special edition part five

1.1K 40 0
                                    

"Kamu dah stage empat ni, kenapa baru sekarang buat medical check up?" Soal Arabella risau pada jejaka di hadapannya.

"Ya Allah, selama ni saya tak tahu doc. Saya sibuk dengan hal study sampai kesihatan sendiri pun tak terjaga"

Jelas si dia, datang sini fikirnya deman atau seumpama dengannya kerana sudah hampir seminggu dirinya terasa lesu tetapi tak sangka khabar yang tidak indah ini bakal
menjamu pedengarannya.

"InsyaAllah kami cuba sebaik mungkin dan kalau boleh kita akan buat operasi terhadap awak secepat mungkin"Arabella berbicara lagi.

"Baik doktor, kalau macam itu saya mintak diri dulu lah" Kta jejaka itu lagi sebelum bangun dari duduk, memikirkan yang dirinya ada kelas untuk dihadiri.

"Baik Imran" Ringkas Arabella berkata pula.

"Doktor saya nak mintak tolong satu benda boleh?" Mintak Imran sedikit perlahan, memohon pertolongan dari gadis itu.

"Ye apa tu?" Soalan dibalas soalan. Walau sudah tahu apa yang diperkatakan, sahaja Arabella menyoal. Tahu akan apa yang selalu diminta bila sahaja diri pesakit mengetahui tentang penyakit kronik milik mereka.

"Jangan beritahu sesiapa pun pasal penyakit ni, saya tak nak diorang risau" Jelas Imran lagi, sedikit merayu.

Arabella kaku tak terkata walau sudah dapat dijangka permintaan si dia tetapi masih dia tidak mengharapkan ini perkara yang bakal diminta kerana dia perlukan sokongan dari keluarga utamanya untuk pulih.

"Saya cuba ye" Bicara Arabella sebelum tersenyum kecil, mengingatkan dirinya tentang walid yang juga merahsiakam penyakitnya dari keluarga.

Jejaka itu angguk perlahan akhirnya sebelum melangkah lemah keluar dari bilik itu dengan senyuman tawar, masih tidak terkata rasanya mendengar bicara Arabella tadi.

Arabella memicit sedikit kepala yang berdenyut, tidak sangka lelaki yang baru sahaja belasan tahun boleh terkena musibah sebegini? Apa yang kau nak hadiahkan pada dia ya tuhanku sehingga sebegini ujian yang diberi olehmu.

Kau boleh Arabella! Kau boleh! Allah ada untuk bantu kau selalu. Hati Arabella berbisik kecil, cuba menyemangati diri untuk kekal bertahan.

Pintu tiba tiba dikuak dari luar bilik,

"Bell? Kau datang tak makan makan kita?" Soal Emelin, berjalan perlahan mendekat ke arah Arabella sebelum kasar menghempaskan tubuhnya di sofa empuk milik gadis itu.

Lega terasa dapat baring buat seketika.

"Mestilah datang, aku kan nak perkenalkan seseorang" Jelas Arabella sambil bermain kening.

"Siapa?" Emelin memandang pelik pada Arabella, entah siapa yang mahu dikenalkan nya pada mereka.

"Orang yang minat Damian diam diam" Jelas Arabella.

"Lah aku fikir kau bergurau je benda tu" Ujar Emelin sebelum tertawa kecil, tidak percaya orang sewel seperti Damian pun ada yang minat.

"Tak lah, dah jomlah naik kereta aku" Sudah waktunya berehat seketika, meja dikemas rapi sebelum kot yang dipakaindicabut lantas diletak elok tersidai di kerusi.

"Jom! macam tau tau je aku malas drive harini" Ajak Emelin sebelum melangkah bersama keluar dari bilik itu.

~

Mereka laju melangkah masuk menuju ke arah Damian yang sedang membakar daging sambil mencebik murung, mungkin puas menunggu mereka yang mengambil masa agak lama untuk tiba.

"Wei lama gila korang, bersiap ke apa yang lama sangat" Damian membuka bicara sambil memaku tangannya menekup muka di meja makan.

Belum mereka membalas kata, datang seorang lagi menyelit di antara gadis itu berdua di antara Emelin dan Arabella.

Purnama Indah| Eid HaidilWhere stories live. Discover now