"Ssup Arabella! Where you at?" Bicara Damian di panggilan, Arabella menguatkan volume untuk sang suami yang sibuk ingin mendengar bualan mereka.
"I'm so sorry damian, aku tak dapat datang lah sebab aku deman teruk. Husband aku tak kasi aku keluar" Jelas Arabella serbasalah, sudah berkali kali dia meminta tetapi Haidil tetap berkeras tidak mahu membenarkan dia keluar bersama mereka.
"Ish sebok je haidil ni" Kata Damian kasar, penting kut hari ini? Punyalah mereka rancang macam macam, eh si suami perempuan ni pula tak nak izinkan si dia keluar
"Apa kau cakap!" Naik seoktaf suara Haidil bila sahaja ruang perdengaran nya menangkap samar samar namanya dikutuk Damian.
"Heheh tak ada apa apa" Damian terkekek kecil, ini kalau tersilap kata. Mahu si Haidil tembak tepat di dahinya, mati terus selamat ke dunia sana.
"Jangan lupa sampaikan salam aku pada Cintra, cakap aku minta maaf tak dapat hadir" Bicara Arabella lagi masih dengan rasa bersalah di hati, deman sikit sahaja tetapi Haidil risau seperti dirinya hanya ada beberapa jam sahaja lagi untuk hidup.
"Baik boss, jaga diri elok elok" Damian berkata sedikit kuat, sahaja ingin menyakat orang lain yang turut mendengar perbualan mereka.
"Aku tahulah nak jaga isteri aku" Sampuk Haidil berjaya memasuki perangkap yang samar dicipta Damian tadi sebelum lelaki itu terkekek kecil.
"Kenapa dengan doktor Bella?" Soal Emelin pada Damian yang baru sahaja selesai berbicara dengan Arabella, bualan mereka sedikit sebanyak menarik perhatian Emelin.
"Dia tak dapat datang, deman panas katanya. Suami dia tak kasi keluar" Emelin menjeling matanya kesal dengan Haidil yang terlalu overprotective terhadap Arabella, bukan nak ngorat Arabella pun sampai tak benarkan keluar.
"Protective nya! ini yang kita cari" Bicara Emelin sedikit teruja riang memikirkan suami Arabella yang hampir sempurna dan semestinya menjadi idaman wanita di luar sana.
"Diam lah kau perempuan gatal" Pedas Damian melontar bicara, tidak selesa rasanya melihat Emelin yang seperti ulat bulu tidak duduk mampu duduk diam itu.
"Kau yang diam" Balas Emelin pula, menyampah dengan Damian.
Dulu saat pertama kali mereka berkenalan, adalah juga terasa suka pada Damian tetapi kini tidak mungkin lelaki itu termasuk dalam carta list lelaki yang diminatinya. Rasa nak tumbuk tampar sahaja muka bengap Damian itu!
"Okay cepat cintra potong kek!" Arah Damian pada Cintra membuatkan gadis itu tersenyum kecil seketika setelah lama berdiam diri memerhatikan mereka yang sibuk bergaduh.
~
Arabella melangkah perlahan, hatinya masih berat kehilangan pesakit bawahannya tetapi yang pergi tetap pergi. Allah sudah aturkan perjalanan hidup mereka, mungkin sudah tiba masa untuk si dia pergi.
Sedang Arabella mengeluh sedih, dia terlirik ke arah Damian yang berjalan tanpa semangat dengan muka suram bagaikan hilang anak.
Sedangkan semalam mereka bergembira tanpa Arabella menyambut hari kelahiran Cintra, jadi sepatutnya Damian bakal tersenyum sepanjang hari.
"Kau kenapa Damian, murung jer" Arabella menyoal sebaik sahaja dia mengorak langkah merapati sang jejaka yang termenung jauh, entah apa yang berada di benak lelaki itu ketika ini.
"Baru semalam, kau kenalkan aku dekat Cintra" Soalan dibalas dengan soalan. Kening Arabella ternaik sedikit tidak faham akan bicara Damian sebentar tadi.
"Maksud kau?" Sedikir sebanyak hatinya dilanda gunah gelanda walaupun dia masih tidak faham akan kata kata Damian, masih teguh menunggu bait bicara yang bakal keluar.
"Tak lawaklah Bell. Kalau Cintra ada, mesti kitorang tengah bincang pasal kahwin dah sekarang ni" Tergagap gagap Damian berbicara sebelum tangisnya akhirnya terletus sekaligus dia jatuh terduduk menetup muka menangis bagaikan tiada hari esok.
