"Saya tak sangka awak dulu yang kahwin, saya yang bertunang dulu tapi awak yang kahwin dulu" Hanisha pura pura menangis, Arabella tertawa kecil.
Dia juga tidak terfikir bakal menjadi isteri orang secepat ini, fikirnya perkahwinan Hanisha dulu yang bakal dihadiri sebelum dia pula yang berkahwin tapi dah takdir Allah jodoh Arabella awal, kun fayakun.
"Jangan lupa tau datang nanti, tarikh and tempat nanti saya hantar semula dengan kad jemputan. Awak orang pertama yang tahu dari banyak banyak student medic sini" ujar Arabella lagi.
"Oh my god! Seriously, terharu nya saya and insyaAllah saya datang" Hanisha menekup mulutnya teruja yang dia adalah yang pertama tahu soal pernikahan Arabella yang bakal berlangsung tak lama lagi.
"Saya pergi dulu, nak cari baju ada orang nak masuk meminang kita harini" Arabella mengujarkan kata lagi sebelum dirinya melangkah pergi.
"Masuk meminang awak je, saya lambat lagi" jerit Hanisha sedikit kuat, memikirkan cik tunang masih dalam proses mencari duit untuk perkahwinan diorang. Lambat lagi lah maknanya untuk Hanisha bergelar isteri.
"InsyaAllah soon" Ujar Arabella lagi sedikit tinggi nadanya sambil melangkah ke arah kereta.
Enjin kereta dihidupkan, diletakkan kasar kepalanya bersandar di kerusi sebelum kereta yang dipandunya memecut laju ke arah Mall.
Setelah sampai, cepat cepat kakinya melangkah laju memasuki satu butik baju kahwin dan pertunangan, Arabella tersenyum kecil. Cantik semua baju yang diperagakan di pantung tapi tujuan nya harini hanya untuk mencari baju simple.
Malas berlama lama memikirkan pihak rombongan Haidil yang bakal tiba di rumahnya untuk melamar dirinya tak lama lagi cepat cepat Arabella melangkah keluar dengan semyum gembira, tak sabar nya nak kahwin! Dahlah laki hensem, untung betul dirinya.
"Hey my love" tiba tiba datang susuk tubuh yang entah dari mana menekup mulut Arabella. Cecair yang ada di sapu tangan itu membuatkan Arabella lali. Sudah dia. Una sedaya upaya untuk melarikan diri tapi tetap tidak menjadi.
"Ya Allah, ubat pelali" hati Arabella menjerit kuat, matanya cuba dibukakan tapi kian lama dia mula kalah dengan bau ubat pelali yang mula penuh di rongga hidungnya. Kelopak matanya tertutup perlahan sebelum Arabella jatuh pitam.
Terus badan Arabella ditarik masuk ke dalam kereta, gila lelaki itu mengilai. Nasib tuahnya juga tiada orang tika itu memandangkan kereta Arabella di parking di tempat yang agak tersorok.
Manakala dia situasi yang lain,
"Bonda tak tahu ke Arabella pergi mana?" Soal Haidil risau, kakinya tak lenguh berjalan ke sini ke sana menunggu Arabella pulang tiba.
Sejak mereka tiba dua jam yang lalu, bonda mengatakan Arabella masih tak pulang pulang even kelas dia dah lama habis. Tak akan lah jalan jem pula, tak akan sampai seorang tak lepas jem.
"Dia ada cakap nak pergi beli baju baru lepas class tapi tulah sampai sekarang tak balik lagi" bonda juga mula risau, walid masih di kerusi dengan para tetamu yang lain. Jelas wajah beku walid tika itu memikirkan anak perempuannya yang satu, lagi pula Khamel masih tak ditangkap. Entah di mana penjahat itu bersembunyi.
Arabella membuka kelopak matanya perlahan, bau minyak jelas di sekeliling terbau. Sekeliling dipandang Arabella, entah di mana dia tika ini dengan tangan yang diikat serta leher diikat besi?
Mata Arabella kini menangkap susuk tubuh seorang lelaki tak jauh dari longkap besi yang dia diami. Matanya membulat bila saja raut wajah berparut Khamel menjamu pandangan nya.
"Khamel! Apa semua ni, lepaskan aku lah!" Jerit Arabella marah. Hatinya membara, entah apa lagi yang di mahu kan Khamel? Tak cukup ke dia sengsara kan keluarga Arabella, apa lagi syaitan ini mahukan darinya?
"My sweetie dah bangun? Macam mana tidur, lena tak?" Soal Khamel dengan senyuman seribu makna terukir di bibir pucatnya, bibir pucat yang suka merokok.
