Ketukan pintu hotel bilik Arabella kedengaran. Arabella yang ketika itu sedang menjatuhkan mutiara mata cepat-cepat mengelap hapuskan dari mukanya.
"Bella. Bella, buka pintu ni. Ni Bonda" Suara Bonda memanggilnya kedengaran di sebalik pintu. Lembut sahaja Bonda memanggil. Seumur hidup, tak pernah lagi Bonda menengkingnya.
Pintu biliknya dibuka, raut wajah permaisuri hatinya kelihatan. Tersenyum manis memandang anak gadisnya yang satu itu walaupun dia tahu Arabella sedang memaparkan senyuman tawar yang menyimpan seribu duri.
"Bonda masuk ye, sayang" Arabella mengangguk perlahan. Membenarkan Bonda masuk, seketika dia memandang ke luar, mencari Walid.
Bonda yang melangkah masuk tadi kini berada di kaki katil bersama Arabella. Muka merah Arabella yang baru sudah menangis itu jelas terserlah.
"Bella menangis ke tadi? Kesian anak Bonda sorang ni" Badan kecil milik Arabella dipeluk Bonda lembut. Kepala Arabella diusap perlahan.
Pelukan terlerai. Sepasang mata Arabella dipandang bonda. Saling tak tumpah raut wajah Arabella dan suaminya. Arabella betul-betul mewarisi wajah pucat suaminya itu.
"Maafkan Walid ye, Walid tak sengaja naikkan suaranya pada Bella. Mungkin Walid stress dengan kerjanya?" Kedua-dua tangan Arabella digenggam Bonda lembut.
"Walid tak sayangkan Arabella kan, bonda?" Soal Arabella. Terbuntang mata bonda mendengar kata-kata yang baru diujar Bella tadi.
"Entah-entah Bonda pun tak sayangkan Arabella. Bonda cuma kesiankan Arabella kan?" Tidak sempat bonda menjawab, Arabella menyoal lagi. Keluhan nafas kasar Arabella kedengaran.
"Tak sayang, tak Bella. Jangan cakap macam tu" disentuh pipi Arabella. Merenung ke dalam mata Arabella.
"Bonda, Bella penat. Kenapa Bonda tak benarkan Bella mati?" Luah Arabella lagi tanpa Arabella sedar.
"Astaghfirullah Arabella, jangan cakap macam tu sayang. Kamu satu-satunya permata Bonda dan Walid. Kitorang tak mampu kehilangan Arabella. Hilang Arabella bermakna hilang bahagia kami" terbit peluh di sebalik mata bonda. Mendengar rayuan anak gadisnya itu.
'Susah amat ya, hidup kamu Arabella? Maafkan Bonda kerana tak mampu nak jadi Bonda yang terbaik buat Bella. Tetapi Bonda janji Bonda cuba sehabis baik ye sayang' Bisik bonda perlahan.
"Tapi-" belum sempat Arabella menghabiskan kata-katanya, Bonda pintas.
"Tak ada tapi-tapi. Yang penting Bonda dan Walid sayangkan Bella sangat-sangat. Ni, kamu tak nak pergi ke pantai ke? Best jalan-jalan tepi pantai sekarang ni" soal bonda lagi memandang Arabella. Terjongket sikit kening bonda.
"Nak tu nak tapi Walid tak kasi" Cemberut bella menghalakan pandangannya ke lantai.
"Walid kasi, Bonda dah pujuk Walid tadi. Bella pergilah tapi ingat jaga diri tau, jaga diri dari orang jahat dan jaga juga diri Bella dari diri sendiri. Bella faham kan?" Ujar bonda lagi.
"𝘞𝘢𝘪𝘵, 𝘸𝘢𝘪𝘵- serius Walid kasi?!" Terbit sinar di sebalik mata Arabella. Walid benarkan? Mimpi ke ni? Amat kenal dengan sikap tegas Walid nya. Nasib baik ada Bondanya, kalau tidak. Terperuk sajalah Arabella dalam bilik hotel ni.
"Iye sayang" jawab Bonda lagi. Bahagia memandang anaknya yang riang suka. Cantiknya senyumanmu Bella, sampai Bonda pun cemburu.
"Bella sorang-sorang?" Soal Arabella lagi sekadar mencari kepastian.
"Jalan kat pantai?" Belum dijawab bonda soalan tadi, Arabella mengutarakan soalan yang lain pula.
"Iye Bella" ringkas bonda berkata. Satu kata yang memberi kebahagiaan yang tinggi buat gadis seperti Bella.
YOU ARE READING
Purnama Indah| Eid Haidil
Action"Arabella Sharifah!! Or should I call you Mrs Eid? Selangkah awak melangkah berpakaian macam tu, saya as your husband Eid Haidil tak akan teragak nak dukung awak masuk dalam" - Eid Haidil "Sayang memang mencabar iman abang betul" - Eid Haidil *do ex...