Mereka di sekeliling memandang sayu jasad Cintra diangkut ke dalam liang lahad, masing masing berpelukkan sedih akan kepergian gadis riang tertawa seperti Cintra.
Insan yang tidak pernah mengeluh dan sentiasa sabar, langsung tidak pernah menafikan takdir tuhan kepadanya dan suka mengatakan dia baik baik sahaja walau dia jelas tidak.
"Bell datang tak, Damian?" Soal Emelin kepada Damian yang sedang memegang erat surah Yasin, Emelin ketika itu hanya diam tidak berkutik menghormati kaum yang tidak seagama dengannya itu.
"Tak tahulah, macam tidak" Lemah Damian menutur kata, menanti sabar melihat jasad tidak bernyawa yang pernah dia cintai dan sayangi walau hanya seketika.
Mereka mengeluh kesal, sejak tadi menanti kehadiran Arabella tetapi masih tidak kelihatan walau batang hidung. Mungkin gadis itu membawa diri jauh, tak mampu menerima kehilangan buat kali ke tiga.
Tiba datang gadis menghampiri mereka menyelit di antara kedudukan Damian dengan Emelin dengan baju jubah serba hitam serta raut muka mendung.
"Eh Bella, aku fikir kau tak datang tadi" Bicara Emelin dan kini tumpuan dua rakan itu teralih pada Arabella yang bagaikan tiada perasaan.
Arabella hanya senyum tawar, masih tidak mengalihkan mata dari melihat situasi yang sedang berlaku di hadapannya tika itu.
Arabella tiba tiba tanpa bicara memegang kemas lengan Emelin membuatkan Emelin berdecit sakit dan memandang Arabella yang seperti sedang menahan tangis.
Faham akan rasa Arabella, terus tubuh gadis itu ditarik merapat sebelum Arabella mengalihkan pandangannya dan memeluk erat seperti tak mahu lepas tubuh Emelin.
Samar memori ketika Walid dikuburkan meniti jelas di dalam benak kepalanya, situasi ketika dia meraung tangis memohon Walid kembali mula bermain di memori miliknya.
"No no, walid tak mati lagi. Get him out from there!" Lantang Arabella menjerit menarik perhatian orang sekeliling kepadanya, ramai berbisik jahat dan ada juga berbisik kasihan pada Arabella.
"Bella are you insane! Walid is gone, let him be in peace. Jangan melawan takdir Allah seperti kamu tiada agama!" Marah Bonda pada Arabella, bila emosi dikawal badan. Inilah yang bakal terjadi pada anak tunggal nya itu.
"No bonda! You guys are the one who insane! Ain't no way Walid already dead" Bicara Arabella lagi masih meronta rontan dalam dakapan Haidil.
"Haidil, bring her back. She will cause scene here. Arabella masih tidak boleh menerima kepergian walid, bonda takut dia berbuat sesuatu di luar akal" Bicara Bonda disambut anggukan kecil oleh Haidil, setuju dengan arahan bonda.
"Sayang, ikut abang balik jom" Ajak Haidil penuh lemah lembut, tidak mahu berkasar dengan gadis yang sudah jelas hilang akal tika itu.
"No! i go to nowhere unless you let walid out from there. He's not dead! Kenapa biarkan walid kat dalam sana, walid tak boleh bernafas" Lemah Arabella berbicara, terasa nafas disekat sekaligus penat mula menguasai diri.
"Walid dah tak bernafas Arabella, you need a rest. Come with me" Jelas Haidil penuh prihatin pada Arabella, tidak mahu menguriskan hati gadis itu walau sedikit.
"No!!" Jerit Arabella lagi akhirnya dia jatuh pengsan dilanda kepenatan keseluruhan diri.
"Ya Allah anak aku" Laju bonda mendakap Arabella dari terhempak ke atas tanah lembap kawasan perkuburan.
"Sayang, bangun sayang" Haidil menepuk risau muka isterinya yang masih kaku tidak sedarkan diri.
