special edition part four

1.2K 46 0
                                    

"So hello hello everyone, party dah mula ke belum. Party party yeah" Jerit riang Damian bila sahaja mereka mengorak langkah masuk ke perkarangan rumah yang dihiasi dengan pelbagai hiasan birthday.

"Abang Damian!" terus Jibreel melangkah kaki laju dan memeluk erat tubuh sedikit sasa milik Damian.

"Abang Damian? Who is that?" soal Ahnaaf keliru akan lelaki yang belum pernah bersemuka dengannya.

"Ahnaaf, this is brother Damian! Dia kerja dengan ummi" Jawab riang Jibreel, berbangga rasanya mampu berkenalan dengan jejaka tampan seperti Damian.

"Ouhh, hi abang Damia!" Ahnaaf senyum kecil, jelas terlihat lesung pipit nya yang sukar amat untuk dilihat orang.

"Hii Ahnaaf!" Sapa Damian pula.

"Sombong ye Jibreel sekarang, Damian je yang dipeluknya. akak Emelin tak mahu ke peluk?" Bicara Emelin pula, pura pura merajuk dengan tangan merapat memeluk diri sambil berpaling membelakangi mereka.

"Akak Emelin! Sorry" Damian berlari kecil sambik mencebik comel cuba memujuk gadis berkulit putih Asia di hadapannya sebelum akhirnya didakap erat oleh Emelin.

"And who is this pretty sister, Jibreel?" Soal Ahnaaf lagi sambil menjungkitkam sedikit kening, bibirnya mengukir senyum manis buat Emelin. Amboi, gatal ye kamu Ahnaf.

"Ouh this is kak Emelin, kakak ni pun kerja sama dengan Ummi" Jelas Jibreel penuh padat membuatkan Ahnaaf mengangguk kecil sambil matanya tak lepas memandang raut wajah Emelin, tak padan dengan kecik!

"Ouhh hi kak Emelin!" Ahnaaf berbicara riang sambil melambai comel tangannya buat Emelin membuatkan mereka di sekeliling menggeleng kecil melihat karenah dua ketul di hadapan mereka.

"Hii, do you want warn hug Ahnaaf?" Soal Emelin seperti Olaf di dalam cerita kartun Frozen yang dulu nya pernah mendapat sambutan hangat dari peminat kecil.

"Sure! Why not!" Bicara Ahnaaf menyambut laju pelukan Emelin, menari kecil susuk tubuh comel bila dirinya dipeluk dengan gadis amoi.

Mereka memandang bahagia, sempat badan Azri diketuk perlahan oleh Anggung. Kalau bukan sebab ajaran suaminya, tak adanya anak yang dia kandungkan dulu bakal menjadi miang seperti itu.

"Assalamualaikum abang, bonda"Arabella menyapa sambil menghulurkan salam sebaik sahaja kaki dilangkah masuk ke perkarangan rumah. Agak lambat kerana dirinya ingin mencari parking yang sesuai untuk diletakkan kereta miliknya.

"Waalaikumsalam" Jawab mereka serentak, kini pandangan mata semua tertumpu pada susuk tubuh Arabella.

"So bila nak mula?" Soal Arabella, tak sabar rasanya mahu melihat raut wajah riang anaknya yang satu itu.

"Nak mula lah ni, tunggu kamu semua datang je dulu. Kata si Jibreel, dia tak nak tiup lilin selagi ummi nya tak hadir" Jelas bonda sebelum mengeluh kecil.

Arabella tertawa kecil, faham sahaja akan sikap anaknya yang mahu kan dia selalu tak kira di mana tempat. Nasib sahajalah Jibreel Zaafir itu seorang anak yang sabar dan bijak.

"Ahnaaf! Jibreel! Sini jom potong kek!" Laung kuat Anggung pada teruna kecil yang masih berbicara gembira dengan orang asing yang baru dikenali mereka.

"Yeay yeay potong kek" Mereka bertepuk tangan kecil menghampiri sang ibu, Ahnaaf secara tiba tiba mengundur langkah perlahan menjauhi Jibreel.

"Ahnaaf, kenapa jauh sangat kau berdiri? Sinilah tepi aku" Marah Jibreel sambil menarik kuat tangan Ahnaaf menghampirinya.

"Tak naklah, harini kan birthday kau. Aku tengok jelah" Ujar Ahnaaf sambil mencebik kecik memandang kakinya di tanah, tak mahu bertentang mata demgam sesiapa pun.

Purnama Indah| Eid HaidilWhere stories live. Discover now