chapter 39

1.8K 67 0
                                    

Sedang Arabella sibuk membelek buku mengulang kaji, satu notifikasi mula terpapar di handphone miliknya. Dibaca sekilas sebelum dia kembali fokus pada bukunya.

Hantu Eid Haidil💀

"Arabella bersiap cepat, aku datang ambik kau keluar sekejap"

Baru sahaja Arabell ingin membelek satu lagi muka surat, dahinya berkerut seribu. Eh khamel kan yang hantar mesej tu?

Dirinya masih dihantui dengan ugutan Khamel walau diri dan walid nya sudah diperlaku sebegitu oleh Khamel, entah macam mana lelaki itu masih terlepas, orang kaya kan.

Mesej yang terpapar tadi dibaca kembali dan nama penghantarnya membuatkan Arabella terkaku seketika, tak pernah pernah pula si mamat beku ni ajak dia keluar sejak balik Malaysia tapi harini dah kenapa.

Hampir dua puluh minit berlalu sejak mesej tadi dihantar sebelum telefon nya berdering minta diangkat, nama yang menelefon membuatkan jatungnya mengepam laju. Denyut jantung ku berdetak, terasa indahny- eh.

Terketar ketar Arabella mengangkat handphone nya sebelum suara garau mula kedengaran di talian.

"Assalamualaikum, aku nak bawa kau keluar harini. Bersiap cepat" ujar Haidil di talian.

"Eh, awak ni ganggu saya tengah ulang kaji tau. Apa call call, sudahlah tiba ajak orang keluar" tangan nya masih laju menulis di kertas, menghighlight segala benda penting untuk dibaca nya.

"Aku mesej kau tak balas, aku tahulah kau sebenarnya baca kat notifikasi kan? Cepat bersiap, aku dah depan rumah kau ni. Buku tu nanti nanti boleh ulang kaji" Arabella terkaku sebelum kakinya melangkah laju ke arah tingkap, langsir diselak perlahan. Jelas susuk tubuh tampan Haidil sedang bersandar di kereta miliknya.

"Tak nak lagipun walid tak bagi keluar" Arabella melangkah duduk kembali, sengaja mencari alasan. Malas betul nak keluar tika dirinya sibuk dengan hal belajar.

"Aku dah minta dengan walid, cepat aku dah kat ruang tamu rumah kau ni" Bagai lemah seluruh badan mendengar lagi kata kata jejaka di talian. Bagaimana pula lelaki itu boleh terlepas masuk ke dalam rumah, mustahil!

"Eh awak buat apa pula kat ruang tamu, macam mana boleh masuk" bidas Arabella lagi sebelum sekali lagi
langsir diselak, susuk tubuh Haidil kini sudah tiada tapi kereta milik lelaki itu masih ada.

"Tengah sembang dengan walid kau, turun cepat sebelum aku yang naik atas" ugut Haidil pula. Tahulah suara dia sedap tapi sampai bila nak bersembang dekat telefon macam ni, face to face lah.

"Cubalah kalau berani!" Jerit Arabella geram sebelum cepat cepat ditutup panggilan, dilempar kasar telefon miliknya di katil. Nasib tak jatuh, kalau tak mahu melolong Arabella jika telefon nya rosak. Sudahlah info penting banyak dalam phone tu.

Tidak lama kemudian, pintu diketuk. Sekali lagi, jantung nya berdegup kencang. Mustahil Haidil boleh naik ke atas, mustahil Haidil yang mengetuk

Arabella terkaku seketika, hatinya nyaring berbicara "please not Haidil, please!" sebelum suara bonda menjamu pendengaran nya. Arabella mengeluh perlahan, sesak dadanya tadi.

"Arabella, cepat turun. Haidil dah tunggu kat bawah, Haidil ada cakap nak bawa Arabella keluar kan" Lega betul hati Arabella mendengar suara bonda nya yang kedengaran, tak mungkin bonda dan walid biar macam tu je Haidil naik ke atas.

Nak tak nak terpaksa juga Arabella bersiap, inner hitam dan blouse putih digayakan di tubuh nya serta seluar palazo hitam. Rambut perang yang diwarna sah wudhu di salon di biarkan lepas sebelum perlahan dia melangkah keluar dan turun ke tingkat bawah.

