special chapter part six

984 43 0
                                    

Suasana mendung sepi di luar kediaman hospital, direnung lama Arabella. Bunyi burung berbicara serta alunan sedikit kuat angin sekeliling menyamai kekusutan di kepala nya ketika ini.

"Yow Arabella, jauh termenung. Fikir apa je?" Suara garau jejaka berkot putih berjaya mematahkan renungan matanya dan kini mengalih padangan ke arah si dia yang sedang berjalan mendekat.

"Fikir patient lah, petang ni nak operate dah" Jelas Arabella, keluhan kasar kuat kedengaran. Pening terasa di segenap kepala mula bertukar mual, debaran di dada menyebabkan rasa gemuruhnya semakin meningkat.

"Patient mana?" Damian menyoal sebaik sahaja dirinya dilabuhkan ke atas kerusi empuk berhadapan dengan Arabella.

"Patient yang baru daftar minggu lepas" Bicara Arabella lagi, matanya mula meneliti segenap isi peribadi pedakit yang bakal bersemuka dengannya nanti.

"Ouhhh" Damian mengangguk kecil sambil membelek gambar Jibreel berpelukan dengan Ahnaf yang diletak elok di atas meja sebelum akhirnya disambar dia.

"Kau bawa apa tu dekat tangan? Tak pernah pernah aku nampak kau bawa bekal?" Soal Arabella yang mula keliru, sudahlah dengan balutan hello kitty nya. Sejak bila pula Damian yang selama ini acah acah segak mula minat hello kitty?

"Eheheh crush bagi?" Damian terkekek kecil, cuba menutup rasa malu. Tak sangka Arabella bakal terperasan, sahaja dia singgah di bilik gadis ini ingin menanga khabar.

"Kau ada crush? tak cakap pun dekat aku" Arabella membulatkan matanya seketika, hancur harapan unruk satukan si dia dengan Damian.

"Haah aku suka Cintra" Selamba Damian berkata.

"What the? Cepatnya!" Arabella yang masih membulatkan matanya makin meluaskan lagi matanya mendengar bicara yang baru sahaja meniti dari mulut lelaki itu.

"Perasaan mana boleh dikawal kak oii, dah aku tersuka nak buat macam mana kan?" Damian mencebik kecil, salah ke kalau jatuh cinta cepat cepat? Bukan lagi elok ke? Nanti
bolehlah hantar masuk minang cepat cepat kan?

"Lepastu bila kau nak confess?" Soal Arabella lagi sekadar ingin tahu, tak sabar rasanya mahu melihat Damian dan Cintra bersama di atas jinjang pelamin!

"InsyaAllah esok masa kita sambut birthday dia" Kata Damian penuh yakin, dia akan membuat kejutan yang bakal membahagiakan gadis itu dan yang pasti. Memori itu bakal kekal salam ingatan Cintra sampai bila bila.

"Series! Oh my god tak sabar aku!" Arabella menekup mulut kuat sebelum kedua tangannya menepuk laju, tak sangka akan berita yang baru dikatakan Damian.

"Eh eh kau ni, aku yang nak confess. Kau yang tak senang duduk" Bicara Damian tidak senang hati, dia yang sepatutnya gembira lebih tetapi kenapa pula mak anak satu ni pula yang lebih semacam je.

"Aku rasa aku dah boleh buat website mencari jodoh" Bicara Arabella, senyum sengat terukir di hujung bibir mulus gadis itu.

"Hotak kau! Kerja yang satu ni pun pening nak handle, nak buat market cari jodoh pula. Pelik pelik je minah ni" Tak akanlah dia tak tahu, bertapa penatnya hidup berkerja sebagai perawat tetapi apakah nasib? Dah ini kerjaya yang mereka pilih sejak kecil, maka turuti sahajalah nasih diri.

~

Situasi cemas di dalam bilik pembedahan merisaukan seluruh susuk tubuh yang berada di situ. Arabella yang masih memegang erat pisau bedah masih sibuk dengan hal nya, dadanya naik turun gelisah dengan bacaan oksigen pesakit yang kelihatan tidak memuaskan.

"Doktor, oksigen dia merundum terus" Bicara pembantu bedah itu sambil mata memandang Arabella dan bacaan oksigen bersilih ganti.

Arabella masih memekak kan diri, percaya akan nasib dua masih berpeluang untuk menyelamatkan jejaka itu. Bicara jururawat setelah itu membuatkan Arabella terasa dirinya baru sahaja dihempak batu besar ke atasnya.

Purnama Indah| Eid HaidilWhere stories live. Discover now