lepaslah, kaki saya sakit lah!" Terus langkah Haidil berhenti, dia berpusing memandang Arabella sebelum matanya menjatuhkan padangan di kaki gadis itu.

Tiba tiba Haidil duduk membongkok, Arabella memandang pelik. Dah kenapa pula tiba tiba membongkok ni, apa masalah Eid Haidil sebenarnya ni?

"Naik atas belakang aku, aku gendong" terbeliak seketika mata Arabella, hell no! Dia tahu batas dia dengan ajnabi, dah lah tadi main sentuh tangan aku. Boleh pulak offer nak gendong, Haidil ni kene sampuk ke.

"Taknaklah saya" Arabella menggeleng laju.

"Ada aku beri pilihan ke? Naik cepat, kaki kau dah teruk tu. Memang dah tak boleh nak jalan dengan betul" ujar Haidil lagi

"Ke kau nak aku dukung depan?" Belum sempat Haidil pusing, cepat cepat Arabella mendekatinya. Orang offer tak nak, kene ugut dulu baru jalan.

"Fine fine, sabar tak boleh ke" bebel Arabella lagi

Mulut tu, aku ganyang gak nanti. Baru berapa bulan aku tak jumpa kau dah pandai membebel macam ni. Dahlah makin keras kepala.

"Apa" huluran tangan Haidil disoal.

"Bak sini beg dan kasut kau, aku pegang" bidas Haidil lagi. Arabella hanya turuti saja, beg dan kasut diberi pada Haidil. Botol air tadi juga turut diambil, pandai pandai lah dia pegang. Offer sangat kan, tengkuk Haidil dipeluk Arabella kekok.

Kaki Arabella dipegang Haidil, naik habis bulu roma milik Arabella tika ini. Darurat tak apa kan, ya Allah maafkan hamba mu ini ya Allah.

Arabella meletak kan kepala nya di bahu kanan Haidil, beg Arabella tadi Haidil gantung di tengkuk nya. Orang sekeliling yang memandang Haidil hiraukan, Arabella menekup muka di bahu Haidil menahan malu.

Purnama Indah| Eid HaidilWhere stories live. Discover now