Pintu masjid Arabella melangkah masuk, mereka berpisah di hadapan pintu masjid. Arabella ke bahagian perempuan, Haidil ke bahagian lelaki. Kalau di Malaysia, masuk masjid tak bertudung mesti dipandang atas bawah.
Kot diletak di bangku belakang, stoking juga dicabut manakala lenggang baju disising hingga melepasi sikut. Arabella mengambil tisu basah membuang saki daki makeup di raut wajahnya.
Setelah yakin mukanya bersih tanpa coretan makeup, Arabella mula mengambil wudhu dengan tertib, dimulai dengan pergelangan tangan dan diakhiri dengan pergelangan kaki.
Dia membaca doa selesai mengambil wudhu:
اَشْهَدُاَنْ لَااِلٰهَ اِلَّا اللّٰهُ وَحْدَهُ لَاشَرِيْكَ لَهُ. وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًاعَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللّٰهُمَّ اجْعَلْنِىْ مِنَاالتَّوَّابِيْنَ، وَجْعَلْنِيْ مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَ، وَجْعَلْنِىْ مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ
"Asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalahu. Wa asyhadu anna Muhammadan'abduhu wa rasuuluhu. Allahumma-j 'alnii minattawwaabiina waj 'alnii minal mutaththohiirina waj 'alnii min 'ibaadikashshaalihiin."
Artinya: "Saya bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa , tiada sekutu bagi-Nya. Dan saya bersaksi bahwa Nabi Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya. Yaa Allah jadikanlah saya orang yang ahli taubat, dan jadikanlah saya orang yang suci, dan jadikanlah saya dari golongan hamba-hamba Mu yang shaleh."
Kakinya melangkah masuk ke ruang solat perempuan, beberapa mualaf menghadiahkan senyum manis buat Arabella, Arabella turut mengukir senyuman
Kain sembahyang yang disediakan dia ambil lalu dipakai, sejadah dihampar lantas Arabella berdiam diri sebentar sebelum tangannya mengangkat takbir.
Tak sampai dua puluh minit, Arabella selesai menghabiskan solat. Kain sembahyang dan sejadah dilipat kemas sebelum diletakkan kembali di bahagian diambil Arabella sebelum menunaikan solat.
Stokin dipakai dan barangan yang lain diambil lantas kaki melangkah laju keluar dari masjid. Dilangkah keluar dengan kaki kiri mengikut sunah, Haidil yang duduk di bangku tak jauh dari Arabella dilambai.
Lantas kasut dipakai kembali lalu terkedek kedek dia berlari merapati Haidil, Haidil membuka pintu kereta buat Arabella. Enjin kereta yang sudah dihidupkan membuatkan kereta sejuk dengan aircond.
"Awak pandu perlahan lahan boleh? Saya nak tacap muka jap" ujar Arabella setelah melangkah masuk ke dalam kereta.
Haidil mengangguk perlahan, benar raut wajah pucat Arabella ketika itu kosong tanpa coretan makeup seperti raut wajahnya ketika di hospital hari itu tetapi jenis ini lebih berseri. Mungkin baru selesai solat barangkali.
Pelembap muka dipicit sedikit dan di dap dap lembut di muka, sejurus itu sunscreen pula di dap dap di muka menggunakan span makeup. Lipmate nude dibawa keluar dan dicolek kan sedikit di pipi, hidung dan dagu.
Haidil hanya memandang lama Arabella yang masih dengan span makeup di tangan, mata Arabella fokus pada cermin. Lipmate yang dicolek di pipi tadi rata menjadi blusher, malas membawa banyak barang. Arabella hanya memakai tiga jenis barang setiap kali selepas solat.
Arabella mula mengemas, cermin atas dilipatkan kembali setelah selesai meratakan lipmate di bibir pucat miliknya.
"Dah?" Soal Haidil melihat Arabella yang sudah selesai dengan tacapannya. Arabella mengangguk perlahan sebelum kereta Haidil bergerak keluar dari kediaman salah satu masjid di Switzerland.
YOU ARE READING
Purnama Indah| Eid Haidil
Action"Arabella Sharifah!! Or should I call you Mrs Eid? Selangkah awak melangkah berpakaian macam tu, saya as your husband Eid Haidil tak akan teragak nak dukung awak masuk dalam" - Eid Haidil "Sayang memang mencabar iman abang betul" - Eid Haidil *do ex...