chapter 42

1.9K 66 0
                                    

Matanya dikecilkan melihat tingkah laku Arabella, Haidil mula pelik. Arabella buat apa ni? Samar samar matanya menangkap ruang gelap di mana Arabella berada tika ini.

Bunyi gerak geri Arabella kedengaran di talian sebelum gadis itu berjalan lemah ke arah yang agak jauh dari Haidil, melihat sahaja keadaan Arabella tika itu membuatkan mata Haidil membulat.

Hatinya gugur memandang Arabella yang berambut serabai, baju terkoyak sini sana serta ada bekasan darah luka di tangan dan kepalanya. Ya Allah bakal isteri aku! Apa dah jadi ni, dengan rantai yang terikat kemas di leher sungguh meruntuh hatinya.

"Kenapa Haidil, Arabella kata apa" bonda yang perasan akan riak wajah Haidil yang drastik bertukar bila sahaja panggilan Arabella diangkat dihampiri nya.

"Bonda, Walid datang sini" panggil Haidil, mereka menghampiri Haidil. Dipandang raut wajah Haidil sebelum mereka tumpukan perhatian sepenuhnya pada video tersebut. Gadis rambut ber serabai serta digari, macam kenal-

"Ya Allah anak aku" jerit bonda sebelum dirinya jatuh ke lantai. Nasib sempat tuan Fateh menyambut isterinya yang jatuh setelah sahaja melihat video di telefon Haidil. Dirinya juga terkejut memandang gadis di dalam video itu.

Ya Allah apa dah jadi dengan anak aku? Kenapa dia diperlakukan sebegitu? Siapa yang jahat hati sangat dengan Arabella ni, apa salah anak gadis nya?

Sempat Haidil mute phone sebelum bonda menjerit nyaring, takut takut penjenayah tu terdengar. Semua orang yang berada di rumah keluarga Arabella semakin risau mendengar jeritan nyaring bonda. Apa yang dah berlaku sebenarnya.

"Azri, pinjam phone. Aku nak lapor pada atasan untuk hantar back up" Azri yang datang menghampiri membulat kan mata nya juga sebelum phone di tangan Haidil di tunjuk pada yang lain, Anggun dan Daryan yang baru sahaja bangkit terus menekup mulut mereka.

Mengalir air mata dari kedua dua wanita tersebut termasuk bonda, hati perempuan yang memang sangat lembut. Apatah lagi bila melihat orang yang mereka sayangi sedang dalam situasi menakutkan sebegitu.

"Tapi siapa yang handle" soal Azri pada Haidil, apa yang diminta Haidil tadi diikuti saja Azri. Dia tahu Haidil sedang dalam mod serius, dan dia tahu betapa besarnya cinta Haidil pada Arabella. Pasti akan Haidil lakukan apa saja untuk menyelamatkan cinta hatinya itu.

"Aku" ringkas Haidil membalas.

"Haidil no! Nanti kau bertindak mengikut emosi" Azri membangkang, risau akan diri kawannya itu. Dia tahu yang mereka berada di situasi darurat tika ini tapi Azri faham sangat dengan diri Haidil bila emosi terjebak sekali.

"Habis tu, tak akan aku nak tengok orang yang aku sayang macam tu je!" Nyaring Haidil menjerit, jelas tubir matanya yang berair. Bila bila sahaja bakal tumbang dan runtuh penghadang air matanya itu.

"Miss me sweetie?" Mendengar sahaja suara asing di talian, cepat cepat mereka mengalihkan fokus kembali pada Arabella di dalam video itu.

Padangan Arabella yang tajam walau dia sedang diam tika itu, mengingatkan Haidil akan pandangan Arabella tika bertembung dengan Khamel.

"Suara tu" walid mengujarkan kata setelah lama terdiam sepi, dia amat mengenali suara itu. Siapa lagi kalau bukan jejaka durjana yang berkali kali menyakitkan hati anak perempuan nya itu.

"Suara Khamel!" Kata mereka serentak.

"Ya Allah apa yang Khamel ni masih nak dengan Arabella" jelas amarah membingai dalam nada suara walid, sungguh hatinya tak tenteram memikirkan keselamatan Arabella tika ini.

"Abang anak kita" bonda berkata lemah, wajah isterinya kini betul betul merah akan tangisan yang dilepaskan. Sungguh besar ujian buat keluarga kecil kita ye sayang, bertahanlah.

Purnama Indah| Eid HaidilWhere stories live. Discover now