chapter 22

2.3K 85 0
                                    

"Kau duduk sini sekejap" Arabella diletakkan di bangku kayu. Botol air diletak di tepi Arabella begitu juga dengan kasut milik Arabella.

Sling beg Arabella dibuka Haidil, Arabella memandang jejaka itu pelik. Belum sempat tangannya mahu mengapai, Haidil mengeluarkan handphone milik gadis itu lantas dihulur pada Arabella.

"Beg ni aku pegang, kan kau kena samun nanti naya je. Handphone kau aku beri incase something happend, call je aku terus. Aku nak pergi cari something jap, buka lock phone kau" jelas Haidil.

Entah kenapa kali ini Arabella hanya turuti saja permintaan Haidil, penat barangkali? Lock phone nya dibuka lantas diberi kembali kepada Haidil.

Haidil memasukkan number nya di dalam handphone milik Arabella dan number Arabella di handphone miliknya.

"Tunggu sini, jangan pergi mana mana" ujar Haidil lagi sebelum melangkah pergi meninggalkan Arabella, Arabella hanya mengangguk perlahan.

Apa yang malang nasib aku, sudah jatuh ditimpa tangga. Dahlah kaki luka lepastu kena samun dengan mamat sewel tu. Ada telefon, kasut dengan air hundred plus je sekarang haih. Nak pergi mana ntah mamat tu, ntah ntah gi jumpa scandal tapi tinggal aku kat sini.

Arabella keluh kasar sambil bermain dengan tangannya. Kaki yang luka dipandang sekilas, mulutnya berbunyi menahan pedih luka.

Hampir lima belas minit Arabella di sini, kelibat Haidil masih belum kelihatan. Mana lah mamat ni pergi lama lama? Aku dah mengantuk ni ya Allah.

Tiba tiba datang sekumpulan lelaki berumur 30 an mendekat. Arabella hiraukan saja pandangan mereka, entah apa yang mereka bicarakan.

Datang salah seorang mula duduk di tepi Arabella, paha Arabella di sentuh perlahan. Arabella menepis laju tetapi lelaki itu masih berbuat demikian.

"HAHAHA, Look at that chick. What do you try to doing huh slut?"

Arabella mencapai handphone miliknya laju tetapi dirampas terus handphone dari tangannya. Mereka mengilai memandang Arabella, tangan Arabella dipegang kemas mereka.

Tangan jijik mereka mula menyelak kain hitam milik Arabella, Arabella tak mampu berbuat apa selain menendang mereka. Mulut Arabella ditutup rapat menggunakan telapak tangan, bau busuk rokok mula memenuhi rongga hidung Arabella.

"We will having fun soon, it will become more and more extreme for sure my baby"

Kawasan yang kosong dengan orang itu menyusahkan lagi untuk Arabella meminta tolong. Dia menyesal, menyesal amat. Lebih baik Arabella tinggal di bilik sahaja.

Air mata mula membasahi pipi Arabella, tetapi langsung tidak mereka peduli. Ya Allah bantu aku ya Allah, Haidil mana awak Haidil. Datang cepat Haidil! Saya takut! Hati Arabella menjerit kuat.

Tiba tiba satu persatu lelaki tua yang cuba membuat perkara tidak senonoh pada Arabella mula tumbang. Ada yang ingin membalas tumbukan tetapi ditepis dan ditumbuk bertubi tubi oleh Haidil di perut.

"Haidil!" Arabella meraung kuat, Haidil mendakap tubuh gadis itu. Nasib dia sempat sampai, tak mampu bayang apa yang berlaku kalau aku lambat sesaat. Ya Allah Arabella, maafkan aku.

"I'm sorry, aku lambat" Arabella masih teresak menangis. Penat betul hari ini, perjalanan hari yang amat sukar buat Arabella.

Rambut Arabella yang serabai digosok Haidil lembut, mesti peristiwa tadi meninggalkan trauma besar buat Arabella. Sudahlah gadis itu mempunyai trauma lain yang menyebabkan dirinya mengalami sakit dari segi mental. Kini tambah lagi satu.

"It sokay, I'm here" Haidil mencapai handphone nya lantas number seseorang dihubungi. Tangan satunya masih tak lepas menggosok kepala Arabella, cuba menenangkan gadis itu. Bajunya kini basah dengan mutiara jernih milik Arabella.

Purnama Indah| Eid HaidilWhere stories live. Discover now