Kini Arabella sedang terbaring lemah di atas sejadah setelah selesai menunaikan solat Zuhur qadha dan jama'k Asar.
Dirinya lemah tak berdaya, kalau awal sampai ke sini dia gembira dengan suasana di Switzerland tetapi sekarang melangkah keluar bilik tak terasa mahu.
Ternyata hakikat yang terlebar jelas sekarang, amat memedihkan hati. Hampir terlucut semua harapan tentang wujudnya jejaka baik hati.
Bersusah payah dia cuba menamatkan, meleraikan, memutuskan pengikat hati milik dirinya pada jejaka itu tetapi dengan senang ianya hancur sekali dengan hati miliknya berkeping keping.
Langsung tak terfikir Eid Haidil yang dikenalinya dulu bakal berubah sebegini, seratus persen berubah.
Ya, Haidil yang dulu dingin tetapi tak sedingin yang sekarang. Jadi apa selama ni hanya rekaan semata mata? Kubur? Bagaimana pula dengan Azri dan Anggun?
Haidil kata hanya aku yang ditipu, kiranya Azri dan Anggun tahulah?
Sanggup mereka, sanggup mereka tipu aku. Selama ni aku menangis meratapi orang yang mati tetapi sebaliknya masih hidup?
Bangga aku berkata yang Haidil mati demi negara, tetapi sekarang ya Allah. Ujian apa yang engkau nak berikan pada aku ni, bila pelangi aku bakal terang sepenuhnya ya tuhan?
Terus handphone miliknya diambil, dia perlukan kepastian. Dia perlu call Anggun sekarang, kebenaran harus dirungkai. Apa permainan yang diorang cuba mainkan sekarang?
Mesej milik Daryan dan bonda dipandang sekilas, terus contact nama Anggun di dail. Tunggu makin tunggu, call nya masih belum diangkat. Seminit kemudian:
"Assalamualaikum Arabella! Macam mana melancong kat sana? Best tak?" Suara teruja Anggun kedengaran.
"Waalaikumsalam, Alhamdulillah semua okay saja"
"Syukur tetapi kenapa macam tak happy je ni? Mesti penat kan berjalan, sakan nya kita ni kan" Anggun tertawa kecil tapi tidak Arabella.
"Anggun" panggil Arabella mendatar.
"Ye kenapa ni? Macam tak okay je" soal Anggun risau, ada apa apa yang berlaku ke sepanjang Arabella kat sana? Dahlah kat negara orang, ya Allah kau mudahkanlah urusan Arabella dan jaga lah Arabella di sana.
"Anggun, Arabella nak tanya something boleh?" Soal Arabella pula.
"Yea sure go on" Anggun kini sabar menunggu soalan Arabella, agak pelik tingkah laku Arabella saat ini. Disangka nya Arabella bakal teruja bercerita tentang percutian dia dia sana tetapi sekarang macam ada sesuatu yang tidak kena.
"Anggun dan Azri tahu kan?" Soal Arabella lagi. Anggun semakin pelik, kenapa pula nama suaminya dipetik? Apa yang Arabella maksudkan berdasarkan 'kitorang tahu'
"Tahu apa?" Soal Anggun lagi, dadanya mula berombak debar. Entah kenapa tetapi secara tiba tiba, berasa apa yang dikatakan Arabella nanti adalah sesuatu yang besar.
"Yang Eid Haidil masih hidup?" Terasa lemah seluruh tubuh Anggun. Macam mana Arabella boleh tahu? Hampir berbulan mereka tegas menyorok rahsia ini daripada Arabella tetapi kenapa sekarang rahsia mereka akhirnya pecah jua.
"Apa yang Arabella maksudkan?" Soal Anggun lagi sekadar berjenaka. Mungkin Arabella sedang overthink sekarang, dia faham perasaan rindu milik gadis itu ketika ini. Sempat Anggun tertawa kecil menyembunyikan rasa gemuruh di hatinya.
"Arabella jumpa Eid kat sini" ujar Arabella lagi
"Hah?" Naik seoktaf nada suara Anggun.
YOU ARE READING
Purnama Indah| Eid Haidil
Action"Arabella Sharifah!! Or should I call you Mrs Eid? Selangkah awak melangkah berpakaian macam tu, saya as your husband Eid Haidil tak akan teragak nak dukung awak masuk dalam" - Eid Haidil "Sayang memang mencabar iman abang betul" - Eid Haidil *do ex...