"Arabella pitam ni Haidil, better macam ni. Senang nak angkut balik, kamu bawa dia pergi je mana man. Tenangkan dia, pergi pantai insyaAllah everything better" Jelas bonda lagi mengarahkan menantunya untuk cepat cept membawa Arabella pergi sebelum gadis itu tersentak dari lena.
"Bella you okay tak?" Soal Emelin pada Arabella yang merangkul erat badan ramping miliknya, terasa basah dadanya dengan air mata tetapi tidak dia hiraukan.
"Aku nak balik, aku tak sanggup nak berada kat sini sampai akhir" Bicara Arabella lagi, langsung tidak mengalihkan pandangan ke arah situasi yang sedang berlaku ketika itu.
"Aku pergi dulu" Belum sempat mereka membalas kata, terus Arabella melangkah laju menjauhi mereka. Damian dan Emelin berpandangan dia antara satu sama lain sebelum masing masing senyum tawar.
~
"Doc?" Suara di sebalik talian kedengaran memanggil insan yang dilamun rasa, jauh termenung pergi memikirkan perkara yang baru sahaja terjadi dan selalu menghantui hidupnya hingga hari ini.
"Doc??" Soal lagi, samar samar suara itu kedengaran memanggil. Menanti panggilannya disabut oleh Arabella yang entah apa yang difikiran gadis itu.
"Yes sir sorry, what you said just now?" Soal Arabella yang baru terbangun dari lamunan, kepalanya diketuk kasar kerana hilang fokus buat seketika.
"I think you lost Arabella, why don't you take a break for a while?" Cadang perempuan yang sedikit berumur itu pada Arabella, jelas tahu apa yang baru terjadi pada gadis itu.
"I lost both of them doc, I feel like my life turning down. Everything looks dark" Terjatuh satu mutiara kecil dari kolam matanya, menjelaskan perkara yang menghantui hidupnya tika ini.
"That's why i suggest you to take a break, go somewhere which can make your heart feels in peace" Bicara si dia penuh prihatin dan kasih, mahu sahaja di peluk tubuh Arabella yang pernah menjadi pelajar di bawahnya satu tika dulu.
"Should i?" Soal Arabella buntu atas segala galanya, entah rehat atau apa yang diperlukan tetapi jelas dia tidak baik baik sahaja ketika ini.
"Yes" Ringkas individu di sebalik talian berkata, setuju sekiranya Arabella mengambil cuti. Sibukkan diri dengan keluarga dan bergembira dengan orang sekeliling buat seketika sebelum kembali lagi.
Setelah sedikit lama mereka berborak, talian lini dimatikan dan Arabella kembali dengan lamunannya memikirkan nasib diri yang tak ke mana, mahu terus atau henti.
Untuk menjadi doktor, kita perlu memikul satu tanggungjawab yang besar.. Tugas sebagai doktor untuk menyelamatkan nyawa tetapi bila teringatkan akan kematian pesakit yang rapat padanya membuatkan Arabella rasa kesal akan dirinya.
Dia menyelamatkan atau membunuh? Sering perkataan itu berbicara di benak hati dan juga kepalanya. Menghantui diri saat demi saat serta jam demi jam juga hari demi hari.
"Aku penat ya Allah, beratnya ujian yang kau timpakan dekat aku. I'm your strong soldier so please ease everything for me" Bicara Arabella kepenatan dengan hidup yang makin susah dikawal saban hari.
"My life getting harder every second, what did I do to deserve all of this?" Persoalan demi persoalan, kadang dia mahu juga untuk hidung tenang seperti gadis lain tetapi kenapa dan kenapa haru hidup seperti ini yang pelu dilalui nya?
YOU ARE READING
Purnama Indah| Eid Haidil
Acción"Arabella Sharifah!! Or should I call you Mrs Eid? Selangkah awak melangkah berpakaian macam tu, saya as your husband Eid Haidil tak akan teragak nak dukung awak masuk dalam" - Eid Haidil "Sayang memang mencabar iman abang betul" - Eid Haidil *do ex...