chapter 53

1.6K 66 2
                                    

"Assalamualaikum" ketukan serta salam kedengaran jelas dari luar pintu, bonda yang sejak tadi duduk sabar menunngu bingkas bangun menuju laju ke arah pintu.

Usai membuka pintu, kelihatan susuk tubuh beberapa orang di hadapan rumah, satu senyuman di hadiah buat mereka para tetamu.

"Waalaikumsalam ustaz, masuklah" ajak bonda. Mereka mengangguk perlahan menturuti langkah bonda ke dalam.

"Apa citer ni puan?" soal ustaz sambil tertawa kecil, orang tengah series boleh pula dia ni nak gelak gelak.

"Saya pun tak tahulah ustaz, anak saya terkena gangguan balik agaknya" Ujar bonda sayu memandang anak gadisnya yang terkulai lemah diulit mimpi, satu persatu bencana datang menghantui Arabella entah sampai bila.

Ustaz itu mengangguk perlahan memahami baik kata bonda, sudak acap kali dia datang ke perkarangan rumah mereka ini untuk merawat perkara berkaitan ghaib malah ustaz ini amat rapat dengan arwah Walid.

"Gangguan macam mana tu?" soal ustaz itu lagi sekadar mencari kepastian.

"Dari sejak isyak tadi dia masih tak habis menangis meraung semua, saya pun jadi buntu" diusap lembut kepala Arabella dan ditatap Arabella lama, anak yang baik dan tulus ini langsung tak pernah menyakiti hati bonda tetapi entah kenapa ujian buat si dia lebih besar dari mereka sebagai ibu bapa.

Ustaz memandang sekeliling, sepasang matanya terberhenti seketika di ruang dapur. Lama direnung setajam tajamnya seperti ada sesuatu yang menarik perhatiannya.

Dua orang anak gadis ustaz yang sedar akan tingkah laku ayahnya tadi mula mengorak langkah menuju ke arah dapur, mencari titik masalah yang menyebabkan situasi ini berlaku.

"Betulah tu, ada gangguan sebab saya ada nampak tadi sebelum masuk rumah ada yang menyapa kami tapi kami pasti itu bukan salah seorang dari kita" jelas ustaz itu pula.

"Subhanallah betul ke ustaz?" terbutam mata milik Daryan dan bonda, bulu roma di seluruh badan mereka terasa menegak semua. Meremang dan rasa sejuk mula menyelubungi diri.

"Sementara anak perempuan saya pergi scan kawasan sekeliling, bagi saya cuba lihat apa jadi dengan anak puan ye" bicara uztaz itu lagi setelah mengangguk perlahan, InsyaAllah bakal dia lakukan sehabis baik.

"Baik uztaz" Bonda senyum kecil, percaya dengan kuasa ayat suci Allah dan percaya akan tuhan yang sentiasa ada tak kira susah atau senang. Allah, dia yang maha Esa dan maha mengetahui.

Arabella yang telah diulit mimpi tadi dibaringkan lurus oleh Daryan sebelum ustaz iaitu lelaki yang separuh umur itu mula melakukan kerjanya.

Tangan ustaz itu bergerak dari atas kepala Arabella sehingga ke kaki milik Arabella tanpa menyentuh sedikit pun kulit atau baju Arabella bagaikan ada magnet yang menolak tangannya jauh.

"Dia ada mengadu sakit ke apa ke sebelum ni?" soal ustaz lagi setelah berdiam melakukan kerja hampir dua puluh minit.

"macam tak-" baru sahaja bonda ingin menyatakan pendapatnya, laju Daryan memotong. Sejak dua tiga hari ini, selalu benar Daryan mendengar Arabella merungut sakit di perut.

"Eh ada bonda, dia cakap perut dia sakit sangat tetapi bukan sebab period cramp" bidas Daryan.

Uztaz itu mengangguk lagi sebelum tangannya menghampiri perut arabella tetapi tidak disentuh, seperti menggunakan magic ala ala cerita dongeng. Tangan ustaz tak berhenti henti bergerak.

"Ada benda menumpang dan mungkin sebab tu Arabella tak berhenti merungut sakit" jelas ustaz

Bonda dan Daryan menekup mulut tanda tidak percaya, patutlah tadi Arabella tak henti meracau.

