"Alhamdulillah. Cik Arabella baik-baik sahaja cuma badannya masih lagi belum dalam keadaan yang baik. Elakkan berjalan atau berdiri lama" Bicara doktor. Arabella yang sedang bersandar mendengar dengan teliti kata-kata yang baru diberitahu oleh doktor tersebut.
"Baik, doktor. Terima kasih, doktor" Tuan Fateh dan Puan Hamirah menunduk sedikit tanda terima kasih yang tak terhingga mereka kepada lelaki berkot putih itu.
"Sama-sama Tuan, Puan. Kalau macam tu, izinkan saya pamit dulu lah ye" Sejurus itu, doktor mula melangkah keluar meninggalkan mereka yang berada di dalam bilik.
"Ingat tu, Bella! Kau jangan nak bergerak sangat. Baru beberapa jam sedar, dah berjalan situ sini. Sedar sikit, diri tu sakit!" Bebel Daryan tidak puas hati dengan Arabella yang langsung tidak boleh duduk diam, ada sahaja yang ingin dia lakukan.
"Yelah, Daryanku sayang... Akan patik patuh perintah mu itu" Arabella dijeling Daryan. Sekadar gurauan antara sahabat. Tuan Fateh serta Puan Hamirah tersenyum memandang mereka.
"Perempuan tu dah sedar?" Haidil yang baru tiba di hadapan pintu bilik Arabella memandang mereka di dalam yang sedang bergelak tawa. 'Lirikan matamu bagaikan syahdu, inginku tatap selalu walaupun dari jauh.'
"Betul tu, Tuan. Bagaimana di balai pula?" Lelaki bertubuh tegak itu memandang Haidil, ingin tahu keadaan di sana kerana sudah tiga hari dia di sini menjaga suspek yang sedang ditahan 𝘸𝘢𝘳𝘥. Penat dan mengantuk sudah menjadi sebati.
"Semuanya baik-baik sahaja" ringkas Haidil membalas sambil matanya masih tidak lekang memandang Arabella yang sedang tersenyum mekar bagaikan matahari pada waktu tengahari.
"Jadi, semuanya sudah selesai?" soal lelaki itu lagi atau lebih dikenali sebagai Azri Shah. Tubuh yang tinggi lampai, kulit sedikit putih dengan rambut yang di sikat kemas.
"Suspek sudah ditumpas, kes setel" belum puas memandang Arabella, kini lelaki di hadapannya dipandang. Sengaja Haidil menukar arah pandangannya apabila perasan gadis yang diperhatikannya itu memandang ke arahnya.
"Faham. Jadi, Tuan 𝘥𝘦𝘤𝘪𝘥𝘦 untuk kembali ke markas atau bercuti?" Haidil yang berkelakuan sedikit pelik itu sedikit sebanyak menghadirkan pelbagai tanda tanya buat Azri. Pelik akan Tuan nya yang sedikit lain dari biasa.
"Kita bercuti dulu. 𝘛𝘢𝘬𝘦 𝘢 𝘳𝘦𝘴𝘵, dah lama sangat kita tak bercuti. Rehat kan mental dan fizikal" jantung yang berdegup laju itu Haidil cuba tenangkan. Indahnya terasa entah kenapa.
Entah mengapa dirinya berasa agak berdebar-debar sekarang. Tidak pernah lagi dirinya berdebar seperti ini. Apa yang menjadi punca dirinya menjadi sedikit tidak tentu arah seperti ini? Adakah kerana gadis itu? Mustahil sekali seorang gadis mampu membuat dirinya sebegini!
"Kalau begitu, saya turut kan saja" ujar Azri. Tuan nya yang masih berkelakuan luar biasa itu dihiraukan saja. Entah apa yang sedang bermain di benak kepala tuannya itu.
"Tapi sebelum itu, laporkan diri di balai dulu. Kau belum balik balai lagi kan?" Tegas Haidil lagi. Bimbang sekiranya dia lupa akan sisa tugasannya itu.