Baru sahaja memori manis ingin dirungkai tetapi kini dia sendirian menanti hari bahagia untuk mereka bersama walau jelas sang pencuri hati sudah kembali ke rahmatullah buat selamanya dan tidak akan kembali lagi.
"What? Cintt- tra? She's gone?" Sepasang bebola mata milik Arabella membulat besar, tidak mungkin ini terjadi. Padahal perkembangan Cintra positif dan besar kemungkinan untuk dia kekal hidup buat belasan tahun lagi.
"Kenapa? Kau tak tahu lagi ke?" Soal Damian yang pula pelik dengan reaksi Arabella yang bagaikan tidak tahu apa apa.
"Tak!" Lantang Arabella membalas, sungguh dia tidak percaya. Tidak mampu menerima kenyataan semua ini, doa hilang pesakit bawahannya dalam masa tidak sampai seminggu membuatkan dia bertanya tanya lagi.
Aku ni perawat ke atau pembunuh?
"Kau tak baca ke mesej?" Soal Damian lagi masih dengan esakkannya, patutlah wajah Arabella baik baik sahaja tadi semasa menegurnya. Fikir Damian, Arabella tidak terkesan dengan kepergian Cintra
Mesej? Telefon langsung tidak berada hampir dengannya semalam, malahan baru tadi di sibuk mencari keberadaan telefonnya apatah lagi membuka mesej.
Tanpa berfikir panjang, lantas telefon miliknya dibelek sebelum mulutnya meniti kalimat Allah dengan sebak di dada yang kian menghuni diri.
"Subhanallah, Innanilahiwainnahirojiun" Hatinya berat untuk percaya tetapi salah ke untuk dia menafikkan takdir? Mungkin ini hanya gurauan semata mata, Cintra masih hidup kan? Damian berbohong mungkin.
"Aku tak expect semua ni, aku sudahlah tak datang birthday dia ya Allah" Bicara Arabella lagi, sedih dengan kepulangan Cintra kepada Tuhan yang Maha Esa. Katakan semua ini hanya jenaka semata mata.
"Mak dia cakap dia meninggal dalam tidur sambil tersenyum, mak dia cakap dia happy sangat lepas balik sambut birthday. Dia bahagia sebab jumpa kawan kawan yang baik sangat pada dia" Jelas Damian lagi membuatkan Arabella makin bersalah tidak hadirkan diri bersama mereka.
Dirinya sudah berjanji untuk menjaga dan merawat Arabella hingga gadis itu bisa hidup tanpa rasa risau dan sakit terhadap dirinya tetapi Arabella gagal! Dia bohongi mereka, di tidak tunaikan janjinya. Dia penipu sekaligus pembunuh!
"Aku baru confess dekat dia semalam" Tutur Damian lemah membuatkan Arabella menekup mulutnya kasar, patutlah bicara Cintra semakin pelik. Rupanya diri dia sudah tahu dia bakal pergi tak lama lagi.
Sekiranya dia tahu Cintra sedang menahan sakit dalam diam, bakal dia penuhkan perhatiannya pada gadis itu tetapi Cintra penipu liar. Dia tahu macam mana mahu putar belitkan cerita.
Setiap kali Arabella tertanya mengapa hasil result kelihatan negatif, gadis itu bakal berbicara dia banyak melakukam kerja berat dan tidak menjaga pemakanan walau jelas gadis itu tidak berbuat sedemikian.
"By the way jasad Cintra ada kat sini, and nanti petang diorang kebumikan. Kau datanglah melawat dia buat kali terakhir, aku yakin Cintra tunggu kau datang" Bicara Damian jelas kedengaran di ruang perdengaran.
Arabella mengundur langkah sebelum berlari kecil meninggalkan Damian yang masih terduduk di lantai hospital.
Arabella melangkah masuk ke dalam bilik nya sebelum kunci kereta diragut kasar dan melangkah pergi, hatinya berat kini. Dia tidak tahan untuk meletuskan tangis, takdir ini yang selalu menjadi ketakutannya.
Dan kini ia akhirnya berlaku, menjadi tragedi hitam buat selamanya.
YOU ARE READING
Purnama Indah| Eid Haidil
Action"Arabella Sharifah!! Or should I call you Mrs Eid? Selangkah awak melangkah berpakaian macam tu, saya as your husband Eid Haidil tak akan teragak nak dukung awak masuk dalam" - Eid Haidil "Sayang memang mencabar iman abang betul" - Eid Haidil *do ex...