Tiba kelopak mata Arabella seakan bergerak sebelum celik sepenuhnya, sekeliling diteliti Arabella lama sebelum memori di waktu isyak tadi terimbas. Sungguh rupa makhluk yang dilihatnya itu amat menggerikan.

"Bonda, Daryan" panggil Arabella lemah.

"Ye sayang, bonda dengan Daryan ada sini" Bonda dan Daryan merapat ke arah Arabella, senyum manis tak lengkan cuba menyenangkan hati anak gadisnya yang satu itu.

Daryan mengangguk laju turut bersetuju dengan kata Bonda, aku pun tak akan pergi dan akan sentiasa di sini dengan kau Arabella.

"Arabella dah bangun? Boleh tak kalau ustaz minta awak duduk melunjur, ustaz nak cuba keluarkan benda dari badan awak" minta Ustaz itu lagi, permintaan ustaz itu dituruti Arabella tanpa membantah.

Sekali lagi ustaz itu merapat kan tangannya cuba sekuat tenaga untuk mengeluarkan benda itu dari badan kecil milik Arabella tetapi hampir dua puluh minit, hasilnya hampa mungkin kerana ia terlalu kuat.

"Adik! Akak! datang sini jap tolong ayah" jerit sedikit kuat jejaka tua itu pada anaknya yang masih cuba memerhati sekeliling, sempat mata bonda menangkap mereka membaca ayat suci di beberapa penjuru dinding.

"Ye ayah kenapa?" soal si gadis yang sedikit tua pda ayahnya sebaik sahaja mereka berjalan merapat.

"Benda tu kuat sangat jadi kena lemahkan dia dulu" jelas ayahnya sambil mengeluarkan beberapa peralatan, pisau yang sedikit tumpul berjaya menangkap perhatian Daryan dan membuah kan tanda tanya di permikiran daryan.

"baik ayah" mereka menuruti permintaan ayahnya sebelum si kakak mula membaca ayat suci dengan begitu kuat yang membuatkan badan Arabella sedikit bergetar.

Manakala si adik tadi menghulurkan satu segi empat yang diisi dengan ayat Al quran di dalam pada Arabella untuk digenggam.

Suatu pisau tumpul diangkat si kakak tinggi, leher Arabella didongak si adik. Hal ini menyebabkan bonda memandang mereka sedikit takut, apa yang sebenarnya mereka cuba buat ni?

Leher Arabella dikelar sedikit menggunakan pisau tumpul tanpa melukakan kulit gadis itu tetapi bekasan merah sedikit kelihatan.

"Tadi masa nak kelar, dia tak meronta tandanya benda tu dah tak ada dalam diri InsyaAllah" jelas Ustaz itu lagi sambil tersenyum, lega hati mereka tika itu.

"Dan anak saya tadi dah penjuru setiap kawasan, cuma atas belum sebab saya nak tengok tengok sikit bilik si Arabella" tambah ustaz itu lagi.

"Alhamdulillah tetapi boleh saya bertanya" Sopan bonda meminta, hatinya masih gundah gelana. Hal ini terjadi kerana buatan atau hanyalah gangguan biasa? Perkara ini menjadi tanda tanya besar bagi Arabella.

"Ye sila?"

"Arabella dibuat orang ke ustaz? Sebab dua hari lepas ada suatu barang sampai tetapi menantu saya dah hantar pada pihak atasan untuk lihat" jelas bonda

"Sepertinya begitulah, oh ada barang ke? seeloknya lepas siasatan mohon bakar benda tu ye. Saya yakin yang dihantar adalah bangkai haiwan" bidas ustaz itu pula sambil menasihati mereka, bukan seeloknya tetapi wajib bakar.

Bonda mengangguk laju memahami, InsyaAllah selepas Haidil dapat tahu siapa angkara semua ini. Bonda akan arahkan Haidil untuk bakar, tak sanggup mahu tinggal lama lama benda seperti itu di rumah mereka. Takut lain pula yang jadi-

~

Mereka kini berada di hadapan bilik milik Arabella, lama ustaz itu merenung sambil mendengar penjelasan Arabella ketika situasi menggerikan berlaku padanya tadi.

Ustaz melangkah masuk untuk membentengkan setiap penjuru daripada perkara ghaib itu menumpang lagi, ini rumah mereka. Engkau tak layak di sini, berhenti menganggu anak anak Adam wahai iblis.

Purnama Indah| Eid HaidilWhere stories live. Discover now