Kelopak mata milik Arabella terbuka perlahan, syiling menjadi pandangan pertama sebelum kepalanya berpusing memandang sekeliling. Balkoni cermin yang ditutup langsir tebal dipandang, biliknya masih gelap tanpa cahaya.
Cahaya yang terhalang dengan langsir tebal menjadikan bilik Arabella gelap seperti larut malam. Dia menarik nafas lantas menghembusnya kasar.
Kepala nya mula ligat mengimbas kembali apa yang berlaku, satu persatu memori mula kembali. Tiba tiba butir mata nya kian panas teringat akan trauma yang baru terkena pada nya semalam.
Sungguh hati nya memanjatkan rasa syukur yang tak terhingga. Kalau Haidil lambat semalam, entah apa yang berlaku atas dirinya. Tak sanggup rasa untuk membayangkan, diri lemah nya mula bangkit.
Langsir dibuka, kakinya melangkah perlahan ke arah balkoni. Jalan raya tanah Switzerland sudah penuh dengan kenderaan, Arabella mula teringat sesuatu.
Ya Allah! Subuh terlepas, cepat cepat dia berlari kecil ke bilik mandi ingin membersihkam diri dan me qadha kan kembali solat subuh yang terlepas. SubhanAllah, dia tak solat maghrib dan isyak lagi semalam!
Hajatnya mahu jamat takhir kan solat maghrib dan isyak pda waktu isyak bila tiba di hotel tetapi lain pula yang terjadi. Sumpah dia tidak terniat mahu meninggalkan perkara wajib tersebut.
Tetapi macam mana dia lupa? Ouh Haidil angkat dia masuk kereta and then dia tertidur? Sedar sedar pagi ni dia dah ada dalam bilik hotel? Haidil ke yang angkat aku sampai bilik?
Yang penting dia ada apa apa kan aku ke? SubhanAllah tetapi bangun tadi baju Arabella masih lengkap dengan pakaian. Cuma kot dan stokin nya saja yang dah tertanggal. Positif Arabella, Haidil tak akan buat perkara sebegitu.
Cepat cepat Arabella menghamparkan sejadah sebelum takbir diangkat dengan niat untuk me qadha kembali solat. Arabella mula khusyuk sepenuhnya pada solat, masa untuk dia berbicara dengan tuhan yang Maha Esa.
Selesai saja menunaikan kewajiban nya, Arabella duduk lama di atas sejadah. Al Quran dibuka, hatinya sekarang sedang gelisah dan Al Quran adalah ubat mustajab mencari panduan. Masalah bertambah apabila Arabella lupa yang semalam dia tak mengambil ubat seperti selalunya, anxiety nya bila bila saja boleh menyerang tanpa pencegah.
Dibelek satu persatu halaman al Quran kecil miliknya. Dipandang penuh sabar demi mencari jawapan persoalan yang bermain di benak Arabella. Rawatan sains dan agama, dua dua perlu diseimbangkan, ubat mungkin salah satu cara untuk mengubati dirinya tetapi tanpa izin Allah. Mustahil untuk diri Arabella sembuh sepenuhnya seperti harapan orang sekeliling yang fikirkannya.
Surat Al-Kautsar Ayat 1-3
اِنَّآ اَعْطَيْنٰكَ الْكَوْثَرَۗ - ١
innā a'ṭainākal-kauṡarArtinya: Sungguh, Kami telah memberimu (Muhammad) nikmat yang banyak.
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْۗ - ٢
fa ṣalli lirabbika wan-ḥarArtinya: Maka laksanakanlah salat karena Tuhanmu, dan berkurbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah).
اِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْاَبْتَرُ ࣖ - ٣
inna syāni'aka huwal-abtarArtinya: Sungguh, orang-orang yang membencimu dialah yang terputus (dari rahmat Allah
Tafsir Ayat Surah Al Kautsar
Wahai Nabi Muhammad, sungguh Kami telah memberimu nikmat yang banyak dan langgeng, meliputi kenikmatan duniawi maupun ukhrawi, seperti kenabian, Al-Qur'an, syafaat, telaga di surga, dan sebagainya
YOU ARE READING
Purnama Indah| Eid Haidil
Acción"Arabella Sharifah!! Or should I call you Mrs Eid? Selangkah awak melangkah berpakaian macam tu, saya as your husband Eid Haidil tak akan teragak nak dukung awak masuk dalam" - Eid Haidil "Sayang memang mencabar iman abang betul" - Eid Haidil *do ex...