Lampu isyarat mula bertukar merah, Azri yang sedang menunggang motor ex5 itu berhenti. Tak akan anggota rahsia nak langgar undang undang negara kan?
Kakinya dipaku di tanah, kan kalau tak paku kaki. Ada yang jadi tontonan lawak jatuh motor petang ni kan. Matanya meliar memandang sekeliling. Segar udara waktu petang macam ni.
Tiba tiba matanya terjatuh pada kereta bersebelahan dengan motornya. Macam dia kenal kereta ni, kereta myvi silver dengan sticker McDonald. Kebetulan je kut? Macam lah dia sorang je yang pakai myvi.
Bayang lelaki di dalam kereta membuat dahi Azri berkerut, Haidil? Mustahil, Arwah Haidil dah hampir sebulan pergi. Belum sempat Azri mengenal pasti lagi pemandu kereta myvi itu, lampu isyarat betukar hijau.
Kereta myvi silver meluncur laju meninggalkan nya di belakang.
"Amboi abang myvi plat SYG4567, laju naw. Isteri nak bersalin ke tu" ujar Azri sebelum motor miliknya begerak menyusul kereta lain.
Plat SYG4567 ? Sebiji macam kereta myvi arwah Haidil punya, haihh rindunya aku pada mu kawan. Moga kau tenang di alam sana.
Eh- SYG4567? Myvi silver? Sticker McDonald? Tu kereta arwah Haidil kan? Oh mungkin adik perempuan dia guna kot, laju betul adik kau bawa kereta Dil. Kalau kau ada, confirm kene bebel adik kau.
Tapi driver tadi lelaki kan? Susuk tubuh lelaki tu pun sebiji macam arwah Haidil? Jangan cakap-
Tiba tiba Azri memulas kuat, laju berdesung motornya memintas kenderaan yang lain. Myvi silver yang sudah hilang di mata di cari Azri.
Matanya berdecut laju hingga lah akhirnya mata miliknya menangkap lagi pandangan kereta Myvi plat SYG4567 tak jauh darinya.
"SubhanAllah jadi ini betul?? Aku fikir tadi ilusi- eh ke ni hantu Haidil sebab mati dalam keadaan tak bersedia? Aku dah cakap Haidil jangan lupa bersyahadah sebelum sertai misi!" Jerit Azri kuat walau tak didengar sesiapa disebabkan arus angin yang kuat.
Kereta myvi diikut Azri dari belakang hingga lah akhirnya kereta tersebut berhenti di perkarangan rumah milik arwah Haidil.
Azri menyorok dibalik pokok pisang tak jauh dari rumah milik arwah Haidil. Dia ingin kan kepastian, mustahil apa yang dia saksikan sekarang. Kalau betul ini adalah hantu Haidil tetapi kenapa tak ada kereta yang langgar je bayangan dia semasa di atas jalan raya.
Driver kereta yang memandu tadi membuka pintu, Azri mengecilkan matanya. Hatinya berombak debar, sampaikan kalau ada orang di sebelah dia masakan boleh bilang degupan jantung Azri tika ini.
Susuk tubuh lelaki berseluar slack dan tshirt hitam membuat mata Azri terbeliak. Mustahil, mustahil semua ni! Matanya digosok gosok tetapi tetap susuk tubuh arwah Haidil di sana.
"Haidil!!" Azri menjerit memanggil nama. Arwah Haidil berpaling, mukanya jelas kelihatan sihat. Mata Haidil jugak turut terbutam melihat Azri.
Azri menjerit lagi memanggil nama Haidil sebelum bingkas bangun mendapatkan Haidil. Dia perlu pergi dekat lagi, Azri masih terkejut dengan apa yang berlaku sekarang.
Kedebum,
bunyi motor Azri jatuh tersemban di atas jalan raya. Azri berpaling ke belakang. Makin terbeliak matanya memandang motor kesayangannya selamat mencium jalan tar.
YOU ARE READING
Purnama Indah| Eid Haidil
Action"Arabella Sharifah!! Or should I call you Mrs Eid? Selangkah awak melangkah berpakaian macam tu, saya as your husband Eid Haidil tak akan teragak nak dukung awak masuk dalam" - Eid Haidil "Sayang memang mencabar iman abang betul" - Eid Haidil *do ex...