"Ha tu dah turun anak gadis awak" suara walid kedengaran, jelas wajah Haidil yang laju menikam tajam matanya. Figura lelaki itu pada harini kini ber tshirtkan putih serta jaket jeans hitam di sarungkan dengan seluar nude khaki.

"Halah abang, anak gadis saya anak awak juga" bebel bonda pula.

Haidil yang masih tak lepas merenung nya dijeling Arabella, geram pula dengan dia. Suka hati saja ajak kita keluar, entah macam mana dia boleh memujuk hati bonda dan walid.

"Bonda, walid, Bella keluar dulu" tangan milik bonda dan walid masing masing dicapai satu persatu sebelum disalam Arabella, dicium lembut pipi mereka.

"Walid, bonda, Haidil minta izin pinjam Arabella sekejap ye" kini Haidil pula merapati walid menyalam tangan tuan jejaka itu. Arabella mengundur sedikit ke belakang memandang pelik Arabella.

Dia panggil walid dan bonda, walid dan bonda juga! Mana boleh, hanya orang yang terdekat sahaja boleh dipanggil sebegitu.

"Sila sila pinjam lama lama pun boleh" gurau bonda, mata Arabella terbutam mendengar gurauan bonda. How dare you bonda? What if Haidil do something bad to me? Tetapi pernah ke Haidil bertindak sedemikian?

Mereka tertawa kecil mendengar gurauan bonda manakala Arabella masam mencantum, tak nak kawan dengan bonda, Arabella merajuk! Tak apa Haidil kan ada, tak gitu.

"Tak lama lagi kita bakal dapat menantu lah bang" ujar bonda di pintu melihat kedua dua tubuh muda di hadapannya melangkah pergi, sempat matanya menangkap Arabella yang menepuk bahu Haidil kasar.

Tergeleng geleng kepala mereka memandang perangai kasar anak nya itu. Kasar kasar lah juga Arabella, yang kamu tepuk tu lah jadi suami kamu nanti.

Walid memgangguk perlahan mendengar ujaran isterinya, hatinya sejuk melihat Arabella dan Haidil. Sesuai sangat mereka bagai pinang dibelah dua, sudah dia ceritakan semua pada isterinya dan seperti jangkaannya. Isterinya cepat cepat melaungkan kata setuju.

"Dahlah Arabella seorang je anak kita, harap nya bahagia lah mereka nanti" bonda mengelap bawah matanya pura pura menangis.

"Jom naik atas?" Ajakkan walid, bonda pandang pelik. Sudah kenapa ajak kita naik atas pula? Hari masih siang, banyak lagi yang perlu dia lakukan tika ini. Dapur pun masih tak berkemas lagi.

"Buat apa?" Soalan dibalas dengan soalan.

"Barulah Arabella tak berseorangan dah" mendengar ujaran walid, terus pipi bonda merona merah. Dah tua buatlah macam tua, ni gatal macam muda muda dulu.

"Ish abang ni gatal betul eh sejak sakit ni" dicubit perlahan pinggang walid, walid mendengus sakit.

"Gatal untuk awak je bidadari abang" dalam sakit pun masih tak lengkang dirinya mengusik permaisuri hati nya ini, permaisuri pertama sebelum Arabella. Takhta hatinya hanya buat Hamirah, si pencuri hati beku miliknya.

"Anak tak ada, mula lah tu perangai tak semegah dia. Dahlah pergi kerja sana" ditolak perlahan tubuh walid menjauh.

"Yelah kalau macam t-" baru sahaja kaki walid ingin melangkah menuju ke arah bilik kerja, tangannya ditarik bonda. Ingat nak rehat je minggu ni, dah isteri cakap macam tu. Kita pun apa lagi, ikutkan jelah.

"Tak ada saya gurau je, jom bantu saya kat taman belakang" mereka melangkah ke arah pintu dapur.

"Pulak dah, ingat nak masuk bilik" usik walid lagi, suka betul dia mengusik isterinya. Bahagia hidupnya tika ini walau banyak rintangan yang perlu ditempuh.

"Abang!" Jerit bonda lagi, Walid hanya tertawa kecil. Ha ketawa ketawa, bonda ketuk dengan pasu bunga ni barulah dia tahu langit tu rendah ke tinggi.

Purnama Indah| Eid HaidilWhere stories live. Discover now