"Baik, Tuan" sejurus itu mereka berdua melangkah jauh dari bilik Arabella. Tidur yang tertangguh harus di qada', mulut yang menguap cepat-cepat Azri tutup.
~
Hari berlalu bertukar minggu. Arabella yang sedang berada di koridor sambil membaca buku itu ditiup bayu angin malam. Seketika, hujung bibirnya mengukir senyum membaca momen momen romantis yang terlakar di dalam novel itu.
"Alangkah indahnya jika hidup aku seperti novel. Malahan sudah cukup indah jika dikurniakan suami seperti watak lelaki ini" Arabella mengeluh perlahan. Novelnya ditutup.
Arabella menyandarkan badannya pada kerusi kayunya itu. Bulan yang terang serta bintang yang berkelipan dipandangnya lama. Langit pada malam itu kelihatan sangat cantik dengan gugusan bintang-bintang. Langit menjadi terang dek sinaran bulan pada malam itu.
Apa yang sudah terjadi sepanjang perjalanan hidupnya terasa bagaikan mimpi. Hanyut gelora di alam realiti yang memberi kesan buat dirinya, pada hari ini dan akan datang.
"Arabella sayang, ubat dah makan ke belum?" Bonda yang berada di muka pintu, Arabella pusing memandangnya. Satu senyuman manis dihadiahkan buat satu-satunya permaisuri hatinya itu.
"Belum bonda" jawab Arabella ringkas. Bonda yang tadi mengorak langkah masuk kini mula melabuhkan diri di atas kerusi kayu yang berhadapan dengan Arabella.
"Makan ubat dulu ya, sebelum tidur. Bonda takut Arabella lupa pula. Nah, makan ubat ni dulu" beberapa ubat berwarna putih itu dihulurkan kepada Arabella.
Huluran bonda disambut lantas ditelan ubat-ubatan itu. Air kosong yang bonda bawa diteguknya. Setelah itu, Arabella mula bangun dan melangkah ke almari baju.
Pintu almari baju dibuka. Beberapa keping plastik ubat diambil lalu dibawa bersama dan melabuhkan semula dirinya di atas kerusi kayu berhadapan bondanya.
Tanpa bicara, dia terus mengambil satu biji ubat di setiap plastik dan ditelan. Pahit ubatnya, hanya Arabella yang tahu. Air yang berbaki tadi Arabella habiskan.
Tidak sampai setengah jam, kelopak mata Arabella mula memberat. Digosok perlahan matanya itu. Bonda yang memandang Arabella, perasan akan perbuatannya.
"Arabella mengantuk ke? Pergilah tidur, rehatkan diri dan minda tu. Banyak sangat berfikir walaupun kurang bergerak" kata bonda sambil memandang Arabella yang sedang berkerut menahan kantuk.
'Tak akan bonda biarkan tidurmu terganggu walau hanya kerana ribut, datang petir menyambar walau jengking sekalipun. Bonda tetap tak akan berundur walau seinci, moga kamu kekal maklum bahawa betapa bonda menyayangi dirimu, puteriku.'
"Lepas makan ubat kan bonda, biasalah" balas Arabella sambil ketawa mengekek sebelum cepat-cepat dia menekup mulut yang tak berhenti menguap.
"Yelah Arabella, bonda masuk tidur dulu, ya? Jangan lama sangat kat luar ni. Tidur awal tau, jangan fikir sangat" bebel bonda lagi. Risau akan anak gadisnya yang satu itu. Hanya Dia yang tahu.
"Noted bonda!!" Jawab Arabella riang menutup kesedihan yang bersarang di hati, tetap tersenyum walaupun dirinya sedang menutup seribu luka di hati yang sudah lama mati.
YOU ARE READING
Purnama Indah| Eid Haidil
Action"Arabella Sharifah!! Or should I call you Mrs Eid? Selangkah awak melangkah berpakaian macam tu, saya as your husband Eid Haidil tak akan teragak nak dukung awak masuk dalam" - Eid Haidil "Sayang memang mencabar iman abang betul" - Eid Haidil *do ex...