chapter 40

2.4K 85 3
                                    

Haidil menghentikan keretanya di tepi jalan, pantai yang terbentang luas tika itu dipandang Arabella lama, setelah hampir dua jam mereka di dalam perjalanan hanya semata mata untuk pergi ke pantai?

"Kita buat apa kat sini?" Soal Arabella, Haidil yang disebelahnya di pandang.

"Kita dah sampai" ujar Haidil setelah enjin kereta berhenti, kunci kereta diambil lalu dimasukkan ke dalam poket

"Ha?" Arabella menjerit perlahan, mereka buat apa kat sini.

"But for what?" Soal Arabella lagi

"You will know it later" jelas senyum terukir di hujung bibir jejaka itu, tak sabar rasanya untuk melihat reaksi gadis itu nanti.

Satu reben besar merah sarung tangan merah diberi pada Arabella. Semakin pelik Arabella memandang Haidil, halah sudah. Apa yang sebenarnya lelaki itu cuba lakukan, permainan apa lagi yang diciptakan Haidil tika ini?

"Pakai ni, i have suprise for you" Haidil yang sudah lengkap memakai sarung tangan di tangannya, dah kenapa pula mamat ni pun pakai sarung tangan. Haidil ada niat jahat ke dekat aku?!

"Tapi" kata Arabella tergantung apabila Haidil memotong laju bicara gadis itu, langsung tidak memberi peluang pada Arabella untuk menarik diri dari terjebak sekali.

"Tak ada tapi tapi, pakai sarung tangan tu. Aku pakaikan reben" tegas Haidil berkata, lama lama takut tak sempat pula nanti.

Sudah siap Arabella memakai sarung tangan, kini penglihatan nya gelap ditutup reben merah yang dipakai Haidil padanya tadi.

"Tunggu sekejap" Haidil melangkah keluar, pintu Arabella dibuka. Tangan gadis itu dicapai tetapi ditarik Arabella kembali, tak selesa barangkali?

"Tak apa, aku pun pakai sarung tangan" kata Haidil lembut, digenggam kuat tangan Arabella. Arabella melangkah keluar dengan berhati hati, risau dirinya tersadung. Tak pasal dapat malu je nanti.

Beberapa langkah mereka melangkah, kini kakinya terasa memijak pasir. Sekarang mereka mungkin sudah berada di pantai, fikir Arabella.

"Kau dah makan belum?" Soal Haidil, kakinya masih melangkah menarik gadis itu perlahan mengikut langkahnya.

"Belum, saya keluar bilik pun sebab awak tadi. Saya sibuk dengan ulang kaji lepastu awak kacau, awak tahu tak" bidas Arabella geram, kalau lelaki ini tak kacau. Mesti dia dah habis ulang kaji satu buku, ini semua salah Haidil. Tak habis habis nak bermain main dengan perasaannya, bila bosan kacau kita, geramm.

"Sorry but still it can harm yourself, love" nasihat Haidil pula

Hampir jatuh Arabella tika mendengar dirinya dipanggil sebegitu, since when Haidil ni mulut manis macam ni. Selalu kau dan aku je dengan muka beku entah apa apa.

"Kenapa okay tak?" Arabella yang hampir terjatuh itu dipegang erat tangan oleh Haidil mengelak gadis itu dari tersungkur.

Kenapa dia tanya? Ni semua salah dia, suka hati nak panggil kita love pula. Apa fikir kita cair lah kalau panggil macam tu walau tak dinafikan adalah juga, sikit je okay.

"No, I'm okay" mendatar sahaja nada kata Arabella tika itu.

"Be carefull, jatuh sekali lagi. Aku dukung kau" ugut Haidil, dia pun kasihan melihat gadis itu melangkah dengan tak nampaknya. Cuma apa nak buat, dah memang ini atur rancangan nya.

Purnama Indah| Eid HaidilWhere stories live. Discover now