"Jadi Haidil deman panas ke doktor?" Soal Arabella memandang doktor serta Haidil bersilih ganti, tangan Arabella dan Haidil bersatu erat.
"Kami anggap begitulah tetapi boleh tak kami buat medical check up terhadap kamu Arabella?" Minta doktor itu, ada sesuatu yang harus dia yakinkan terlebih dahulu.
"Saya? Boleh" Arabella memandang sekeliling, susuk tubuh di sekeliling nya memandang pelik. Haidil yang sakit tetapi kenapa Arabella yang perlu membuat medical check up!
"Mari ikut saya" Ajak doktor perempuan itu, mereka tiba di sebuah bilik lantas pintu dibuka luas sebelum ditutup kembali.
"Kamu boleh baring kat sana" Kata doktor itu lagi.
Arabella yang sudah bingung makin kebingunan bila sahaja doktor itu menyuruh dirinya untuk berbaring di atas katil ini.
"Medical check up macam mana ni doktor sampai baring" Soal arabella sekadar ingin tahu, maklumlah dia pun insyaAllah bakal tamatkan pengajian dalam bidang rawatan akhir tahun ini.
"Macam ni puan Arabella, kami syak suami puan ada simpton penyakit lain" terbeluam amat Arabella seketika, sakit lain? Sakit itu parah ke? susah nak diubati ke?
"Penyakit lain? Maksud doktor" Terus bangkit Arabella, kembali duduk tegak menunggu jawapan dari doktor di hadapannya.
"Maksud saya yang suami puan itu mengalami simpton orang mengandung" Jelas doktor itu lagi sebelum mengukirkan senyuman.
"Eh tapi suami saya tu lelaki doktor" Bingung Arabella, kepalanya ligat memikil ketidak mustahilan kebarangkalian yang suaminya boleh mengandung.
"Sebab itu kami panggil puan untuk check up, bukan si suami. Kami fikir yang terkena alahannya ialah cik suami" Jelas doktor lagi.
"Eh betulke doktor?" Arabella menekup mulutnya laju, tidak percaya akan berita benar atau tidak yang bakal dirungkaikan mereka sebentar nanti
"Betul atau tak, kita akan tahu kemudian" Ujar doktor itu lagi, hati Arabella dipaut debaran yang kuat. Harapnya betulah apa yang doktor itu katakan, InsyaAllah berita ini akan menambahkan lagi bahagia buat suaminya.
~
Arabella kembali ke bilik dengan wajah murung dah suram, penyesalan atau tidak berperasaan rasa nya tika ini. Tak sangka yang semua itu tidak seperti jangkaanya selama ini.
"Macam mana Arabella, kenapa doktor panggil kamu untuk check up" Soal bonda mula risau akan air muka yang sedikit murun dari wajah anak nya itu.
Arabella masih kekal diam tidak berkutik, hal ini menambahkan lagi kerisauan orang sekilingnya.
"Sayang?" Soal Haidil pelik akan wajah arabella yang sebelum keluar tadi riang tersenyum kini sedih bagaikan hilang orang tersayang.
"Sebenarnya Puan Arabella mengandung hampir dua minggu lebih" Bicara doktor itu setelah melangkah masuk ke dalam bilik, kepalanya tergeleng geleng melihat tingkah laku Arabella.
Tiba seluruh susuk tubuh di ruangan itu kekal diam, doktor itu berkelip mata bingung akan reaksi mereka. Kenapa semua diam? Orang lain kalau tahu yang isteri atau anak pregnant mesti melompat gembira?
"Isteri saya mengandung?" Soal Haidil lagi masih dengan muka bingung.
"Haah" Ujar ringkas doktor itu lagi.
"Wei Azri, sekali je auto kena woo! Power siak aku" Bicara Haidil dengan bangganya pada Azri, bicara Haidil menbuatkan Arabella menunduk malu.
"Eh kau ni, benda macam tu mana boleh cakap kuat kuat" Marah Azri pada Haidil yang sungguh hati kental, langsung tak kenal erti malu!
YOU ARE READING
Purnama Indah| Eid Haidil
Action"Arabella Sharifah!! Or should I call you Mrs Eid? Selangkah awak melangkah berpakaian macam tu, saya as your husband Eid Haidil tak akan teragak nak dukung awak masuk dalam" - Eid Haidil "Sayang memang mencabar iman abang betul" - Eid Haidil *do ex...