"Lepaskan aku lah!" Jerit nyaring Arabella, tidak senang duduk dia cuba melepaskan ikatan di tangannya. Nasib sahaja kakinya tak diikat.
"Sanggup kau Arabella, sanggup kau terima lamaran jantan tak guna tu" kini giliran Khamel pula menjerit setelah pintu longkap besi Arabella dibukanya, dicekik leher Arabella sekuat kuatnya. Sekuat amarahnya pada gadis itu kerana sanggup mendustai dia.
"Eid Haidil bukan jantan tak guna malah dia jauh lebih mulia dari syaitan terkutuk macam kau" hambur Arabella lagi, biar Khamel tak berpuas hati kerana apa yang dikatakan Arabella semua fakta belaka.
"Kau-" belum sempat Khamel menyambung aktivitinya, telefonnya berdering minta diangkat. Dia berdecit marah sebelum nama panggilan dilihat, dibetulkan sedikit suaranya.
Sempat dia mengugut Arabella dengan signal, tangan nya diangkat ke leher bagai pisau yang menyembelih lehir.
"Kau kalau cuba buat bising, aku sembelih kau kat sini juga" signal Khamel. Arabella hanya kaku, dia tahu padah nya jika melawan kata Khamel. Kalau tidak, tak akan dia di sini sekarang kerana menolak permintaan Khamel untuk memulihkan hubungan mereka kembali.
"Assalamualaikum Khamel" suara dia di panggilan kedengaran.
"Ye papa" ramah Khamel membalas, laju kaki Khamel melangkah keluar dari bilik tu mencari ruang yang agak jauh dari Arabella. Risau jika gadis itu mula bertindak sedemikian, dia sudah sedia maklum dengan sikap keras kepala Arabella yang makin menjadi jadi.
Kini Arabella buntu, matanya mula mengalir air mata lagi. Hatinya resah sekali memikirkan nasib nya kali ini, Ya Allah apa aku harus buat, bantu aku ya Allah. Pinjamkan aku kekuatan mu ya tuhanku.
Mata Arabella mula kabur dengan air mata sebelum tiba tiba dia teringat akan phone nya di poket belakang. Dia menyentuh poketnya, masih ada! Mesti Khamel tak perasan perihal telefon bimbit Arabella di kocek belakang.
Laju phone nya ditarik keluar lalu ditekan on, contact di scroll nya laju dan entah kenapa dalam banyak banyak number, number Haidil yang di call Arabella. Mungkin masa ini hanya Haidil yang mampu membantu dia selain kuasa Allah.
"Assalamualaikum Arabella, awak kat mana? Saya dah hantar rombongan ke rumah awak ni" suara Haidil di talian mula kedengaran. Dia tahu masa untuk menjelaskan semua tidak cukup, bila bila masa sahaja Khamel boleh melangkah masuk kembali.
Arabella masih diam, tidak membalas sapaan dan salam Haidil, maaf kan aku ya tuhan. Aku di dalam situasi darurat tika ini.
Dia mula menukarkan panggilan tadi kepada video call, badan lemahnya bangkit bangun. Dia perlahankan volume dan letak phone ditempat tersorok tapi jelas menampakkan Arabella.
Terdengar langkah kaki mendekat, cepat cepat Arabella yang masih panik kembali ke tempatnya tadi. Dia tahu Khamel sedang melangkah ke arah bilik ini semula.
Nafasnya terasa berat, besi berat di leher yang tak mampu dibuka membuatkan dirinya makin lemah.
Susuk tubuh milik Khamel yang melangkah masuk kelihatan, sebelum dia menyoal Arabella lagi.
"Miss me sweetie?" Soal Khamel.
Arabella masih kekal diam, matanya merenung tajam raut wajah busuk Khamel. Kalau hati dah busuk, apa yang dibuat pun tak kisah walau perbuatan itu tak masuk akal.
"Aku minta cara elok, kau tak nak kan" dirinya melangkah lagi mendekati Arabella sambil mulut tak berhenti melontarkan kata, amarah di dada sungguh membara bila mana dia mendengar yang Arabella menerima lamaran Haidil dan mereka bakal berkahwin tak lama lagi?
"Kau nak juga cara kasar" langkah demi langkah, Khamel makin hampir dengan gadis yang sudah kusut serabai itu. Bajunya juga ada yang terkoyak sedikit, ini mesti sebab syaitan durjana di hadapannya ini.
YOU ARE READING
Purnama Indah| Eid Haidil
Ação"Arabella Sharifah!! Or should I call you Mrs Eid? Selangkah awak melangkah berpakaian macam tu, saya as your husband Eid Haidil tak akan teragak nak dukung awak masuk dalam" - Eid Haidil "Sayang memang mencabar iman abang betul" - Eid Haidil *do ex...